
PELAKON popular, Mia Ahmad tidak pernah menyangka perjalanan bergelar ibu akan diuji dengan cabaran besar apabila anak sulungnya, Sayf Issa, disahkan menghidap autisme berfungsi tinggi (high-functioning autism).
Mengimbas kembali detik awal, Mia atau nama penuhnya Samiha Ahmad Baderi, 37, mengakui tahun pertama bergelar ibu dipenuhi dengan pelbagai percubaan dan kesilapan. Beliau cuba memberi permainan dan pakaian mewah kepada anaknya kerana menyangka itu yang terbaik. Namun, memasuki tahun kedua, Mia mula menyedari tanda-tanda perkembangan Issa agak perlahan.

Tanda-Tanda Awal Yang Membuatkan Mia Risau
Menurut perkongsiannya di Instagram, tanda-tanda yang mula jelas ialah apabila Issa:
Hilang eye contact
Tidak respon apabila dipanggil
Mudah terganggu dengan bunyi bising
Kerap terjaga pada waktu malam
Mengalami isu sensori yang ketara
Detik paling sukar hadir apabila doktor mengesahkan Issa menghidap autisme. Mia mengakui dirinya berasa gagal sebagai seorang ibu, seolah-olah semua usaha selama ini tidak membuahkan hasil.
View this post on Instagram
Turning Point Untuk Kembali Kepada Allah
Walau bagaimanapun, pengalaman itu menjadi turning point terbesar dalam hidupnya. Mia mula sedar bahawa setiap ujian datang dengan hikmah.
“Saya lupa bahawa Allah, Al-Malik adalah pemilik sebenar seluruh langit dan bumi. That was also my turning point untuk kembali kepada Allah, mengakui kelemahan diri, membuang ego dan sifat memiliki,” katanya.
Kini selepas tujuh tahun, Mia melihat perjalanan membesarkan anak autisme bukan lagi beban, sebaliknya hadiah istimewa yang membentuk dirinya menjadi insan lebih tabah, kuat dan penyabar.
Pesanan Semangat Buat Ibu Bapa Anak Istimewa
Sebagai ibu kepada empat cahaya mata, Mia tidak lupa menitipkan kata-kata semangat kepada ibu bapa lain yang turut dikurniakan anak istimewa agar tidak merasa keseorangan. Beliau yakin setiap anak adalah amanah yang membawa ibu bapa lebih dekat kepada syurga.
Tip Parenting: Sokongan Anak Autisme
Selain kisah inspirasi Mia, ibu bapa yang memiliki anak dengan autisme boleh cuba beberapa langkah ini:
Dapatkan diagnosis awal
– Jika nampak tanda-tanda lambat bercakap, kurang eye contact atau sensori berlebihan, segera rujuk pakar. Diagnosis awal sangat membantu untuk terapi yang lebih berkesan.Wujudkan rutin harian
– Anak autisme biasanya lebih tenang dengan jadual yang konsisten. Rutin makan, tidur, belajar dan bermain membantu mereka rasa selamat.Terapi awal sangat penting
– Occupational therapy, speech therapy atau play therapy boleh bantu perkembangan komunikasi, motor dan sosial anak.Bersabar ketika tantrum
– Anak autisme mudah alami meltdown. Beri mereka ruang bertenang dan elakkan suasana terlalu bising.Sokongan keluarga & komuniti
– Jangan malu untuk mendapatkan sokongan kumpulan ibu bapa atau komuniti autism. Ia sangat membantu dari segi emosi dan perkongsian ilmu.
Sekilas Tentang Kehidupan Mia Ahmad
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga dengan bekas penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi Roslan, pada Januari 2017. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sayf Issa, 6; Iriss, 4; Imaani, 2; serta seorang bayi lelaki.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
















