Untuk mendapat anak yang bijak dan cergas, ibu bapa boleh menggalakkan anak melukis supaya dapat merangsang otak kanannya. Oleh itu, biarkan anak-anak melukis di dinding, kertas, lantai malahan atas air dan di mana sahaja. Mereka melukis apa sahaja apabila dapat memegang sesuatu seperti pen dan pensil.

Malah ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak dan cerdik. Oleh itu, ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan.

Otak kanan sebenarnya lebih efektif berbanding sebelah kiri tetapi perlu kerap merangsangnya. Oleh kerana otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span, inilah masanya untuk melakukan rangsangan kepada anak.

IKLAN

Melukis adalah antara aktiviti yang menggunakan jari jemari supaya dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.

Rangsang Otak Kanan Dengan Cara Melukis Supaya Anak Lebih Bijak Dan Cergas

IKLAN

Menerusi proses melukis, kanak-kanak berupaya memahami dunia yang dilihatnya dari segi bentuk, apa yang berlaku di sekelilingnya sama ada dunia semulajadi dan dunia sosial. Alasan, peraturan, apa dan bagaimana kanak-kanak melukis adalah unsur semulajadi asalkan kita tidak mengganggunya. Sama kesnya dengan bermain kita perlu memberi kebebasan kanak-kanak bermain mengikut caranya tersendiri.

IKLAN

Tahukah anda, melukis memberikan kepada kebaikkan kepada perkembangan anak-anak. Biarkan anak tidak boleh membaca atau menulis. Tetapi jangan halang, kebebasan anak untuk melukis.

Matlamat utama lukisan untuk kanak-kanak adalah:
1.Meluahkan pemikiran, pengetahuan dan idea
2.Meneroka, mencuba dan mencipta dengan menggunakan pelbagai media
3.Membuat eksperimen dengan warna, garisan, bentuk, tektur dan rekaan
4.Meluahkan perasaan dan emosi
5.Menjadikan kreatif dan merangsang minda

Rangsang Otak Kanan Dengan Cara Melukis Supaya Anak Lebih Bijak Dan Cergas
Ibu bapa boleh menggalakkan anak mereka bereksperimen dengan produk lukisan menerusi cara berikut:
a)Hindarkan jenis buku garisan mewarna atau buku kerja.
b)Kesabaran dengan hasil kerja lukisan anak dan terus menggalakkan
c)Elakkan daripada anda membuatkan atau melukis untuknya atau terlalu banya membantu
d)Menerima hasil kreatif tanpa mengkritik hasil kerjanya
e)Beri komen positif cara kanak-kanak menyelesaikan masalah berkaitan dengan hasil kerjanya
f)Berkeyakinan pada diri anda bahawa kanak-kanak menghasilkan produk yang unik

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI