Hujung minggu pastinya menjadi hari paling bermakna buat anak-anak di rumah. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi juadah hebat sudah tersedia hebat di atas meja. Semuanya air tangan ibu tercinta.
Apa kata cuti hujung minggu ini mama sediakan Potato Carrot Fritter ini untuk si comel kesayangan kita. Bukan bayi saja, malah seisi keluarga pun boleh tumpang sekaki. Resipi Potato Carrot Fritter versi baby yang dikongsikan oleh Farisha Sofea ini memang sedap dan berkhasiat. Malah rangup namun di dalamnya cukup lembut, sesuai untuk bayi. Jom cuba!
POTATO CARROT FRITTERS VERSI BABY
Bahan Bahan :
1 biji kentang diparut / dipotong jejari
1/2 biji lobak merah diparut / dipotong jejari
daun bawang
1 biji telur
4 sb tepung gandum tanpa bahan peluntur
3 sb tepung jagung non gmo
1/8 cawan susu segar
1 sb serbuk ayam / serbuk ikan bilis
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak untuk menggoreng
Satukan ke semua bahan-bahan dan kacau sebati.
Panaskan minyak di dalam kuali, sudukan adunan dan leperkan.
Masak menggunakan api sederhana kecil sehingga garing kedua dua belah permukaan. Angkat dan toskan. Ulang proses sehingga selesai.
Untuk versi dewasa boleh tambahkan garam secukup rasa dan bolehlah dimakan bersama sos kegemaran .
Siap, sedia dihidang!
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI