Rapat sangat Ney Ney dengan daddynya, sampai daddy terpaksa buat macam ni. Comel lah aksi Ney Ney ni!
Nedim Nazri, suami Nora kena terpaksa keluar senyap-senyap meninggalkan rumah! Rupanya ini semua ada kaitan dengan anak kesayangan mereka, Ney Ney.
Daddy terpaksa meninggal teddy bear daddy (Ney Ney) di rumah. Perlu keluar senyap-senyap. Sebab setiap kali daddy masuk ke dalam kereta, Ney Ney akan menangis.. I love you Bear
NEY NEY DAH BIJAK!
CHEEKY BOY
FAKTA MENGENAI ANAK TAKUT UNTUK BERPISAH
- Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.
- Bayi yang lebih kecil daripada 4 hingga 6 bulan biasanya akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang menjaganya, asalkan keperluannya dipenuhi. Bayi pada umur 4 antara 7 bulan akan mengembangkan rasa “keabadian objek” atau permanence object.
- Mereka menyedari bahawa ibu bapa ada walaupun mereka tidak dapat melihat. Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.
- Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang dipisahkan dari ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan mereka.
- Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.
Senang hati anak ye sayang ?. So adorable sayang Daddy ?. • • #neqaylnanedim☀️ #daddyssunshine☀️
A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on
Sumber: Nora Danish & boss_ned
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Bayi Mula Buat Bunyi, Layanlah Dia & Jangan Penat. Dia Sedang Berkomunikasi
Kemahiran komunikasi bayi penting kerana apa yang bayi belajar dari lahir hingga satu tahun akan menentukan kejayaan dari segi perkembangan membaca, menulis dan kemahiran sosial mereka. Ibu bapa boleh mula untuk menggalakkan bayi berkomunikasi sejak saat mereka dilahirkan di dunia.
Jangan menganggap bayi yang masih belum boleh bercakap tidak boleh berkomunikasi dengan anda.
Bagaimana cara bayi saya berkomunikasi?
Bayi berkomunikasi melalui tangisan, jeritan, membuat bunyi ‘coos’, ekspresi wajah, dan bahasa tubuh mereka sebelum mereka mengeluarkan perkataan pertama. Sejak lahir, bayi sudah mula mempunyai dua set kemahiran komunikasi iaitu kemahiran reseptif dan kemahiran ekspresif.
Kemahiran reseptif adalah keupayaan untuk menerima dan memahami mesej dari orang lain. Bayi menunjukkan kemahiran ini dengan memalingkan kepala mereka ke arah suara anda dan memberi respon kepada arahan mudah.
Kemahiran ekspresif adalah keupayaan untuk menyampaikan mesej kepada orang lain melalui bunyi, ucapan, tanda, atau tulisan. Menangis, membebel ‘babbles’, dan menggunakan bahasa badan adalah contoh kemahiran ekspresif awal bayi anda.
Bagaimanakah saya boleh menggalakkan perkembangan komunikasi bayi saya?
Anda boleh menggalakkan perkembangan komunikasi bayi anda dengan tersenyum, bercakap, bermain dan membaca dengan mereka. Aktiviti tersebut akan membantu mereka mengembangkan kemahiran komunikasi yang diperlukan untuk membina atau menjalinkan hubungan yang bermakna dan berjaya di sekolah.
Apa yang perlu saya pilih? Bercakap dalam satu bahasa atau ajar anak saya banyak bahasa?
Kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 50% orang di dunia bercakap dalam dua bahasa atau lebih. Sebagai Terapis Pertuturan-Bahasa, saya tidak mempunyai masalah jika anda mahu mengajar anak anda lebih dari satu bahasa.
Perkara yang paling penting untuk saya ialah konsistensi dan cara bagaimana anda mengajar anak anda. Saya amat bersetuju bahawa setiap kanak-kanak mempunyai tahap penguasaan bahasa dan gaya pembelajaran yang berbeza. Ibu bapa juga adalah orang yang paling mengenali dan memahami anak-anak walaupun mereka selalu ragu-ragu dengan kemampuan mereka sendiri.
Apabila saya menyentuh mengenai konsistensi, saya merujuk kepada penggunaan kosa kata atau ‘vocab’ tertentu. Contohnya, jika anak-anak anda tidak tahu apa itu “cawan”, anda akan mengajar mereka dengan memperkenalkan item tersebut, menerangkan fungsi dan penggunaannya semasa bermain dan melalui aktiviti harian. Sesetengah ibu bapa, mereka akan mempunyai harapan yang tinggi bahawa anak akan memahami perkataan apabila mereka hanya memperkenalkan item yang ingin diajar sekali sahaja. Sekiranya anda mempunyai niat untuk mengajar anak-anak anda lebih dari satu bahasa, anda perlu memastikan bahawa anak anda dapat memadankan kata dengan objek atau tindakan terlebih dahulu dalam bahasa pertama yang anda kenalkan kepada anak anda. Saya mengambil contoh yang sama “cawan” – Jika hari ini anda mengajar kepada anak anda “Ini cawan”. Esok dengan item yang sama anda namakan item tersebut sebagai “gelas” dan “cup” untuk hari berikutnya. Anak anda akan menjadi keliru. Kanak-kanak belajar melalui pengulangan. Bahkan orang dewasa dan semua manusia di seluruh dunia juga sama. Selain itu, gaya pembelajaran anak juga menentukan bila dan bagaimana cara anda mengajar mereka. Anda hanya memerlukan sedikit masa untuk memerhatikan anak-anak anda. Kekuatan dan minat mereka. Jika anda tahu bahawa anak anda hanya mempunyai fokus atau tumpuan antara 10 hingga 15 minit – anda perlu menggunakan masa yang singkat itu sebaiknya! Pastikan anda memberi rangsangan bahasa apabila mereka boleh memberikan tumpuan. Tidak ada gunanya jika anda memberikan rangsangan apabila mereka tidak selesa dan meragam pada masa itu.
Petua untuk Menggalakkan Perkembangan Bahasa dan Pertuturan;
-Gunakan suara yang bernada tinggi dan seperti menyanyi – Suara sebegitu membantu mendapatkan fokus dan tumpuan bayi anda semasa anda bercakap.
-Bermain dengan bunyi – Buat pelbagai jenis bunyi seperti bunyi haiwan, kenderaan atau mengajuk bunyi dan apa yang dilakukan oleh anak anda.
-Gunakan ekspresi wajah dan gerak isyarat atau bahasa tubuh – Untuk menyampaikan maksud perkataan.
-Terangkan apa yang anda sedang lakukan – Anda boleh terangkan setiap perkara yang anda sedang lakukan atau lakukan bersama anak cth. semasa anda memakaikan baju, menyuapkan makanan, dan memandikan anak anda. Penggunaan perkataan dan frasa yang sama dengan memadankan aktiviti rutin harian adalah cara terbaik untuk mengembangkan lagi kemahiran bahasa dan pertuturan anak anda.
-Menggalakkan komunikasi dua hala – Apabila anak anda berkomunikasi dengan anda menggunakan bunyi, perkataan, atau gerak isyarat, pastikan anda memberi respon dan mengambil gilir dalam perbualan.
-Membaca dengan anak anda. Cara membaca yang mudah ialah dengan hanya menerangkan gambar tanpa mengikuti kata-kata bertulis. Pilih buku dengan gambar-gambar yang besar, berwarna-warni, dan menggalakkan anak anda menunjuk dan menamakan objek yang biasa.
-Kembangkan perbendaharaan kata anak anda dengan membina ayat menggunakan perkataan yang sudah mereka ketahui. Sebagai contoh jika anak anda mengatakan “anjing” anda boleh berkata “Ya, itulah anjing besar!”
-‘Reword’ frasa anak anda. Jika anak anda membuat kesalahan dalam ucapan atau pertuturan mereka, balas dengan frasa dalam bentuk yang betul. Perkara ini membantu mereka mempelajari sebutan dan tatabahasa yang betul. Sebagai contoh, jika anak anda mengatakan “Besar anjing” anda boleh bertindak balas dengan “Ya, anjing itu besar.”
