Siapa tak kenal Lara Alana, anak pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Si comel Lara sendiri cukup popular di media sosial Instagram dan sudah mengumpul seramai 3.2 juta pengikut.
Memiliki karektor lucu dan periang seperti ibunya, Scha ternyata aksi dan gelagat Lara di Instagram dinantikan oleh pengikutnya sejak dia bayi lagi.
Terbaru telatah Lara mencuri perhatian netizen apabila daddy nya memuatnaik video Lara membaca surah Al-Fatihah dan ayat awal surah Al-Baqarah bersama Awal.
Slowly but surely, inshaAllah. Amin!
A post shared by Si Penglipur Lara (@laraalanaa) on
Selain terhibur mendengar suara pelat Lara menghabiskan bacaan Al-Fatihah, wajah ceria dan gelak ketawanya di hujung video menggambarkan anak kecil ini seorang yang ceria dan bahagia kerana mendapat limpahan kasih sayang yang cukup daripada mummy dan daddy nya.
Ternyata kebijakan Lara bukan sekadar pandai berbahasa Inggeris dan membuat aktiviti lain sahaja tetapi si comel ini juga sudah pandai mengaji.
Jelas sekali pengaruh didikan ibu dan ayah yang tak pernah jemu merangsang anaknya mampu menjadikan seorang anak itu bijak dan seimbang didikan duniawi dan akhirat.
Semoga perkongsian Awal dan Scha mengenai cara mereka mendidik Lara menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk turut mencontohi cara pasangan selebriti ini.
Netizen pun ramai yang puji cara Awal dan Scha mendidik Lara. Walaupun pernah dikecam kerana anaknya lambat bercakap dan tidak mengajar Lara mengaji tetapi Awal berjaya membuktikan dia tetap memberi didikan seimbang kepada anaknya.
Memang setiap anak itu berbeza tahap perkembangannya tetapi dengan limpahan kasih sayang, perhatian dan rangsangan yang cukup daripada ibu ayah, anak anda mampu menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat.
Semoga Lara Alana membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Sumber: Instagram laraalana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Apa Yang Anda Patut Biarkan Anak Melukis Atau Menconteng Di Usia 2 Hingga 6 Tahun
Setiap ibu bapa patut membiarkan anak melukis atau menconteng di usia 2 hingga 6 tahun supaya aktiviti ini membantu merangsang perkembangannya. Hampir kebanyakan kanak-kanak suka melukis dan mewarna. Banyak kebaikan mewarna kepada kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak melukis, mereka belajar cara berkomunikasi menggunakan simbol. Kereta yang dilukis oleh anak kecil mungkin tidak menyerupai kereta sebenar jika dilihat dari sudut pandangan orang dewasa, tetapi sebenarnya mereka belajar cara berkomunikasi idea dan perasaannya.
Melakar dan mewarna halaman kertas yang dilakukan oleh kanak-kanak melibatkan aktiviti penyelesaian masalah. Menerusi lakaran dapat membantu kanak-kanak menjadi lebih peka terhadap persekitaran fizikal. Mereka belajar tentang bentuk, saiz dan warna.
Ingat kanak-kanak melukis berdasarkan apa yang dilihat menerusi pemikirannya bukan berdasarkan pemerhatian tentang persekitarnya. Kanak-kanak tidak menitik beratkan sesuatu yang dilihatnya. Kanak-kanak kecil keupayaannya tidak sama seperti mana kanak-kanak yang lebih berusia atau orang dewasa melukis tentang sesuatu untuk kelihatan menyerupai objek sebenar.
Ibu bapa dan orang dewasa perlu memahami peringkat perkembangan lukisan kanak-kanak. Menerusi kefahaman tahap perkembangan kanak-kanak melukis dan melakar kita tidak akan merasa atau menilai lukisan atau lakaran yang dihasilkan itu tidak memberi makna atau keindahan. Sebaliknya kita akan memahami perkembangan anak dan maklumat yang ingin disampaikan menerusi idea spontan.
Peringkat pertama
Pada peringkat pertama semasa kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun lakaran atau lukisan lebih kepada lakaran rawak yang merupakan tanda awal kanak-kanak secara universal. Tanpa mengira bangsa, budaya dan kelas kehidupan semua kanak-kanak melalui tahap lakaran rawak. Mereka mencuba menggunakan pelbagai alat untuk melakar dan meninggalkan kesan tanda pada kertas. Pada peringkat ini kanak-kanak merasa seronok meneroka dan membuat penemuan. Jangka masa peringkat ini bergantung kepada galakkan dan dorongan orang dewasa, kesihatan kanak-kanak, pertumbuhan otot, koordinasi, intelegen dan kuantiti dan kekerapan peluang untuk melakukan lakaran rawak.
Peringkat kedua
Peringkat kedua usia kanak-kanak antara 2 tahun hingga 4 tahun peringkat ini dikenali sebagai kawalan rawak yang lebih signifikan kepada bentuk-bentuk geometrik seperti bulat, bujur, empat segi, tiga segi dan palang pada lukisan kanak-kanak. Kanak-kanak dapat berupaya untuk mengawal otot dan mula untuk mencuba mengatur persekitarannya. Garisan beralun dan berombak dengan jalinan pelbagai corak bulat dihasilkan oleh kanak-kanak.
Peringkat ketiga
Pada peringkat ketiga usia kanak-kanak antara 3 tahun hingga 5 tahun, apabila kanak-kanak sudah mula mengenali objek, mereka melukis mengikut nama objek. Walau pun lakaran objek itu tidak dapat dikenalpasti oleh orang dewasa, hasil lakaran itu lebih kepada tingkahlaku untuk menamakan objek yang mempunyai signifikan. Pada kanak-kanak objek yang mereka lukis mudah dikenalpasti.
Bentuk atau corak bulat seperti matahari, pancaran ( matahari dengan garisan pancaran cahaya), bentuk berpalang ( bulatan dengan palang di dalam bulatan) dan bentuk lain daripada persekitaran kanak-kanak terdapat pada lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Orang dewasa hendaklah menyediakan pelbagai pengalaman untuk membantu kepada proses perkembangan seterusnya.
Sekiranya kanak-kanak berusia 5 tahun masih lagi di peringkat lakaran bukan bermakna lambat pembelajarannya atau kesan ketidakupayaan belajar. Mereka perlu menguasai kawalan otot untuk menghasilkan lakaran.
Peringkat simbol atau menggambar apabila kanak-kanak mengingkat usia 5 tahun hingga 7 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak sudah mula menyedari pemikiran boleh dinyatakan menerusi perlambangan, maka mereka akan melukis apa yang dirasa, bukan tentang perkara yang sebenarnya. Contohnya jika kanak-kanak tadika disuruh melukis kucing. Kucing yang dilukis mungkin lebih besar daripada kanak-kanak sebab kucing itu lebih penting dalam kehidupannya. Kemungkinan juga kanak-kanak akan melukis kucing berwarna merah kerana merah adalah warna kegemarannya.
Kesimpulan
Orang dewasa perlu sedar bahawa setiap kanak-kanak perkembangan lukisannya adalah berbeza dan tidak sama sebagaimana perkembangan yang lain. Oleh yang demikian jangan mengabaikan lakaran kanak-kanak kerana peringkat ini adalah situasi penting sebagai sebahagian proses pembelajaran.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Jenis Kinestetik Bukan Hiperaktif Walau Tak Tahu Duduk Diam. Doktor Ini Betulkan Salah Tanggapan
Lumrah kanak-kanak memang sukar duduk diam dalam tempoh lama. Akibatnya ramai tersalah anggap pada kanak-kanak jenis ini yang dianggap sebagai bermasalah atau hiperaktif.
Ada guru di sesetengah tadika atau sekolah kurang sabar berhadapan dengan kanak-kanak jenis ini. Mereka segera meminta ibu bapa merujuk anak kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ibu bapa pula keliru dan terkejut kerana pada pemerhatian mereka, si anak membesar normal di rumah tetapi mendapat komen mengejutkan daripada guru di sekolah.
Perkongsian daripada pengguna Facebook Nani Zaik yang bertugas sebagai doktor mengenai pengalamannya mengendalikan pesakit kanak-kanak patut diberi perhatian oleh ibu bapa lain.
Anak Ada ADHD Atau Tak?
Semalam last patient yang saya tengok, seorang ayah bawak anak lelaki umur 4 tahun 10 bulan. Reason bawa jumpa dokte sebab cikgu tadika suruh bawak, nak tengok anaknya ada ADHD ke tak
Anaknya nama Umar. Masuk bilik dokte elok je terus duduk atas kerusi. Pandang dokte. Good eye contact. Not wandering around. Not touching here and there. Ok first impression tak nampak macam ADHD. Bagi pen kat Umar suruh lukis spiderman sebab nampak dia pakai baju spiderman. Umar malu. So dokte lukis spiderman dulu. Umar sambung lukis. Ok laju je. Good pencil grip
Tanya ayah kenapa cikgu cakap macamtu? Ayah cakap cikgu bagitau dalam kelas tak duduk diam. Tak fokus masa belajar. Ni report card dia dokte cikgu suruh bawak. Masa tu ingatkan report card kindy yang biasa. Tapi tengok terus terkejut “wow ni macam report card sekolah kebangsaan!” list all the subjects (math, science, bm, english, seni with grades???? He got D for bm, C for science, B for math) APEKAH??
Then ayah keluarkan kertas exam (wait, what..there is exam for 4 y/o kids??) BM he got 11/100. Ayah nampak confuse. Dia pun tak rasa anak dia ada masalah. Tapi cikgu cakap anak macam ada ciri ADHD. Ayah pun dah rasa panik. Kat rumah ok je dokte. Boleh ikut arahan. Boleh makan guna sudu garpu tangan. Sepah rumah tu biasa lah. Tapi kalau ajar buku ni A, ni B, ni C memang tak nak ikut sangat. Anak first perempuan. Memang lain lah dengan anak lelaki
Tanya ayah Umar ni suka main? Sangattt. Umar ni suka bergerak2 ke? Maksudnya tak boleh duduk setempat lama2? Ye betul. Suka main mainan yang hands on with texture? Macam play dough ke? Ye betul. Ok ayah for what i see Umar takde ciri ADHD (after few more questions and examination).
Tapi Umar ni kinesthetic learner. Tapi orang selalu salah anggap budak macam ni ‘hyperactive’ sebab tak nak duk diam kat meja masa belajar. Tapi suka main (padehal memang umur ni tanggungjawab dia main je)
Tanya ayah Umar dah boleh dress and undress himself? Dah pandai. Gunting kertas? Tak sangat. Butang baju? Belum. Bagitau ayah yang time ni yang kena focus ialah fine motor skill. Jangan push untuk academically lagi
Dokte bagi ayah dua pilihan untuk Umar:
1) Tukar ke play school. Lebih sesuai untuk perkembangan Umar
2) Kalau nak sekolah sama ayah kat rumah kena usaha buat cara pengajaran yang sesuai untuk kinesthetic learner
3) Selit jugak advice untuk ayah cut sugar intake and gadget time
Ayah faham. Balik rumah nak discuss dengan ibu dulu macamane. Tapi dokte still refer kepada OT so ayah boleh belajar cara yang betul and for further assessment nanti. Umar pun dah siap lukis. Tunjuk kat dokte Umar lukis spider siap ada 8 legs 🕷good job Umar! 👍🏻 then cerita spiderman warna blue & red. Ada spiderman jahat nama dia venom. Ye Umar dokte tahu kat rumah dah ada budak 2 ketul cerita salasilah keluarga spiderman
Lepas Umar dah balik teringat kat my Umar Hadif. Sedih rasa bila dipaksa macam tu sebab Umar kat rumah tu pun sejenis kinesthetic learner. Ajar cara conventional mengadap buku memang boleh jadi geram. Nak ajar kena sambil lompat trampoline. Atau buat alphabet guna play dough
Hmm tapi macam manapun can we adult let the kids be kids? Janganlah merepek paksa budak besar tu buat exam pastu letak grading pastu bagitau anak encik macam ‘gagal’ pastu menambah stress parents and budak2 dalam dunia yang serba nak cepat & stress ni. We actually destroy the love of learning in children.
