Setiap yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Itu rahsia dan aturan yang disusun cantik oleh Allah SWT untuk kita. Pun begitu, ujian bukan bermaksud untuk menyerah, ia tanda untuk kita cuba berusaha sebaiknya.
Bagi pelakon, Mia Ahmad, ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui penghijrahan total dalam dirinya untuk menjadi yang lebih baik adalah disebabkan anak sulungnya Sayf Issa, yang mengalami masalah lambat bercakap.
Kata Mia menerusi Instagramnya, ujian itulah yang menjadi titik tolak kehidupannya yang mula berubah. Semuanya demi anak-anak dan dirinya sendiri.
“Ini cerita hijrah saya. Salah satu faktor yang membantu hijrah saya adalah anak saya yang pertama, Issa.
Apabila saya rasa sangat down waktu tu sebab saya perlu menjaga adik dia yang masih lagi baby and at the same time nak focus dengan Issa.
Semua educational toys saya beli, semua sources saya baca, semua pendapat saya ambil dan saya cuba apply pada Issa, bila Iris too attached saya rasa stress tu berganda sebab saya nak luangkan semua waktu untuk Issa.
Hingga la satu hari, suami tegur saya.. ”Syg, Iris pun anak kita tau”.. Subahanallah waktu tu saya tersentap. Tak sedar yang saya too focus on Issa hingga saya abaikan si kecil Iris walhal dia juga perlukan saya,” akui Mia menerusi Instagramnya.
“Patutlah saya rasa penat sangat”
Ujian yang maha hebat bila mana melihat perkembangan anak sulung yang sedikit terlambat dari kanak-kanak yang lain ketika kecilnya turut meninggalkan kesan yang paling kuat dalam hidupnya.
“Saya mulai sedar yang saya cuma bergantung dengan usaha saya semata. Berharap Issa boleh pulih atas usaha saya. Saya lupa bahawa Allah lah yang maha mengatur. Patutlah saya rasa penat sangat.
Rupanya saya bukan sahaja rasa penat untuk menguruskan damaged yang saya dah buat tapi saya juga penat kerana saya tak redha dengan apa yang Allah atur. Syukur, Allah tegur saya melalui suami.
Dari situ saya belajar, BANYAK benda. Banyak message yang Allah beri. Things changed bila saya mula redha, mula HIJRAH, mula menerima dan kurang kan expectation dalam banyak benda.
Progress Issa semakin hari semakin baik, diri saya pula saya rasa semakin tenang. Of course ada hiccups here and there.
Tak mungkin bila kita hijrah menutup aurah sepenuhnya kita boleh hijrah sekali berubah menjadi seperti malaikat.
Semoga Allah nampak usaha kita. Semoga Allah redha. Semoga Allah jaga niat hati kita. Semoga kita dapat menjadi muslimah yang baik. Salam Maal Hijrah,” kongsinya lagi bersempena Maal Hijrah semalam.
View this post on Instagram
Menarik: Jangan Macam Saya, Seawal Bayi Beri Tengok Youtube, Anak Sulung Mia Speech Delay
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @mia.ahm4d
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI