Kelahiran pramatang bermaksud atau kelahiran yang berlaku pada usia kandungan yang mencecah usia antara minggu 28 ke minggu 36. Ia kerap kali berlaku tanpa dijangka. Tentu sahaja tiada sesiapa yang mahu melaluinya kerana kelahiran pramatang ini boleh memberikan risiko tinggi kepada bayi.
Setiap ibu hamil perlu mengetahui tentang tanda-tanda kelahiran pramatang. Ia mustahak sebagai persediaan menghadapi dan mengelakkan panik. Ia memang tidak boleh dijangka serta boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Tanda-tanda kelahiran pramatang
Kelahiran pramatang berlaku kepada kandungan yang berusia 28 minggu ke 36 minggu. Jika usia kandungan anda adalah dalam lingkungan usia ini dan mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan, ambil langkah untuk segera mendapatkan bantuan kecemasan. Tindakan anda mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat mungkin membantu menyelamatkan anda dan masa depan si kecil.
Turun darah secara tiba-tiba
Rasa kekejangan pada bahagian perut atau cramp
Berlaku kontraksi secara tetap
Tahap-tahap kelahiran pramatang
Ads
Late preterm iaitu lahir antara minggu 34 ke minggu 36
Moderately preterm iaitu lahir antara minggu 31 ke minggu 34
Very preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 30 minggu
Extremely preterm iaitu lahir sebelum mencecah usia 28 minggu
Ads
Rawatan di hospital
Selepas mendapati terdapat tanda-tanda kemungkinan berlakunya kelahiran pramatang ini, ibu perlulah serta-merta ke hospital. Prosedur yang akan dilakukan kepada ibu yang bakal melahirkan kandungan pramatang semasa di hospital akan ditentukan bergantung kepada penyebab kelahiran pramatang. Ibu terbabit (pesakit) akan dimasukkan ke dalam wad dan doktor akan bertindak menyiasat punca kepada tanda-tanda kelahiran pramatang tersebut dan cuba untuk merawat penyebabnya (non active procedure) .
Menurut Dr Mohd Daud, cara bersalin normal atau pembedahan caeseraen bergantung kepada keadaan ibu dan bayi. Majoriti kes kelahiran pramatang, pihak perubatan akan cuba agar si ibu dapat melahirkan secara normal.
Ibu yang risiko tinggi menghadapi kelahiran pramatang?
Ads
Sejarah kelahiran pramatang sebelum ini.
Kelahiran kembar.
Jarak antara kehamilan kurang dari enam bulan.
Kehamilan disebabkan rawatan in vitro fertilization (IVF).
Ibu yang mempunyai masalah pada uterus, pangkal rahim atau plasenta.
Ibu yang merokok atau mengambil dadah.
Kekurangan nutrien semasa hamil.
Ibu yang tidak naik berat badan pada tahap sepatutnya semasa hamil .
Jangkitan kuman pada air ketuban dan vagina.
Ibu yang mengalami darah tinggi dan kencing manis yang kronik.
Berat badan kurang atau melebihi paras normal sebelum hamil.
Tekanan perasaan
Sejarah keguguran sebelum ini.
Mengalami kecederaan atau trauma.
Air ketuban yang banyak
Ibu yang mempunyai masalah fibroid
Sentiasa peka tentang kelahiran pramatang
Penting untuk ibu mengandung menjalani pemeriksaan antenatal mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu –ibu yang mempunyai masalah kesihatan, perlu mengawal masalah kesihatan mereka terlebih dahulu sebelum merancang untuk hamil. Mereka boleh mengikuti kaunseling sebelum merancang untuk hamil.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Bayi yang baru berusia tiga bulan memang kerap menangis. Jika tangisan terlalu kerap dan berlanjutan, bayi mungkin mengalami kembung perut. Bagaimanakah cara yang betul untuk menghilangkan masalah kembung?
Masalah kembung perut sememangnya suatu keadaan yang kerap berlaku pada bayi, terutama sekali yang berusia kurang daripada enam bulan. Oleh kerana ruang dalam abdomen masih kecil berbanding dengan saiz organ dalam abdomen (usus, perut, hati, limpa, pundi air kencing), abdomen bayi boleh kelihatan seolah-olah kembung walaupun sebenarnya normal.
Antara punca masalah kembung perut adalah:
1. Cara memberi bayi susu
Cara menyusu dengan botol (jika bayi menyusu susu formula) yang tidak betul iaitu terlalu condong, saiz lubang botol yang tidak sesuai (terlalu kecil) menyebabkan banyak udara ditelan dan perut kembung. Bayi mesti disendawakan selepas menyusu.
2. Kerap menangis
Bayi terlalu kerap menangis, terlalu aktif kerana rangsangan berlebihan pada hari tertentu turut menyebabkan masalah kembung perut.
3. Susu tidak hadam
Penghadaman susu yang kurang sesuai menghasilkan banyak gas.
Kaedah urutan yang ringan pada bahagian belakang dan perut dan teknik urutan seperti infant massaging boleh membantu melegakan bayi dan dia kembali selesa.
Sekiranya bayi membesar dan menyusu dengan normal walaupun kelihatan kembung perut, ia biasanya bukan sesuatu yang perlu dirisaukan dan ada cara untuk mengatasinya. Masalah ini sepatutnya akan hilang apabila bayi semakin membesar. Namun, jika masalah kembung perut disebabkan oleh penyakit yang serius, jangan berlengah untuk membawa bayi berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi, apatah lagi hingga mengakibatkan sawan. Bahayanya!
Perkongsian daripada Public Health Malaysia ini perlu mama papa ikuti. Jangan terikut-ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kapur barus tanpa memeriksa terlebih dahulu amaran atau cara penggunaannya. Setiap produk dilengkapi label dan ada yang telah memaklumkan yang ia tidak selamat untuk bayi.
BANYAK DALAM PRODUK JENIS SAPUAN Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.
TIDAK SESUAI UNTUK KANAK-KANAK 2 TAHUN KE BAWAH Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka.
Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.
JANGAN LETAK DI HIDUNG, MATA ATAU KULIT Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.
BACA LABEL, JADILAH IBU AYAH YANG BIJAK Apa pun produk korang nak guna jangan lupa baca label. Semua dah tertulis pada label. Tinggal kita nak baca je. Jadilah pengguna bijak!
Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa produk yang tidak sesuai untuk bayi bawah 24 bulan.
Berat badan isteri yang berlebihan selalu dianggap isteri kuat makan dan banyak berehat daripada melakukan sebarang kerja. Sebenarnya, bukan itu faktornya, isteri yang kurang rehat dan tak cukup tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam badan. Jadi suami perlu tahu 5 tanda isteri tak cukup tidur dan kurang rehat.
Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur;
1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!
5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.
Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!