Rangupnya Tak Boleh Bawa Bincang, Kuih Gunting Super Sedap, Anak Makan Tak Berhenti!

Share

Selain kuih siput yang menjadi igauan kita di hari raya, Kuih Gunting juga tidak kurang hebatnya. Rasa sedap dan rangupnya buat kita tidak sedar habis sebalang. Lagi-lagi jika kuih gunting yang diadun dengan rasa yang sedap, rangup dan padu.

Resipi ringkas dan mudah yang dikongsikan oleh Salmah Hj Hassan ini memang meletop. Rupanya begini cara menyediakan kuih gunting yang sentiasa jadi dambaan kita di hari raya. Mudahnya!

Resipi wajib cuba: Buat Koleh Kacang Guna Sukatan Cawan, Lebih Mudah Menjadi Resipi, Kuih Kegemaran Ramai!


Kuih gunting. Masih suam-suam lagi.

Resipi Kuih Gunting ( Cara sendiri )

Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum
250 g marjerin
1 biji telur
1 Kiub ikan bilis
Minyak

*100 g bwg merah
*50 g bwg putih
*50 g ikan bilis
*50 g udang kering
*Cili kering -agak-agak
*Sedikit garam dan perasa
*Air 200 ml -utk mengisar

Kisar bahan-bahan bertanda *. Kisar sekali hingga sebati.

Tepung diramas dengan marjerin, masukkan telur.

Masukkan bahan kisar dan uli hingga rata. Masukkan daun kari yang telah dipotong dan uli lagi hingga doh tidak melekat lagi dijari. Agak-agak tidak terlalu lembek dan terlalu keras.

Bahagikan dan bulat-bulatkan doh supaya senang dicanai dengan kayu giling.

Panaskan dalam pan non stick sekejap tanpa minyak supaya keras. Sejukkan dan boleh dipotong/digunting seperti pada gambar.

Goreng dalam minyak yang banyak. Tos dengan tisu untuk serap minyak.

Resipi wajib cuba:Baby Cakoi Cicah Sos Pandan Kastard Makan Panas Panas, Memang Terangkat!

Published by
SRM