Rasa Bersalah Lepas Marah Anak, Tengking & Membebal Tinggi Suara Tanda Red Flag Isteri, Bantulah!

Share

Isteri kita sememangnya bukan robot. Seharian kepenatan bekerja, dan kemudiannya bila balik ke rumah kerja bersambung pula untuk memasak dan menguruskan anak-anak hingga tidur. Kepenatan.

Dan rutin ini berlaku setiap hari. Ibu atau isteri mana yang tidak penat dan sudahnya anak jadi mangsa!

Menurut perkongsian Parenting Coach, Mohd Fhais Salim, rasa bersalah pada anak selepas marah anak adalah normal. Malah perbuatan termarah, tertengking anak juga sebenarnya dilakukan tanpa sengaja. Semuanya sebab penat!

Bila emosi isteri semakin tidak kuat, suami bantulah!


Ramai ibu rasa bersalah lepas marah anak. Tak ada ibu yang tergamak nak kata kesat & tengking-tengking anak sendiri tanpa sebab. Tak ada! Melainkan dia penat atau tengah serabut.

Bagi saya, bila isteri dah mula membebel dan tinggi suara, itu red-flag saya kena take over anak-anak.

Saya panggil semua anak-anak, ajak mereka keluar. Selalunya kalau tak ke playground, ke kedai runcit.
Tak kisah ke mana, asalkan isteri dapat time-out.

Wanita ni makhluk emosi. Apa sahaja emosi dalam dirinya, itu la yang dia akan tonjolkan di luar.
Kalau emosi tengah serabut, semua benda depan mata dia nampak serabut.

Kalau emosi tengah tekanan, makin tertekan jadinya melayan anak yang sedang membesar memang tak makan saman punya budak. Simple!

Emosi tak okey = Diri dia tak okey
Emosi okey = Diri dia terlebih okey
Otak wanita & lelaki sangat ketara bezanya.

 

Lelaki pandang rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh sinki atau baju tak berlipat setinggi gunung pun masih boleh relaks lagi goyang kaki buka tv tengok bola.

Wanita, bukan setakat pandang tapi berfikir pasal rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh sinki, kerja banyak tak siap dan terbayang baju tak berlipat pun dia dah stress. Baru fikir dah stress tau!

Wanita lebih kuat emosi, empati & peka pada persekitaran berbanding lelaki. Ini kerana Limbic System (otak) yang mengawal emosi dan perasaan wanita jauh lebih besar berbanding lelaki.

Tolak ansur dalam mengurus rumahtangga & anak-anak sangat penting. Itu la rahsia isteri & anak-anak yang bahagia.

Sebagai ketua keluarga, suami kena tahu baca tanda-tanda emosi isteri yang sedang fragile.

Kalau dia tiba-tiba membebel, bengkeng, marah-marah, tinggi suara atau kata “kau aku” dengan anak hah, cepat-cepat la take over urus anak sebelum ada hati yang terluka.

Wallahu A’lam,

Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua

Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).

Daftar segera di SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-2022-reunion-x-tyt/)

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM