Rancangan TV Pa&Ma musim pertama tercalon dalam 13 pencalonan untuk kategori Program Meletop bagi Anugerah Meletop Era 2019.
Musim pertama rancangan ini telah bersiaran pada 12 Jun tahun lalu dan dihoskan oleh pasangan selebriti popular, Eira Syazira dan Azad Jazmin.
Rancangan berdurasi 30 minit ini telah membincangkan topik-topik yang dekat dengan masyarakat berkenaan perkembangan dan kesihatan anak-anak kecil.
Kini rancangan tv Pa&Ma telah memasuki musim ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob dan Zahiril Adzim manakala untuk musim kedua lalu Sharifah Shahirah dan Ijoy.
Dalam setiap episod sebelum ini Pa&Ma telah berkongsi pelbagai pengalaman dari ibu bapa dan perkongsian tip dari doktor dan pakar yang arif dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat serta input yang positif seiring dengan tagline majalah Pa&Ma iaitu panduan lengkap keibubapaan dan pra-sekolah.
Jom undi rancangan TV Pa&Ma di laman web http://www.gempak.com/anugerah-meletop-era/undi/45/program-meletop
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Kahwin Muka Nampak Sama Dengan Pasangan. Ini Sebabnya!
Bila dah jadi suami isteri, hari-hari duduk bersama, lama-lama wajah kita pun akan seiras dengan pasangan. Nampak macam adik-beradik, sedangkan suami isteri. Kata orang, pasangan yang mempunyai wajah seakan sama itu lebih serasi dan rumah tangganya bahagia.
Kalau wajah nampak lebih kurang sama, rasa macam sweet sangat. Nampak sepadan dan elok bila bersama. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa wajah seseorang itu kelihatan mirip seperti pasangan mereka.
Artikel Menarik: [Modal Tak Besar Tapi Anak Jadi Cerdik. Ajak Dia Tampal Sticker Je]
Selalu Bersama
Kajian psikologi mengatakan apabila sesebuah pasangan itu kerap menghabiskan masa bersama atau mempunyai komunikasi sosial yang berpanjangan, rupa mereka akan semakin mirip antara satu sama lain. Patutlah wajah nampak seakan sama, kerana mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama dan berkongsi minat dengan orang yang dicintainya.
Artikel Menarik: [Bawa Kek #2, Anissa Buat Suprise Beritahu Syahmi Dia Hamil Anak Kedua]
Pilih-Pilih Akhirnya Dapat Yang Seakan Sama
Semasa kita mencari pasangan, kita tak sedar yang sebenarnya kita mencari yang boleh serasi dengan kita. Apabila kita mencari pasangan, kita cenderung memilih seseorang yang hampir sama dengan diri kita. Otak juga akan memainkan peranan untuk kita membuat pilihan kepada orang yang seakan sama dengan personaliti kita.
Hidup Bersama Ubah Wajah
Robert Zajonc, seorang pakar psikologi sosial, telah menemukan mengapa rupa pasangan akan menjadi seiras apabila terlalu lama menghabiskan masa bersama. Seseorang itu cenderung untuk mempunyai rupa yang seiras dengan orang yang selalu bersama dengan mereka.
Dalam penyelidikan yang pernah dibuatnya pada tahun 1965 dengan konsep facilitation, Zajonc telah mengumpulkan gambar perkahwinan beberapa pasangan dan membandingkan gambar tersebut dengan wajah terkini.
Wajah Pasangan
Dalam banyak kajian, keputusan yang diperolehi menunjukkan telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain. Menurutnya, apabila semakin bahagia dan gembira sesebuah pasangan, mereka akan menjadi lebih seiras dan banyak persamaan pada wajah.
Artikel Menarik: [Nak Pahala Free? Rajin-Rajinlah Cium Pasangan. Kening Dan Dahi Point Terbaik]
Otot Berkembang
Memandangkan manusia mempunyai empati, emosi dan reaksi yang ditunjukkan akan mengikut kesesuaian dengan orang yang berada dekat dengannya. Otot-otot tubuh manusia akan berkembang mengikut kegunaannya.
Contoh paling mudah, jika pasangan sering ketawa bersama akan mempunyai kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau kedua-duanya suka berbual, struktur pipi mereka juga akan ikut berubah.
Betullah kata orang, kalau wajah seiras tu bahagia. Sebenarnya kalau setiap isteri atau suami itu selalu merasa bahagia dan gembira bersama orang yang mereka sayangi, sudah tentu rumah tangga akan ‘manis’ saja. Seiras atau tidak, selagi saling menggembirakan sudah cukup bagus.
Bila kita selalu bahagia dan kurang tertekan sudah pasti tahap kesihatan kita juga lebih mantap. Kurang jatuh sakit membuatkan kita merasa lebih sihat. Hidup yang dikelilingi aura positif akan membuatkan seseorang itu lebih sihat dan panjang umur.
Sumber: apakes.com
Ada ke mommies yang tengah pregnant sekarang? Jom, join e-workshop Pa&Ma yang akan share macam-macam ilmu untuk dapat baby. Yang bestnya, e-workshop ni FREE! Siap ada hadiah best untuk lucky draw 👏🏼👏🏼
Perkongsian ilmu dari Dr Roliza Ibrahim (Pakar Perunding Pediatrik) dan Pn Bel Nawhen (Jururawat Bertauliah). Issey pun ada nak share pengalaman dia dapat baby baru-baru ni. Jom daftar sekaran di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Maafkan Saya Belum Ada Rezeki Bagi Awak Zuriat..” Sedih Luahan Anne Pada Achey
Rezeki anak adalah rahsia Allah. Kita berusaha namun jika belum sampai masanya, siapa kita untuk menidakkan takdirNya. Melalui perkongsian pelawak terkenal, Achey Bocey berkenaan keputusan rawatan proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) yang dijalankan oleh isterinya cukup buatkan ramai yang sebak dan tersentuh hati melihat momen tersebut.
Menerusi instagram, Achey berkongsi rawatan IVF masih belum berjaya walaupun berat hatinya dan isteri menerima keputusan tersebut. Bagaimanapun dalam kesedihan Achey tetap menenangkan isterinya yang masih sedih dengan keputusan tersebut.
ARTIKEL MENARIK [“Kita Usaha, Rezeki Allah Tentukan.” Result IVF Negatif, Sebak Lihat Achey Peluk Anne]
Maafkan saya belum boleh bagi rezeki zuriat
Selepas perkongsian berkenaan, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Anne atau nama sebenarnya Nor Hasanah Yahaya agar bangkit dan terus berusaha.
Disebabkan ramai yang prihatin dengan keadaannya, Anne sempat memuat naik satu hantaran di Instagram dengan mengucapkan terima kasih kepada suaminya dan semua yang terus mendoakan agar dia dan Achey menimang cahaya mata sendiri.
“Terima kasih by, selama ni menjadi tulang belakang saya…banyak bagi kekuatan pada saya, jaga saya, jaga anak….bahagikan masa awak, kerja dan kami terima kasih banyak-banyak…
Jaga saya time sakit…Saya hargai sangat-sangat…..Maaf kan saya belum ada rezeki untuk saya bagi awak zuriat….InsyaAllah saya akan usaha sehingga hujung nyawa saya…saya sayang awak,” tulisnya.
“Sabar ye kakak..doa minta Allah bagi rezeki adik”
Dalam pada itu, Anne turut berkongsi momen dia dipeluk anak tersayang, Tiara Zinnirah yang turut menangis melihat ibunya dalam keadaan sedih kerana rawatan IVF yang dijalankan belum berhasil.
Isteri kepada pelawak itu juga meminta anaknya, Tiara untuk bersabar kerana belum boleh menjadikannya kakak kerana tiada lagi rezeki untuk hamil.
Jangan putus asa, teruskan berdoa
Ramai yang melihat video tersebut memberi kata-kata semangat kepada Achey dan Anne dan faham pengorbanan untuk bergelar seorang ibu bukan mudah. Malah ramai juga yang berkongsi pengalaman masing-masing yang senasib dengan Anne.
Moga dengan doa orang ramai, mana tahu satu hari nanti Allah beri nikmat kepada Anne dapat mengandung dan merasai momen menjadi seorang ibu. Yang penting jangan berputus asa dan sentiasa yakin Allah sebaik-baik perancang.
“Awak insan yang terpilih & hebat. Allah uji kerana dia tahu awak mampu hadapi & kuat. Jangan mengalah. Hadapi dengan tenang. Insyaallah rezeki Allah tak pernah salah alamat. Keep strong ya ❤️”
“Semoga Allah kurniakan rezeki pada awak sekeluarga ❤️ Semoga Allah mudahkan urusan awak dan diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.”
“Semoga Anne sayang dan acey terus fight…💪 Jangan putus asa OK.. Ada rezeki.. Ins Allah… ❤️❤️.. Semoga doa2 kami diangkat”
Untuk rekod, Achey dan isteri telah berkahwin sebelum pelawak itu terjun ke dunia hiburan lagi. Selepas lama berumah tangga dan belum memperolehi zuriat sendiri, mereka telah diberi rezeki oleh Allah S.W.T dengan mengambil seorang anak angkat perempuan yang kini berusia empat tahun.
Kredit: Instagram Anne_achey
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiada Lelaki Akan Cintai Irisa Lebih Dari Baba.” Manja Anak Izara Dengan Adib Khalid
Keletah comel anak kepada pelakon Izara Aishah, Irisa Alaia yang bakal berusia 3 tahun pada April depan dan terlalu manja bersama bapanya, Muhammad Adib Khalid mencuri tumpuan ramai.
Menerusi perkongsian di TikTok, Izara memuat naik gelagat Irisa dan Adib saling berbalas ciuman antara satu sama lain.
@izaraaishahofficialNo man will ever love her more than her baba.♬ original sound – Umer baba
“No man will ever love her more than her baba,” tulis Izara
Hasil tinjauan ke ruangan komen, wargamaya terharu melihat hubungan mesra Irisa bersama Adib dan ada juga warganet memuji kecomelan Irisa yang tak tumpah seperti ibunya.
“Cinta pertama anak perempuan adalah ayahnya.
“Momen paling indah bagi seorang isteri dan ibu, apabila melihat pasangannya iaitu ayah kepada anaknya melayani anak-anak.
“MasyaAllah comelnyaa. Subhanallah indah ciptaan Allah semoga jadi anak solehah sayang like ur mommy🥰”
“Bonding anak dengan ayahnya memang love.”
Sementara itu, berdasarkan perkongsian dari Pakar Motivasi, Mohd Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz ada beberapa cara boleh dilakukan sejak anak dalam kandungan sehingga mereka membesar.
- Sebaik-baiknya ia perlu bermula dari awal, ketika bayi berada dalam rahim ibu, walau kita masih belum tahu jantinanya. Bacalah Al-Quran, berkomunikasi dengan bayi dan ucaplah kata-kata yang baik pada anak, juga pada isteri.
- Bila anak ini dilahirkan, azankan di telinganya. Tak cukup dengan itu, si ayah harus belajar bagaimana untuk membasuh uri anak dan menanam ‘kembarnya’ itu.
- Walau badan anak masih lembut, si ayah belajarlah untuk mandikan anak. Kena beranikan diri. Basuh berak anak jangan lupa. Jangan sekadar sental dengan tisu basah, basuh juga ia dengan air paip. Takkan nak harapkan mak mentua atau isteri yang tengah berpantang tu?
- Bila anak berusia 7 hari, mohon si ayah cukur rambut bayi. Beli je mesin gunting rambut di Mr DIY. Kemudian, cukur pakai pisau cukur. Senang. Jangan beri alasan takutlah, kepala bayi lembutlah, rasa gelilah, eh, macam-macamlah. Anak kita tu, berilah servis yang terbaik ya.
- Bila anak selesai menyusu badan, bersambung pula dengan susu formula, ayah tolonglah belajar buat susu anak. Saya dulu, langsung tak tahu bab ini. Zero! Sampaikan berapa sukatan susu yang perlu diisi dalam botol pun tak tahu. kahkah
- Tapi iyalah, bila anak minum susu, mulalah pukul 2 3 pagi duk merengek pada kita suruh buat susu. Jadi, janganlah pergi kejut isteri untuk buatkan. Ayah bangunlah tidur, buatkan dan beri pada anak. Dapat pahala tau.
- Bila anak dah besar sikit, selalulah peluk mereka. Cium dahi, pipi, tangan dan ubun-ubun anak. Mereka akan rasa disayangi oleh seorang ayah.
- Sebelum anak pandai untuk gosok gigi dan mandi sendiri, si bapa haruslah uruskan benda tu. Gosokkan gigi mereka, jirus dan sabunkan. Anggap saja ia satu khidmat yang kita beri untuk membantu isteri di rumah.
- Sikatkan rambut anak perempuan kita selepas mandi. Belajar bagaimana nak ikat rambut mereka. Memang susah, dia lari sana sini. Ah, kau pandai-pandailah kunci pergerakan anak. Kahkah
- Orang perempuan suka dipuji, maka pujilah anak perempuan kita selalu. Jangan kedekut untuk cakap comellah anak ayah, cantiklah anak ayah, bagi pickupline ke, apa sahajalah. Yang penting, kata-kata pujian.
- Bila kita peluk anak, jangan lupa cakap, “Abi sayang Aya Sophia (nama anak saya).” Buatlah setiap hari. Dan ajar anak kita tu cakap benda yang sama, “Aya sayang Abi.”
- Ayah dan anak perempuan perlu ada chemistry. Maksud saya, kena pandai masuk ketika mereka bermain. Sebagai contoh, bila dia naik atas badan kita, maka jadilah kuda. Bila anak main masak-masak, kita cubalah buat-buat rasa masakannya (walaupun tak ada apa-apa yang dia suap pada mulut kita). Gunalah imaginasi untuk mewarnai imaginasi anak kita.
- Tonton kartun kegemaran mereka bersama-sama. Bab ini saya suka. Upin Ipin saya tengok bersama mereka, Boboiboy, Ejen Ali, Ultraman, Doraemon dan lain-lain. Err, sebenarnya bapak yang lebih suka, bukan anak. Kahkah
- Ayah dan anak perempuan mesti ada trademark. Sebagai contoh, high five ke, fist bumb ke (macam Baymax dalam Big Hero 6), fist bumb macam dalam Ejen Ali ke (Neuro Style), colek ibu jari ke, macam-macamlah yang boleh dibuat.
- Bila anak dah pandai bercakap, jadilah pendengar yang baik. Mendengar dengan penuh minat apa yang anak kongsikan, ceritakan, luahkan dan sebagainya. Tunjukkan yang kita prihatin dan sentiasa ada ketika mereka memerlukan. Bukan anak cakap, mata kita dok mengadap phone layan group wassap.
- Ayah kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Tanamkan soal akidah kepada anak, berkongsi kisah-kisah Nabi serta ajarkan doa-doa dan Al-Quran. Paling penting, bacakan buku untuk mereka, bukan kita suruh anak baca buku. (bawah 7 tahun)
- Si ayah wajib berkongsi pada anak-anak, berkenaan private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, menjaga aurat, soal akil baligh anak perempuan dan isu-isu melibatkan kesihatan reproduktif.
- Bila anak perempuan ini meningkat usia remaja, ketika itu mereka akan rasa bapanyalah lelaki paling baik, kacak, prihatin, pendengar yang baik dan boleh berkongsi cerita. Maka, mereka tak akan sewenang-wenangnya beri cinta pada lelaki tah mana-mana yang dia jumpa di sekolah, dalam internet atau tepi jalan. Mereka tak akan pilih lelaki selekeh untuk menjadi pasangan hidupnya.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI