Rancangan TV Pa&Ma musim pertama tercalon dalam 13 pencalonan untuk kategori Program Meletop bagi Anugerah Meletop Era 2019.
Musim pertama rancangan ini telah bersiaran pada 12 Jun tahun lalu dan dihoskan oleh pasangan selebriti popular, Eira Syazira dan Azad Jazmin.
Ads
Rancangan berdurasi 30 minit ini telah membincangkan topik-topik yang dekat dengan masyarakat berkenaan perkembangan dan kesihatan anak-anak kecil.
Kini rancangan tv Pa&Ma telah memasuki musim ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob dan Zahiril Adzim manakala untuk musim kedua lalu Sharifah Shahirah dan Ijoy.
Ads
Ads
Dalam setiap episod sebelum ini Pa&Ma telah berkongsi pelbagai pengalaman dari ibu bapa dan perkongsian tip dari doktor dan pakar yang arif dalam bidang masing-masing untuk memberi nasihat serta input yang positif seiring dengan tagline majalah Pa&Ma iaitu panduan lengkap keibubapaan dan pra-sekolah.
Soal anak adalah satu perkara yang cukup sensitif dalam sesebuah rumah tangga. Lambat dapat anak adalah menjadi perkara yang cukup sensitif untuk dibicarakan. Hati boleh jadi kecewa dan marah bila sering diajukan soalan sebegini kerana jawapan rezeki anak bukanlah di tangan kita. Semuanya bergantung kepada rezeki Allah.
Perkongsian bapa ini, Firdaus Shakirin banyak benarnya. Dalam rumah tangga, jangan hanya menyalahkan isteri sahaja bila kita lambat dapat anak. Baik suami atau isteri, sama-sama mainkan peranan yang besar untuk menentukan isteri hamil. Pun begitu semuanya bergantung kepada rezeki Allah. Jadi suami, rakan-rakan dan saudara mara janganlah hanya menuding jari pada isteri.
Fitrah bila berkahwin, nakkan anak, zuriat, waris penyambung keturunan kita tapi Allah tak janji yang bila berkahwin, kita automatik akan dapat anak. Allah tak janji.
Tak dinafikan, anak memang pelengkap hubungan suami isteri, dengan adanya anak, hidup kita lebih sempurna tapi tak semestinya tiada anak, hubungan suami isteri kita hambar, tak berseri dan tak bahagia.
Soal bila nak dapat anak ialah satu persoalan yang sangat menyentuh hati, dapat membuatkan mereka yang belum dapat anak lagi terasa bila diajukan soalan begini. Namun jangan salahkan isteri semata-mata jika kita belum lagi dapat anak.
Sebab?
Lelaki pun belum tentu subur walaupun ada sperma, walaupun sihat, walaupun alat sulit boleh berfungsi. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan dalam isu kesuburan ini kerana ianya sesuatu yang subjektif. Banyak perkara yang berhubung rapat dan saling berkait dengan kesuburan seseorang seperti pemakanannya, gaya hidupnya dan tahap kesihatan dirinya.
Don’t put the blame on women only…
Ini kebiasaan persepsi masyarakat kita dan makcik-makcik bawang. Asal lambat dapat anak je, mesti isteri yang kena, asal tak dapat anak je, isteri tu mandul, seolah-olah penyebab utama itu 100% dari isteri sahaja. Baik lelaki dan wanita, dua-dua ada potensi untuk mengalami masalah kesuburan. Jalani pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan, jangan ego, jangan salahkan isteri dan jangan berbalah menuding jari.
Jika dua-dua subur, dua-dua tiada masalah, maka bukan masanya lagi untuk Allah bagi rezeki anak pada anda. Allah akan bagi bila anda bersedia, perbaiki ekonomi keluarga, perbaiki diri, ubah gaya hidup, perbanyakkan amal ibadat kepada Allah dan selebihnya berserah.
InsyaAllah, hanya masa yang akan menentukan segalanya…
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duit pencen simpan bertahun lesap sekelip mata. Seorang warga emas hilang ratusan ribu ringgit lepas terpedaya dengan scammer. Niat nak gandakan simpanan, tapi akhirnya habis semua.
Itulah kisah pilu seorang warga emas. Seluruh wang simpanan yang dikumpul bertahun-tahun sebanyak RM186,000 lesap sekelip mata. Hanya kerana terpedaya dengan janji manis pelaburan yang rupa-rupanya tak wujud.
Duit yang sepatutnya menjadi bekal hari tua, kini hilang tanpa jejak. Tinggallah rasa sesal, tangisan dan penyesalan yang tak berpenghujung.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, memberi tahu pesara berusia 70 tahun itu menyertai satu kumpulan perniagaan dalam satu aplikasi WhatsApp setelah tertarik dengan pelaburan yang menguntungkan di laman sosial.
Katanya, mangsa juga diberikan penerangan mengenai bagaimana untuk melabur, jumlah modal dan jumlah keuntungan sebanyak 200 peratus yang bakal diperolehnya dalam tempoh tiga bulan.
“Oleh kerana tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa telah melakukan sebanyak 14 transaksi kepada lima akaun bank berbeza berjumlah RM186,800 bermula dari 25 Januari 2025 hingga April 2025.
“Mangsa kemudiannya telah diberikan satu pautan bagi tujuan membuat semakan keuntungan yang diperoleh dan mendapati pulangan pelaburan sebanyak RM446,786.89 telah dimasukkan sebagaimana yang dijanjikan
“Bagaimanapun, mangsa diminta untuk membayar pula sebanyak RM22,339.34 bagi menebus pulangan tersebut. Hal ini membuatkan mangsa mula berasa curiga dan menghubungi individu yang menawarkan pelaburan berkenaan kepadanya sebelum ini tetapi gagal,” katanya.
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang sukar dipercayai dan mengambil langkah berhati-hati terutamanya dalam urusan transaksi kewangan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes yang tular semacam mengenai pasangan infleuncer yang memindahkan harta sepencariannya menjadi hak milik kekal isterinya menjadi perbualan dan sorotan ramai.
Soalnya, bolehkan harta yang dicari bersama-sama itu menjadi hak milik mutlak isteri? Penulis, Mohd Ezairol Rezan Zainol turut berkongsi hal ini yang tak pernah isteri tahu. Ikuti perkongsian beliau.
Viral hari ni pasal kes Aisyah. Ramai yang emotional dalam memberikan komen dan pendapat. Tahniah la pada Alif kerana setuju serahkan semuanya kepada Aisyah.
Memindahkan 100% harta sepencarian menjadi hak milik si isteri perlulah dilakukan dengan izin dan redha suami.
Harta yang dibina bersama-sama pasangan, ada haknya masing² disitu. Di situ, ada hak suami dan ada juga hak isteri.
Segala pengorbanan suami atau isteri, tenaga serta keringat yang dia sumbangkan malah mungkin juga ada idea dia dalam pemilikan harta ketika bersama perlu dibahagikan secara adil dan saksama.
Melainkan salah satu pihak redha dan bersetuju untuk berikan kesemua bahagian miliknya kepada pasangan yang pernah tidur sebantal dengannya, itu lain cerita.
Berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Buatlah pembahagian harta sepencarian itu dengan adil dan waras. Dalam pada kita gigih melindungi diri agar tidak dizalimi, jangan sampai kita pula yang menzalimi pasangan atau bekas pasangan kita.
Dalam hidup ini, jangan kejar harta yang banyak, tapi kejarlah harta yang berkat untuk bekal di akhirat.
Ramai surirumah sebenarnya tak tahu yang mereka boleh menuntut harta sepencarian walaupun mereka itu adalah surirumah sepenuh masa.
Boleh baca kehendak undang-undang Islam berkaitan harta sepencarian yang dipetik dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan.
KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN – JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KELANTAN
Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-
1) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;
2) Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan
3) Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.
Semoga Allah pandu kita semua dalam berbuat keputusan yang adil dan tepat.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.