Mungkin anda sedang merancang untuk mendapatkan anak perempuan. Bermacam usaha telah dicuba tapi rezekinya masih lagi anak lelaki. Ada lelaki sudah berderet macam keretapi tapi anak perempuan masih lagi belum ‘kunjung tiba.’
Seorang guru kimia, Taibah Nurwahidah Mohamad berkongsi teori memahamkan sifat kromosom X dan Y serta bagaimana pemakanan, tempoh bersama dan faktor kesuburan boleh menentukan jantina bayi yang anda inginkan.
Alhamdulillah saya dan suami dah mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat bayi perempuan, anak ke-2 kami.
Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-siakan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
Ingat Lagi Tak Subjek Biologi Di Sekolah Dulu?
Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY dan ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50.
Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik, perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena paham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu.
X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju.
Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali. Di sinilah saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (cikgu kimialah katakan)
Tip Boleh Cuba ‘Rancang Jantina Bayi Perempuan’
1) Pemakanan
Jika mahukan baby boy,suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood) manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu.
Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood.
Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging.
Selain itu, suami juga kena lebih makan masam, yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia.
Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu; susu, cheese dan butter.
Saya kongsi ini lebih kepada untuk bayi lelaki jadi kalau mahu anak lelaki perlu lakukan sebaliknya. Elakkan makan masam dan isteri elakkan makanan tenusu.
2) Tempoh Bersama
Yang ini susah sikit sebab kita sendiri tak tahu bila waktu subur kita bukan. Ada dua cara hendak tahu waktu subur.
Cara Pertama:
Senang sahaja, pergi farmasi beli Ovulation Test. Bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.
Cara Kedua:
Hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna app period. Kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia. Waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke-16 itulah hari subur
Kenapa penting hendak tahu waktu subur. Tadikan sudah cerita tentang tempoh hayat X dan Y. Jika mahukan bayi perempuan, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X maka jadilah XX (girl).
Kalau hendak bayi lelaki, terbaliklah jadinya perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan maka jadila XY (boy)
Ikut Logik Sains
Itu saja tip yang saya dan suami gunakan. Banyak sebenarnya tip lain kalau google tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Kan dah kabo tadi saya cikgu sainskan.
Nak Anak Perempuan.. Doa Senjata Utama
Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa minta sungguh-sungguh pada Allah.
Semoga tip ini dapat memberi manfaat pada yang membaca!
Sumber: Taibah Nurwahidah Mohamad
Kredit foto (top image): Freepik