Rancang kehamilan antara alternatif mengurangkan risiko ibu lahirkan bayi tidak cukup bulan. Persoalannya hal kehamilan ini ialah pilihan sendiri, dan kadang kala ada yang mempertikaikan ini bukanlah di bawah kawalan kita!
Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.
Menurut babycenter dari segi kesihatan, adalah lebih baik bagi seorang wanita itu sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin sebelum hamil semula.
Ulasan daripada beberapa kajian mengenai hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat risiko yang lebih tinggi anak yang dilahirkan tidak cukup bulan, berat kelahiran rendah, dan saiz bayi yang kecil berbanding usia bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan daripada kelahiran sebelumnya, berbanding bayi yang disenyawakan dalam tempoh 18 hingga 23 bulan daripada kelahiran sebelumnya.
Risiko ini masih kelihatan bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh tujuh hingga 17 bulan daripada kelahiran sebelumnya, tetapi pada tahap yang lebih rendah berbanding yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan.
Jika anda mensasarkan jarak di antara 18 hingga 23 bulan di antara dua kehamilan, anda mempunyai masa untuk mengembalikan tenaga dan sumber-sumber badan anda yang telah digunakan.
Jarak yang lebih dekat di antara dua bayi membolehkan saat-saat yang paling sukar berlalu lebih cepat, tetapi ini juga bermakna lebih banyak wang perlu dibelanjakan dalam tempoh masa yang dekat dan masalah ini mungkin berlanjutan apabila kepentingan setiap anak bertindan.
Jarak yang lebih jauh memberi peluang kepada anda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada setiap anak untuk beberapa tahun yang pertama. Ini juga bermakna anda dapat mengagihkan perbelanjaan membesarkan anak dalam tempoh masa yang lebih lama.
Walau bagaimanapun, perhubungan adik-beradik yang mempunyai jarak umur yang terlalu besar mungkin tidak begitu rapat. Kadang-kadang timbul rasa iri hati atau dengki dari abang ataua kakak yang merasakan kedudukannya telah diambil oleh si adik. Secara amnya, lebih baik jika anda tunggu sekurang-kurangnya enam bulan hingga satu tahun sebelum cuba untuk hamil semula untuk memberi permulaan yang sihat kepada bayi yang seterusnya.
Selain itu, tiada masalah besar yang dapat dilihat mengenai jarak yang dekat di antara kedua-dua bayi, walaupun dari segi emosi dan kewangan anda mungkin lebih tertekan untuk tempoh masa yang singkat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI