Siapa tak kenal Lara Alana, anak pasangan selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya.
Si comel Lara sendiri cukup popular di media sosial Instagram dan sudah mengumpul seramai 3.2 juta pengikut.
Memiliki karektor lucu dan periang seperti ibunya, Scha ternyata aksi dan gelagat Lara di Instagram dinantikan oleh pengikutnya sejak dia bayi lagi.
Terbaru telatah Lara mencuri perhatian netizen apabila daddy nya memuatnaik video Lara membaca surah Al-Fatihah dan ayat awal surah Al-Baqarah bersama Awal.
Selain terhibur mendengar suara pelat Lara menghabiskan bacaan Al-Fatihah, wajah ceria dan gelak ketawanya di hujung video menggambarkan anak kecil ini seorang yang ceria dan bahagia kerana mendapat limpahan kasih sayang yang cukup daripada mummy dan daddy nya.
Ternyata kebijakan Lara bukan sekadar pandai berbahasa Inggeris dan membuat aktiviti lain sahaja tetapi si comel ini juga sudah pandai mengaji.
Jelas sekali pengaruh didikan ibu dan ayah yang tak pernah jemu merangsang anaknya mampu menjadikan seorang anak itu bijak dan seimbang didikan duniawi dan akhirat.
Semoga perkongsian Awal dan Scha mengenai cara mereka mendidik Lara menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk turut mencontohi cara pasangan selebriti ini.
Netizen pun ramai yang puji cara Awal dan Scha mendidik Lara. Walaupun pernah dikecam kerana anaknya lambat bercakap dan tidak mengajar Lara mengaji tetapi Awal berjaya membuktikan dia tetap memberi didikan seimbang kepada anaknya.
Semoga Lara Alana membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.
Sumber: Instagram laraalana