Memasak dan menyediakan bubur nasi anak memerlukan tempoh masa yang agak lama. Namun dengan kepelbagaian dan daya kreatif ibu hari ini, bubur nasi menjadi satu teknik yang begitu pantas di masak. Semuanya mengikut daya kreativiti masing-masing. Ada yang meletakkan dalam bekas kecil, merendamnya terlebih dahulu, membekukan dan pelbagai lagi.
Namun nak menyedapkan rasa bubur itu sendiri semuanya tergantung kepada rahsia air tangan ibu. Perkongsian resipi bubur yang satu ini juga menarik. Santan dalam bubur orang dewasa itu sudah biasa, namun bagaimana pula dimasukkan ke dalam bubur anak kecil kita? Jom cuba resipi ibu ini, Norlaila Mohd Yusoff. Sedap berlemak. Anak pun makin selera.
BUBUR NASI BERSANTAN
Bubur ni Ibu dah masak lewat malam tadi. Lepas tu letak dalam bekas tertutup masuk bahagian chiller. Ni Ibu buat untuk makan 2 hari terus. Untuk hari ni dan esok. Kalau Irfan makan selera, mungkin habis semua ni sehari. Bahan-bahan seperti dalam gambar.
Lobak merah
kentang (disagat),
sayur pakchoy (dicincang),
Unsalted butter
Bebawang
Beras frozen,
CFS,
Santan frozen,
ayam
Panaskan unsalted butter (UB). Kemudian tumis bebawang. Lepas tu masukkan ayam yang dah dicincang. Agak-agak ayam dah hampir masak masukkan air, beras frozen, Chicken Feet Stock (CFS), lobak merah dan kentang. Bubur dah hampir masak baru masukkan santan dan juga sayur pakchoy.
Ibu simpan dalam bekas bertutup macam ni. Nanti keluarkan awal bagi dalam suhu bilik je. Irfan ok makan bubur dalam suhu bilik. Tak perlu panaskan semula. Kena try & error untuk anak masing-masing.