Rangsangan Penglihatan Bayi Baru Lahir Sangat Penting. Ketahui 7 Cara Mudah Tapi Berkesan

Share

Penglihatan ialah merupakan salah satu deria yang paling banyak banyak berkembang ketika dilahirkan. Input visual pada bulan-bulan awal mungkin mempunyai kesan yang paling mendalam terhadap sistem saraf bayi yang berkembang. Kenapa rangsangan visual sangat penting untuk bayi? Bagaimanakah mama dan papa boleh memberikan merangsang deria visual bayi yang baru lahir?


RETINA BELUM BERKEMBANG SEMASA DILAHIRKAN
Semasa kelahiran, retina pada mata bayi masih belum berkembang sepenuhnya. Retina adalah lapisan belakang mata yang berfungsi untuk mengesan cahaya. Retina orang dewasa berupaya membezakan pelbagai warna dan tona yang berbeza, tetapi retina  bayi baru lahir hanya berupaya untuk mengesan warna yang mempunyai kontras yang ketara iaitu sama ada bercahaya dan gelap; atau hitam dan putih.

BAGAIMANA RANGSANGAN VISUAL MEMBANTU OTAK BAYI BERKEMBANG
Selepas lahir, sel-sel saraf pada otak bayi tidak teratur dan tidak terhubung dengan baik. Ketika bayi membesar, otaknya akan menerima apa jua rangsangan melalui kelima-lima deria. Input ini menyebabkan sel-sel saraf untuk berkembang dan membentuk pelbagai sambungan dengan sel-sel saraf yang lain.

Inilah sebabnya mengapa rangsangan visual sangat penting. Sebagai contoh, jika bayi tidak dirangsang, pusat visual di otaknya tidak akan berkembang, saraf optik akan berkurang dan penglihatannya tidak akan dapat dibangunkan dengan optimum.

Sebaliknya, jika anda memberikan input visual yang berterusan kepada mata bayi, retina mata dan  saraf optiknya akan berkembang. Kesannya bahagian visual pada otak bayi akan berkembang dengan baik.

6 CARA RANGSANGAN VISUAL UNTUK MATA BAYI

Mama dan papa boleh memberikan ara untuk merangsang penglihatan yang terbaik kepada bayi dengan  menggunakan imej berjalur hitam dan putih atau warna-warna kontras yang terang dan gelap. Penyelidikan telah membuktikan bahawa imej kontras hitam dan putih memberikan impak berkesan pada retina bayi dan menghantar isyarat visual terkuat ke otaknya.

Berikut adalah beberapa cara visual play yang menyeronokkan dan kreatif yang dapat merangsang penglihatan bayi baru lahir:

1.Letakkan persekitaran tempat tidur bayi anda dengan fabrik dan objek berjalur  sama ada selimut, cot bumper, sarung bantal dan kertas dinding yang mempunyai jalur gelap dan cerah.

2.Sediakan mainan bayi berjalur berhampiran dengan tempat yang biasa bayi duduk seperti ruang bermain, dalam car seat atau stroller. Mereka mempunyai quiet alert state di mana apabila terjaga, matanya terbuka, dan si kecil akan menatap dengan teliti pada apa sahaja yang menarik perhatiannya. Ini adalah masa yang tepat untuk meletakkan buku, gambar atau mainan berwarna hitam dan putih kira-kira 8 hingga 12 inci dari muka bayi.

Kad imbasan seperti ini boleh diimbaskan kepada bayi untuk merangsang penglihatan mereka.

3.Mainan hitam dan putih atau berwarna cerah dan gelap  akan menarik perhatian bayi dengan lebih baik .

4.Pilih mainan yang berwarna terang dan kontras seperti hitam, putih dan merah dan kurangkan mainan yang berwarna pucat.

5.Bayi anda boleh melihat dengan jelas sekitar 8 hingga 12 inci jauhnya. Apabila anda berinteraksi dengan bayi, sama ada dengan mainan, tangan atau muka anda, cuba untuk lakukannya dalam jarak 12 inci dari bayi

6.Bayi akan mula menatap wajah anda dan mula memberi tumpuan pada mata anda pada minggu-minggu awalnya. Selepas sebulan, mereka akan mula mengikuti anda dengan matanya apabila anda perlahan-lahan bergerak dari sisi ke sisi. Boleh lakukan aktiviti ini dengan kerap.

7.Mama dan papa yang ingin menstimulasi penglihatan si manja, bolehlah cuba memakai baju bergaris atau berjalur sekerap yang boleh ketikan bersama bayi.

Sumber: www.askdrsears.com

Published by
Azma ML