Dalam fasa perkembangan bayi, penting sebenarnya eye contact. Ini sebagai penanda aras untuk memastikan anak kita normal atau ada ciri-ciri lain yang boleh menjejaskan perkembangannya dalam proses membesar.
Melalui perkongsian Puan Wan Nur Syakira, bayi yang tiada eye contact itu sebagai salah satu tanda red flag.
Bahaya sebenarnya kalau bayi tiada eye contact dengan kita. Itu red flag! Bayi 6 bulan sepatutnya dah boleh ada eye contact yang konsisten.
Apa red flag untuk bayi 6 bulan ?
❗ Tiada eye contact
❗ Tidak ketawa atau hasilkan bunyi.
❗ Tidak mencari sumber bunyi apabila dipanggil.
Eye contact ni penting untuk anak tiru sesuatu dari kita. Penting sangat untuk anak belajar bercakap. Kemahiran asas yang perlu baby ada. Macam mana nak belajar kalau anak tak tengok kan?
Umur 6 bulan , dah boleh diajar beberapa gesture dan perbuatan
⭐ Flying kiss
⭐Bye bye
⭐Tepuk tangan
⭐ Perbuatan hulur tangan bila dia nak.
Sebab mereka dah ada kemampuan untuk tiru pada umur ini. Gesture penting untuk pemahaman dan komunikasi anak serta kita nak tau anak boleh tiru tak.
Ads
Tapi nak tiru macam mana, kalau tengok pun tak nak kan. Ha, jadi macam mana nak bina eye contact ni ?
Salah satu tips yang terapis perkembangan kanak-kanak berikan dalam buku Main dan Cakap,
Gunakan cermin. Guna cermin je? Aah, murah je kan alatnya. Guna yang sedia ada di rumah. Cermin ni alat ransangan favourite terapis tau.
Kita selalu dengar jangan bagi bayi tengok cermin nanti mengigau. Tapi sebenarnya cermin ni sangat bermanfaat untuk perkembangan anak-anak.
Kita selalu dudukkan anak di depan cermin dan ibu ayah buatlah aksi yang boleh tarik perhatian anak untuk tengok kita.
Ads
Peekaboo, nyanyi, panggil nama mereka, tepuk tangan. Kita engage dengan mereka dengan bermain. Kita nak tarik mata bayi tadi untuk lihat kita.
Cara lain ,
👉 Boleh dudukkan baby di kerusi baby dan main bersama dia , mata kita berada di paras mata dia.
👉 Letakkan bayi menghadap kita di ribaan kita , kita bengkokkan kaki dan sandarkan belakang bayi pada paha kita. Dan buatlah pelbagai mimik muka.
👉 Berada di paras mata mereka, mereka meniarap, kita meniarap sambil bercakap dan bermain.
Eye contact ni penting untuk bayi ada, jangan diambil mudah.
Eye contact kunci untuk anak meniru dan belajar bercakap dari ibu bapa.
Ads
Cermin ni saya selalu guna untuk main dengan Sofiyyah. Dulu masa nak kuatkan leher dia untuk merangkak, saya buatkan tummy time sambil hadap cermin.
Sekarang, dah berada di fasa merangkak, kita nak ransang bercakap pula, sambil saya lipat kain, kita dudukkan dia depan cermin. Kita pun main peekaboo, buat bunyi, panggil nama.
Eh, ketawa terkekek dia. Senang cara terhibur, buat sambil ummi lipat kain. Jom ajak bayi kita main dengan cermin!
Aktres cantik, Datin Sri Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak kembarnya.
Beliau melahirkan bayi kembar pada 29 Disember 2017 pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi. Berat si kembar ini masing-masing ialah 2.74kg dan 2.78kg ketik dilahirkan.
Zizie yang bakal menyambut ulangtahun kelahiran pada 30 Disember iaitu sehari sebelum anak kembarnya dilahirkan menyifatkan kehadiran kembar ini ialah hadiah hari jadi yang awal dan cukup istimewa buat dirinya.
Semalam, setelah sebulan dan satu hari berpantang akhirnya wajah dan nama kedua-dua bayi kembar lelaki tersebut didedahkan.
Salam & hello everyone
Temui dua hero saya, AADAM ZAC IZETTE (atas) dan adiknya AALEPH ZEKE IZETTE (bawah). (Sebutan Alif tidak Alip eh?)
Mereka berusia 20 hari ketika gambar ini diambil.
Alhamdulillah, hari ni dah sebulan 1 hari.
Terima kasih diatas doa2 anda dlm comment2 sebelumnya.
Semoga Allah memberkati anda semua. Amen
Zizie turut menjelaskan gambar yang dimuatnaik tersebut diambil semasa si kembar berusia 20 hari.
Para peminat yang sudah lama berteka-teki tentang bayi kembar Zizie rata-rata gembira dan tidak putus-putus memuji kecomelan Aadam Dan Aaleph. Tidak kurang yang mendoakan kesejahteraan Zizie dan anak-anaknya.
Zizie sebelum ini mempunyai anak angkat perempuan yang bernama Naila Nurjenna yang berusia tiga tahun.
Pernah dengar busy board? Kalau anda tak mahu si kecil bermain gajet, maka perkenalkan permainan busy board sejak bayi lagi. Busy board adalah alternatif permainan yang boleh merangsang kemahiran motor halus dan kasar si kecil selain meningkatkan kemahiran fokus mereka.
Hari ini banyak kes melibatkan anak kecil yang menghadapi masalah lambat bercakap atau speech delay. Jika dirujuk kepada terapis-terapis cara kerja dan pertuturan, rata-rata mengakui menerima banyak kes kanak-kanak yang menghadapi masalah yang sama.
Selepas disiasat kebanyakan berpunca daripada pendedahan terlalu awal pada gajet seperti handphone, tablet dan sewaktu dengannya. Biasa kan tengok ibu bapa bagi anak mereka (usia bayi lagi) tengok video di handphone ketika dalam restoran atau kedai makan?
Seperti kita sedia maklum, penggunaan gajet pada anak lebih banyak keburukan untuk perkembangan otak, sosial, emosi sekaligus penglihatan mereka.
Lalu, bagaimana cara terbaik untuk mencegah anak terus leka dan lalai dalam dunia gajet yang tidak bagus untuk perkembangan mereka? Salah satu cara terbaik adalah dengan memberikan busy board kepada anak.
APA ITU BUSY BOARD?
Busy boad adalah sebuah papan yang di atasnya diletakkan pelbagai alat atau aksesori dengan fungsi berbeza di setiap item yang akan membuatkan bayi tertarik untuk memainkannya sekaligus mendapatkan banyak kelebihan dari busy board tersebut.
Busy board sendiri sudah digunakan di merata dunia dan diakui kesan positifnya pada perkembangan bayi. Kemahiran motor halus si kecil lebih berkembang dibandingkan dengan bayi lain yang kerap diberi main gajet.
Dikatakan permainan busy board juga sangat bagus diberikan kepada anak hiperaktif. Dengan leka bermain anak dapat menyelesaikan masalah yang ada di busy board seperti membuka kunci, membunyikan loceng, menyalakan lampu dan pelbagai lagi aktiviti.
BILA BAYI BOLEH MULA MAIN BUSY BOARD?
Busy board sesuai menjadi mainan untuk bayi berusia 6 bulan ke atas. Apabila bayi belum mampu untuk duduk sendiri, anda boleh meriba bayi ketika dia bermain atau meniarapkan bayi dan meletakkan busy board berhadapan dengannya.
KELEBIHAN BAYI BERMAIN BUSY BOARD
Tak seperti alat mainan lain, ada banyak unsur pendidikan yang ada pada busy board dan sangat membantu perkembangan positif anak seperti
Busy board sangat baik untuk merangsang banyak deria anak seperti pendengaran, penglihatan, sentuhan dan pergerakan motorik kasar seperti pergelangan dan sendi.
Busy board juga berguna sebagai cara untuk meniru dan pretend play anak sehingga keseimbangan dan koordinasi antara mata dan tangan anak boleh berkembang lebih cepat.
Busy board juga merangsang anak untuk menyelesaikan masalah, mengajar kemampuan melakukan tugas yang akan berguna untuk diterapkan dalam kehidupan seharian nanti seperti kemahiran mengikat tali kasut, melihat jam, membuka dan memasang butang baju dan pelbagai lagi aktiviti lain.
Busy board berguna untuk meningkatkan rasa ingin tahu anak sekaligus mengasah kemampuan mereka untuk menyiasat dan mengambil tahu apa rasa tekstur objek yang ada pada busy board tersebut.
OBJEK PADA BUSY BOARD
Anda boleh buat sendiri busy board untuk si manja. Material atau objek yang ada pada busy board ada bermacam-macam dan boleh disesuaikan mengikut usia dan kemampuan bayi atau anak anda yang sudah besar. Beberapa idea objek yang boleh diletakkan pada busy board ini antara yang paling popular dan biasa digunakan ketika membuat busy board.
Pengunci pintu.
Berbagai jenis potongan karpet dengan bermacam warna dan tekstur.
Potongan renda atau pita.
Pompom warna-warni
Gllitter
Suis
Kompas
Loceng
Kalkulator
Sikat
Span
Kompas
Tombol
Untuk keselamatan, anda boleh menggunakan busy board dari papan kayu ataupun plastik yang digam dengan kuat serta di lekatkan pada dinding yang sesuai dengan jangkauan bayi anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meniarap bukan sahaja boleh kuatkan leher bayi dan elak kembung, tapi ada banyak lagi kelebihan lain. Jangan hanya dukung atau duduk di stroller sahaja, beri bayi masa untuk meniarap lebih lama!
Tummy time atau meniarap ada banyak kebaikannya kepada bayi. Ia bukan sahaja satu milestone bayi, tetapi aktiviti rangsangan untuk si kecil. Menurut Aisyah Rozalli, Occupational Therapist (Juruterapi Cara Kerja) menerusi perkongsiannya di Facebook, bayi yang baru berusia sehari punsudah boleh mula tummy time dalam jangka masa singkat iaitu seminit atau dua minit selepas selesai menyusu.
TIP MENIARAP KEPADA BAYI
Boleh diberikan pada bayi seawal usia 1 hari.
Mulakan dengan meletakkan bayi pada riba ibu ataudi atas bantal dan mengusap-usap bahagian belakang bayi. Ini akan membantu bayi berasa selesa dengan posisi meniarap (pastikan posisi bahagian kepala bayi lebih tinggi dari punggung pasa permulaan ini).
Apabila bayi kelihatan lebih “alert”semasa meniarap di riba atau bantal, meniarapkan bayi di atas lantai atau tilam yang sedikit keras (supaya tidak terlalu terbenam. Jika mahu letak bayi di atas comforter, pastikan tidak tebal kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas jika bayi menyembamkan muka ke bawah).
Mulakan tummy time selama 3 hingga 5 minit dahulu dan tambahkan masa bila bayi semakin selesa dan semakin lama mengangkat kepala dalam posisi meniarap.
Letak cermin kecil di hadapan bayi semasa bayi meniarap supaya bayi terstimulasi untuk melihat refleksinya pada cermin.
Meniarap bersama bayi dan berbual dengannya (bayi bawah usia 1 bulan hanya mempunyai jarak penglihatan sejauh lebih kurang 13-15 cm. Jadi, anda perlu berada rapat agar bayi anda dapat melihat anda).
Gunakan permainan berbunyi untuk merangsang bayi anda melihat ke arah bunyi tersebut.
Pastikan anda ada bersama sepanjang aktiviti tummy time untuk bayi kecil. Elakkan dari membiarkan bayi tidur tanpa pengawasan semasa meniarap.
Apabila bayi sudah pandai terlentangkan badannya dari posisi meniarap, ia menunjukkan bayi anda sudah mempunyaikekuatan atas tubuh yang lebih baik. Ia adalah satu pencapaian untuknya!
KEBAIKAN MENIARAP KEPADA BAYI
1.RANGSANG KOMUNIKASI
Sambil meniarap sambil cakap dengan bayi, sambil tepuk-tepuk. Kita bagi stimulasi untuk tingkatkan ‘auditory attention’ bayi. Kalau nak seronok lagi, tiarapkan baby atas perut aama atau papa. Bagi bayi nampak muka mama dan papa, hubungan menjadi lebih rapat.
2.KUATKAN OTOT LEHER, DADA, BAHU & LENGAN
Ini semua otot-otot utama yang akan bantu bayi anda belajar menghisap susu dengan lebih efisien, angkat kepala ke kiri dan kanan, belajar merayap dan merangkak dengan lebih mudah.
Otot-otot yang kuat ini pun penting untuk keselamatan bayi sebagai contog sekiranya dia tertidur meniarap atau mengiring, dia cukup kuat untuk pusingkan kepalanya dan selamatkan hidungnya dari tersembam dan lemas (semoga Allah jauhkan).
3.STIMULASI SENSORI DARI SEKITAR
Masa meniarap, bayi dapat melihat persekitarannya. Jadi tidaklah bayi hanya menatap siling dan ke atas sahaja. Bila bayi dapat tengok persekitaran, mereka akan terstimulasi dengan cahaya, objek dan pelbagai lagi input dari sekitarnya.
4.ELAK ‘FLAT HEAD’
Bila bayi tidak mempunyai otot leher yang kuatakan berisiko untuk berbaring di sebelah bahagian sahaja. Maka, sebelah bahagian tersebut akanakan ‘flat’ atau leper. Ia dinamakan plagiocephaly.
5.KURANGKAN KEMBUNG PERUT
Cuba letakkan bayi meniarap setiap kali lepas menyusu. “Burrrppp!” punya kuat bayi tu nanti sendawa. Maka, kuranglah risiko bayi kembung perut dan kuranglah potensi bayi meragam.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.