Siapa yang tak mahu anak jadi bijak dan pandai dalam segala hal. Namun mendidik anak yang cerdas minda dan tinggi daya IQnya harus dilatih sejak kecil lagi. Namun cara ransangannya juga harus bijak dan tepat. Ada beberapa perkara ibu ayah boleh praktikkan di rumah untuk melatih kecergasan anak-anak kita.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, merangsang minda cerdas anak haruslah dilakukan mengikut semua deria supaya melatih anak dalam pelbagai sudut.
Bagaimana merangsang otak bayi kita supaya minda mereka lebih cerdas dan mempunyai IQ tinggi?
LAKUKAN RANGSANGAN SENSORI
1. Rangsang pendengaran. Buka bacaan al Quran (paling bagus dibaca oleh ibu atau bapa). Sesekali dengar dodoikan anak dengan nyanyian lagu yang baik.
2. Rangsang penglihatan. Dengan melihat gambar-gambar dari buku, bukan dari gajet elektronik spt TV atau henfon kerana cahaya yang dikeluarkan boleh merosakkan mata.
3. Rangsang sentuhan. Dengan membiarkan mereka bermain dengan alat permainan yang selamat.
LAKUKAN RANGSANGAN GERAKAN MOTOR
1. Galakkan anak meniarap dan merangkak. Ia akan menguatkan otot tangan dan kaku. Bila semakin membesar, galakkan anak berdiri dan berjalan bagi melatih imbangan tubuh.
2. Merangsang pertuturan bahasa dengan sering berkomunikasi dengan anak, sama ada bercakap atau menyanyi dengan anak.
3. Meransangkan pergerakan otot kecil seperti jari dan mata. Ambil objek permainan yang kecil di hadapan anak, gerakkan objek itu ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri. Pastikan mata anak mengikut pergerakan objek itu.
Semoga bermanfaat.