
Rancangan TV Pa&Ma musim pertama tercalon dalam 13 pencalonan untuk kategori Program Meletop bagi Anugerah Meletop Era 2019.
Musim pertama rancangan ini telah bersiaran pada 12 Jun tahun lalu dan dihoskan oleh pasangan selebriti popular, Eira Syazira dan Azad Jazmin.

Rancangan berdurasi 30 minit ini telah membincangkan topik-topik yang dekat dengan masyarakat berkenaan perkembangan dan kesihatan anak-anak kecil.
Kini rancangan tv Pa&Ma telah memasuki musim ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob dan Zahiril Adzim manakala untuk musim kedua lalu Sharifah Shahirah dan Ijoy.

Dalam setiap episod sebelum ini Pa&Ma telah berkongsi pelbagai pengalaman dari ibu bapa dan perkongsian tip dari doktor dan pakar yang arif dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat serta input yang positif seiring dengan tagline majalah Pa&Ma iaitu panduan lengkap keibubapaan dan pra-sekolah.
Jom undi rancangan TV Pa&Ma di laman web http://www.gempak.com/anugerah-meletop-era/undi/45/program-meletop
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023

Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023. Muhammad menjadi pilihan utama ibu bapa dalam menamakan bayi lelaki mereka di England dan Wales pada tahun lalu, dengan lebih 4,600 bayi lelaki berdaftar dengan nama itu, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS).
Muhammad, Pilihan Nama Bayi Lelaki Paling Popular Di England, Wales Pada 2023
Muhammad telah menjadi nama bayi lelaki paling popular, mengatasi nama utama sebelum ini, Noah, menurut data yang dikeluarkan oleh ONS pada Khamis.
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.

Muhammad dan Noah diikuti oleh Oliver sebagai nama pilihan ketiga paling popular bagi bayi lelaki, menurut angka ONS.
Bagi bayi perempuan, Olivia kekal sebagai pilihan utama, diikuti oleh Amelia dan Isla yang tidak berubah sejak 2022.
Sumber: BERNAMA-AA
Kredit foto: Freepik
Baca artikel lain juga: Kaum Melayu Paling Ramai Lahirkan Bayi
Kaum Melayu Paling Ramai Lahirkan Bayi
Hetty Sarlene Semakin Berseri-seri Sejak Jadi Ibu Dua Anak Lelaki
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi 6 Bulan Meninggal Dunia, Tertiarap Di Taska Ketika Tidur Dibedung

Satu berita menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia enam bulan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas akibat tertiarap dalam keadaan dibedung di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Padang Temu, Melaka petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila bayi tersebut ditemui dalam keadaan muka kebiru-biruan dan tidak sedarkan diri oleh pengasuh yang menjaganya secara bergilir. Difahamkan, bayi itu ditidurkan dalam keadaan dibedung di atas tilam selama hampir satu jam tanpa pemantauan rapi.
CPR Selama 30 Minit – Namun Nyawa Si Manja Tidak Dapat Diselamatkan
Sebaik menyedari keadaan bayi yang tertiarap dan tidak bergerak, pihak taska segera membawanya ke Klinik Utama Ujong Pasir. Pasukan perubatan bertindak pantas memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 30 minit sebelum merujuk bayi ke Hospital Melaka dengan menaiki ambulans.

Sayangnya, walaupun CPR turut diberikan di zon merah hospital, si kecil itu akhirnya disahkan meninggal dunia. Menurut sumber, pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh bayi, dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Tidur Dibedung & Tertiarap Undang Bahaya
Perlu diketahui, membedung bayi dalam usia 6 bulan ke atas berisiko tinggi jika tidak dilakukan dengan betul. Apatah lagi jika bayi telah mula bergolek dan aktif mengubah posisi tidurnya.
Tambah membimbangkan, meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi meniarap semasa tidur boleh menyebabkan saluran pernafasan tersekat. Inilah yang sering menjadi punca kematian bayi secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda awal juga dikenali sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).
Ini 5 Perkara Wajib Tahu Tentang Tidur Selamat Untuk Bayi
Letakkan bayi tidur secara TERLENTANG sahaja, terutamanya bawah umur setahun.
Elakkan membedung bayi secara ketat selepas usia 3-4 bulan, lebih-lebih lagi jika bayi sudah pandai bergolek.
Gunakan tilam keras tanpa bantal atau selimut tebal untuk elakkan risiko lemas.
Pantau bayi setiap 15-30 minit semasa tidur, jangan biarkan mereka tidur tanpa diperiksa.
Pastikan taska mematuhi SOP keselamatan tidur bayi, termasuk latihan CPR kepada pengasuh.
🍼 Pa&Ma ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga mangsa. Kami doakan semoga ibu dan ayah arwah diberi kekuatan menghadapi ujian yang amat berat ini. Dan semoga pemergian si kecil ini menjadi asbab kesedaran buat seluruh masyarakat agar tragedi seperti ini tidak lagi berulang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Murid Pandai Tapi Malas Berfikir, Cikgu Kecewa Anak Murid Bagi Jawapan ‘Zip’ Dalam Kertas Ujian!

Seorang guru di laman Facebook meluahkan rasa kecewanya apabila masalah murid sekarang yang bersikap malas di sekolah malah semakin menjadi-jadi dan membimbangkan.
Menerusi perkongsiannya, akui guru itu, Lenna K Joseph, murid zaman ini mempunyai kepandaian IQ yang tinggi namun sikap tidak ambil peduli dan malas belajar hingga mensia-siakan peluang untuk berjaya.
“Masalah murid zaman sekarang adalah bukan sebab mereka tak pandai tetapi sebab mereka malas dan sikap tak peduli. Cikgu buat lah lesson plan macam mana pun, kalau murid itu malas, tetap juga tak guna.
“Kalau alasan nak cakap buat sesi pembelajaran berasaskan kuiz, tak semua sesuai lagi-lagi topik penulisan. Tak akan setiap masa nak suruh main kuiz sahaja” luah cikgu tersebut.

Cikgu Lenna turut menjelaskan bahawa ada juga segelintir ibu bapa yang bersikap tidak mengambil kisah mengenai pembelajaran si anak.
“Lebih mengejutkan, ada segelintir ibu ayah yang tak ambil kisah tentang pembelajaran anak-anak. Terlalu manjakan sangat sampai biarkan anak gagal.
“Namun tetap bersyukur sebab tak semua ibu bapa perangai macam ini. Ada yang betul-betul ambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka.
“Zaman saya dulu, menjelang tahun 6 dah tahu format penulisan surat rasmi, surat tidak rasmi, tulis laporan, tulis cerita, tulis syarahan dan lain-lain,” ujarnya.
Tambahnya lagi, segala ilmu yang diajarkan di dalam kelas tidak diterapkan ketika menjawab peperiksaan. Apa yang lebih membuatkan beliau kecewa apabila anak murid hanya menjawab ‘zip’ yang ditulis berulang kali sehingga penuh ruangan jawapan tersebut.
“Seminggu sebelum peperiksaan saya dah ajar contoh ayat kunci untuk dapat markah. Tetapi bila jawab ujian, satu ilmu yang saya bagi tak ada dalam jawapan. Kecewa sangat!,” luahnya.
Perkongsian cikgu itu dibanjiri komen warganet yang turut terkejut melihat jawapan pelajar tersebut. Rata-rata memberi cadangan agar murid itu diberikan sesi kaunseling.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Facebook Lenna K Joseph
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