Sumber: Realisation Outreach
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Merangkak Sampai Sangkut Bawah Sofa. Ramai Teruja Tengok Rambut Bilal!
Biarpun tidak pernah mendedahkan gambar penuh anaknya, namun peminat tetap menanti-nantikan perkongsian selebriti terkenal, Neelofa untuk melihat perkembangan Muhammad Bilal.
Artikel Menarik: [Tak Perlu Cakap, Bila Cium & Peluk Anak Dia Tahu Kita Sayang. Selalulah Buat!]
Atas faktor tertentu, Neelofa masih tidak bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal tetapi tidak lokek berkongsi tip keibubapaan serta momen hidupnya sebagai seorang ibu di media sosial.
Biarpun sering ditanyakan bila agaknya Neelofa dan suami akan berkongsi wajah Bilal kepada umum, usahawan ini mengatakan tiada niat untuk menyorok anaknya cuma menunggu waktu yang sesuai.
Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, Jadi Yakin Diri & Berani!]
Menerusi perkongsian di Instagram lofa.page, tiga keping gambar Bilal yang sedang merangkak menarik perhatian ramai. Comel sungguh gaya Bilal merangkak sehingga tersangkut di bawah sofa!
Para pengikut yang melihat gambar Bilal terhibur dan merasa geram dengan kecomelannya. Rata-rata tertarik melihat rambutnya yang tebal seperti sepupunya, Jebat Jayden.
Artikel Menarik: [Auto Sebak Tengok Reaksi Pakcik Ni Bila Tahu Anaknya Mengandung. Sedih!]
Lihat komen yang ada;
Walaupun tak nampak keseluruhan wajahnya, pasti wajah Bilal persis kedua orang tuanya. Semoga anak lelaki Neelofa dan PU Riz ini terus membesar dengan sihat dan menjadi orang yang bijaksana dan dihormati suatu hari nanti.
Untuk merangsang anak merangkak, ada beberapa tip yang boleh anda buat seperti:
- Sering meniarapkan bayi sejak awal adalah rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
- Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
- Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
- Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
- Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
- Adakalanya stimulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Terlampau “Excited” Kalau Anak Cepat Boleh Berjalan! Bayi Yang Tak Merangkak Petanda Tidak Baik
Baguskah anak cepat berjalan? Mampu berjalan merupakan pencapaian yang besar buat bayi. Apatah lagi untuk bayi yang belum menginjak usia 1 tahun. Walau bagaimanapun, bayi perlu melalui proses merangkak yang betul sebelum mula berjalan.
Baca Selanjutnya:
Ayden Sempat Bersalam & Beri Lambaian Sayu Buat Aliff. Bella Astillah Dan Aliff Aziz Sah Bercerai
Walker dan rocker.
Tak pernah saya sangka 2 peralatan yang memudahkan kerja saya sehari-hari, rupanya menjadi tindakan yang amat saya sesali. Waktu usia 3 bulan lagi, anak sulung saya diletakkan di dalam rocker. Bila dia mula pandai duduk, saya beralih ke walker. Jarang sekali dia diletakkan di atas lantai.
Kami terlalu menjaga. Takut sangat anak terkena kotor di lantai. Takut dia mengutip taik cicak. Takut dia main plug. Takut dia mencapai barang perhiasan kaca. Semua benda nampak bahaya. Tanpa saya jangka dan sedar, tidak menggalakkan dia meniarap di lantai itu lebih bahaya.
Bukan tak pernah meniarap. Adalah untuk beberapa ketika. Bila saya ada senggang waktu, saya mengadapnya. Kalau sibuk bekerja, walker dan roker lah tempatnya. Kalau tidak, terpaksa lah lengan sendiri menampung dia.
Fasa mengesot dia agak lambat. 8 bulan baru bermula. Pada usia 10 bulan, dalam keadaan merangkak yang belum sempurna, dia sudah mula berjalan.
Bagi saya ia pencapaian yang sangat membanggakan! Maunya tidak. Anak lain yang seusianya masih merangkak. Anak saya tak sempat merangkak betul, dah terus berjalan. Fuh!
Tapi bangga saya tak lama. Bila saya ke kelas, seminar dan berjumpa dengan orang yang ahli dalam bidang perkembangan kanak-kanak, barulah saya tau skip merangkak atau merangkak tak cukup tempoh bukanlah petanda yang baik. Kalau tidak kerananya, sampai ke sudah saya tak tau penggunaan rocker dan walker secara berlebihan ni satu dosa besar yang tak patut mak ayah buat.
Kenapa tak boleh skip merangkak dan perlu merangkak dalam tempoh yang cukup?
Setiap perkembangan anak, adalah indikasi perkembangan otaknya. Skip fasa perkembangan bermakna skip juga pertumbuhan otak. Belum siap bahagian otak Mamalia, otak Neocortex tak menyempat nak berkembang.
Dalam otak Mamalia, ada Amygdala di dalamnya. Amygdala tugasnya di dalam otak sangat berat. Dialah yang mengawal kemasukan kortisol bila otak mengalami stress. Senang cerita, otak mamalia ini sangat penting dalam mengawal emosi.
Bayangkan bila kilang yang beroperasi mengurus emosi ni tak sempat siap!
Maka kita akan lihat anak-anak yang mudah meltdown, kurang keupayaan untuk mengawal stres, mudah mengamuk kepada perkara kecil dan tantrum seperti kanak-kanak 2 tahun walaupun dah berusia 6 tahun.
Jadi, jangan tergopoh-gopoh suruh anak berjalan awal. Biar anak habiskan 7-12 bulan itu untuk merangkak. Tapi kalau anak sendiri memang berjalan awal, jangan sedih.
Berita baiknya, kita sentiasa boleh patah balik untuk topup perkembangan anak yang tercicir. Kalau dia cepat berjalan, perbanyakkan buat aktiviti atau permainan yang memerlukan anak merangkak. Untuk galakkan dia merangkak, kita turut sama ikut serta anak merangkak. Main lumba merangkak, lalu bawah meja, lalu dalam tunnel mainan dan sebagainya.
Sebelum anak berjalan, rupanya kita mak ayah kena betul-betul pastikan fasa merangkapnya dah cukup. Dari merangkak macam ulat bulu, ke komando, sampailah anak dah boleh merangkak dengan gerak silang yang betul.
Ibaratnya, selagi tak gerak silang, jangan bagi lesen besar untuk berjalan.
Kebaikan merangkak yang lain adalah:
1. Ia membantu memperkuatkan otot-otot badannya, terutama bahu, kaki dan perut.
2. Bila merangkak, mata mereka meliar. Ia membantu meransang otot mata. Anak juga akan belajar menggapai objek di persekitran, yang mana ia baik untuk koordinasi tangan-mata serta kebolehan anak mengagak jarak objek serta ruang persekitaran yang diterokai.
3. Bila merangkak, tangan, kaki malah badan mereka menyentuh permukaan. Tak kira permukaan karpet, tanah, rumput atau apa jua tekstur. Tekstur yang pelbagai ini akan meransang deria sentuhannya.
4. Meransang koordinasi otak kanan dan otak kiri. Ini sangat–sangat penting untuk badan anak bekerja secara keseluruhan (bilateral , cross literal dsb).
Ia sangat membantu dalam pergerakan asas yang melibatkan kemahiran manipulatif yang lain. Contohnya dalam aktiviti menggunting. Kanan memegang gunting, kiri untuk adjust kertas yang digunting.
Malah dalam aktiviti seperti berlari, memanjat dan bersenam juga memerlukan koordinasi kiri dan kanan badan, yang mana kedua-dua otak perlu berintegrasi.
Dalam soal perkembangan anak-anak, kita tak perlu terlalu memaksa untuk anak mencapai tahap yang kita inginkan. Ada kanak-kanak yang cepat dan ada yang lewat sedikit. Walau bagaimanapun, sekiranya kelewatan perkembangan mencapai ke tahap ‘red flag’, dapatkan bantuan pakar dan bantulah anak untuk mendapatkan stimulasi yang cukup.
Sumber: Wawa Shauqi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI