Si comel Eidrees anak kepada pelakon dan bekas Finalis Dewi Remaja, Anzalna Nasir bersama pasangan Hanif Zaki bakal menyambut kelahiran pertama pada 31 Mei tak lama lagi.
Menurut ibunya, Anzalna menerusi posting di laman Instagram miliknya mendedahkan perancangannya untuk membawa anak lelakinya dan seluruh keluarga bercuti ke Disneyland sempena ulang tahun pertama kelahiran si kecilnya itu.
Namun perancangan tersebut tidak dapat direalisasikan disebabkan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia. Kerana hal itu, percutian tersebut terpaksa dibatalkan.
Artikel berkaitan: Nak Belanja Susu & Lampin Pakai Buang Untuk Yang Memerlukan. Anzalna Minta PMnya Terus
Namun, Anzalna tetap memanjatkan rasa syukur kerana sudah mendapat bayaran balik (refund) daripada tempahan tiket yang telah dibuat. Lebih istimewa lagi, Anzalna berhajat untuk menggunakan wang percutian tersebut untuk tujuan kebajikan.
Dalam posting tersebut, pelakon ini turut meminta cadangan untuk charity yang ingin dilakukan dengan duit percutian tersebut.
“Plan nak bawa my whole family to celebrate Eidrees’ 1st birthday at the Disneyland tetapi tak ada rezeki. Alhamdulillah duit tickets pun dapat refund nasib baik hotel tak book lagi! Phewww… 😅Duit bercuti tu I nak buat charity. Boleh bagi cadangan kat siapa nak bagi?”
Ramai warganet yang respon dengan pertanyaan yang diajukan oleh Anzalna dan memberikan beberapa cadangan badan kebajikan bukan kerajaan yang boleh disumbangkan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.
Sebelum ini, Anzalna dan suami juga ada membuat kebajikan apabila mewar-warkan niat mereka di Instagram nak belanja susu dan lampin buat keluarga yang memerlukan ketika awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Semoga usaha murni Anzalna dan suami diteruskan untuk tujuan kebajikan dan kebaikan orang yang memerlukan. Dan semoga lebih ramai rakan selebriti lain yang tampil untuk menghulurkan bantuan seperti beberapa selebriti yang turut aktif dalam membantu orang ramai.
Sumber: Media Hiburan & IG Anzalna Nasir
Artikel menarik: 112 Kes Jangkitan Covid-19 Kanak-kanak Umur 4 Tahun Ke Bawah & 22 Kes Bayi Bawah 1 Tahun
https://www.youtube.com/watch?v=2q4ChBRXrv8
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI