Kehamilan

“Rancang Anak Ke-3 Lagi 5 Tahun, Lepas 5 Bulan Lekat Lagi.” Rezeki Fiza Frizzy

Share

Pengacara dan ibu kepada dua anak, Fiza Frizzy, 33, berkongsi yang dia sedang hamil anak ketiga meskipun anak keduanya, Mohd Fahad Syamel baru berusia enam bulan.

Menerusi laporan MH, Fiza berkata, pada mulanya masih ragu-ragu mengenai kehamilan tersebut sehingga ditegur kenalan lalu memintanya untuk melakukan ujian kehamilan.

Seperti kebanyakan ibu yang baru sahaja melahirkan anak, sudah pasti ada di antara mereka mahu ‘pasang badan’ balik, nak kembali ke bentuk badan ideal dan sebagainya.

“Tapi nak dijadikan cerita, bila ke gim, saya terfikir kenapa bahagian perut ni tak pula mengecil? Bahagian lain nampak macam okay, tapi bahagian perut tidak menunjukkan perubahan.

“Kemudian bila ada sesi ukur baju (fitting) bersama stylist, dia ada bertanya mengenai bentuk perut dan minta saya untuk buat ujian kehamilan. Jadi saya buatlah dan bila tengok, alhamdulillah positif.

“Saya belum pasti berapa usia kandungan, mungkin empat ke lima minggu. Selepas ini, perlu rujuk ke doktor untuk dapatkan kepastian,” katanya.

“Rancang 5 tahun lagi, tapi ni namanya rezeki..”

Fiza dan suami, Mohd Fazli Zulkifli bagaimanapun bersyukur dan teruja atas khabar gembira sekali lagi bakal menimang cahaya mata.

“Sebenarnya saya rancang untuk hamil anak ketiga lagi lima tahun tapi rupa-rupanya rezeki Allah SWT nak bagi lepas lima bulan kehadiran anak kedua. Apa pun saya mendoakan yang baik-baik sahaja, insyaAllah.

“Suami turut sama terkejut tapi tentunya dia gembira. Sebab sebelum kami tahu mengenai kehamilan ini, rezeki kami berdua mencurah-curah. Syukur alhamdulillah. Jadi katanya, ini dinamakan kita menumpang rezeki anak. Saya idam anak perempuan sebab sudah ada dua anak lelaki. Apa pun jika dapat anak lelaki pun saya bersyukur asalkan bayi yang bakal lahir nanti sihat sempurna seadanya,” katanya.

Fiza mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan anak sulung mereka Mohd Faeeq Zuhayr, kini berusia 4 tahun.

Kredit: MH

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents

Published by
Wan Amy