Sumber: Nani Zaik
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Patutlah Anak Suka Mengamuk.” Doktor Terangkan 5 Punca Yang Perlu Ibu Bapa Periksa
Sebagai Ibu bapa, kadang-kadang kita buntu kenapa anak suka mengamuk. Sakit ke dia? Lapar ke? Doktor Taufiq Razif terangkan kenapa anak suka mengamuk. Mungkin lima perkara ini ibu bapa perlu periksa kalau anak mengamuk.
Patutlah Solahuddin Ni Suka Mengamuk!
Serius saya dulu pun tertekan juga bila si Solahuddin ni dah mula mengamuk. Ragamnya mengalahkan perempuan tengah kena Pre-Menstrual Syndrome ( PMS )
Bermacam teknik menenangkan anak saya pakai. Semua tak jalan! Anak saya reject mentah-mentah je semua tu.
Rupanya ada satu benda ni saya lupa nak buat!
Saya lupa nak penuhi KEPERLUAN ASAS FISIOLOGI anak saya!
– Makan
-Minum
-Sentuhan sayang
-Kesihatan fizikal dan emosi
-Tidur
Ni semua antara keperluan fisiologi paling asas dan penting anak saya tu. Bila periksa punya periksa…
Tepuk dahi saya! Rupanya anak saya ni TAK CUKUP TIDUR JE RUPANYA. Bila keperluan fisiologi paling asas ni tak dipenuhi, buat la teknik apa pun, memang takkan jalan.
Kita sendiri pun kalau tak cukup tidur, emosi jadi lain macam kan? Asyik moody je. Rasa redup redup je jiwa seharian kan?
Cuba tengok jadual dan jam tidur anak kita ni. Cukup tak? Jangan jangan anak kita mengamuk dan meragam selama ni sebab tidurnya tak cukup.
Semua Mak Ayah Kena Tahu Berapa Jam Si Comel Kena Tidur Dalam Sehari
Ni jadualnya berdasarkan National Sleep Foundation:
# 0 – 3 bulan
Kena tidur dalam 14-17 jam. Tak digalakkan kurang daripada 11 jam atau lebih daripada 19 jam
# 4 – 11 bulan
Kena tidur dalam 12-15 jam. Tak digalakkan kurang daripada 10 jam atau lebih daripada 18 jam
# 1- 2 tahun
Kena tidur dalam 11-14 jam. Tak digalakkan kurang daripada 9 jam dan lebih daripada 16 jam
# 3 – 5 tahun
Kena tidur 10-13 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 8 jam atau lebih daripada 14 jam
# 6 – 13 tahun
Kena tidur dalam 9 hingga 11 jam. Tak digalakkan tidur kurang daripada 7 jam atau lebih daripada 12 jam
Kekurangan jam tidur walaupun cuma 30 – 60 minit pun akan beri kesan pada perkembangan anak kita. Nak tidur anak kita lebih lena dan berkualiti? Jauhkan skrin smartphone dan gadjet sejauh jauhnya daripada pandangan si comel kita ye.
p/s : Tolong save info ni dalam handphone masing-masing ye. InsyaAllah akan sangat berguna untuk rujukan. Kongsi jugak info dan ilmu ni pada pasangan kita. Saya Taufiq Razif halalkan ilmu ni dikongsi pada pasangan masing-masing.
Sumber: Dr. Taufiq Razif
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI