Lain anak lain ragamnya. Sungguhpun kehamilan pertama dan kedua begitu lancar tanpa alahan, pastinya tidak sama dengan kehamilan yang ketiga. Inilah yang dilalui selebriti instagram dan juga ahli perniagaan berjaya, Asyalliee Ahmad.

Melalui trimester pertama terasa tidak mudah. Walaupun sudah dua kali melalui kehamilan, namun kehamilan ketiga ini agar mencabar baginya. Menerusi instagram, Asyalliee turut berkongsi sebuah video mengenai rutin hariannya di trimester pertama ini.

Kembali kepada rutin dengan alahan, Asyalliee berkongsi rutin hariannya yang agak lemah kerana mengalami loya dan muntah-muntah di awal pagi. Menerusi video yang sama juga, Asya turut memberitahu dia mudah letih apabila melakukan kerja-kerja di rumah dan sebahagian masanya kini banyak dihabiskan dengan berehat bersama anak-anak.

“Rutin harian first trimester pregnant no 3.

Fuhhh memang mencabar betul pregnant kali ni, rasa loya yang tak pernah berhenti. Walaupun dah muntah loya tetap ada, dengan pahit mulut nya air liur pula banyak.

Tak boleh buat kerja sikit mula la penat. That’s why la jarang keluar rumah. Sebab kerja nak tidur je, aktiviti asya di rumah layan k-drama dan tidur tapi banyak to tidur lagi. Sebab taknak layan alahan ni,” katanya menerusi instagram.

 

IKLAN

Harap Alahan Tak Berlarutan
Malah ibu cantik ini juga berharap agar alahannya tidak lama dan segera pulih sebaik memasuki trimester kedua. Katanya lagi, kerinduannya untuk bekerja amat tinggi dek kerana kebosanan berada di rumah.

“Asya harap sangat alahan ni tak lama sebab bosan dah ni duk rumah je, rindu nak busy tiberr. Rindu nak gi office dan rindu nak sharing-sharing dengan luvbabe squad,” katanya berkongsi.

Mahu Kelihatan Cantik Berbanding Kehamilan Terdahulu

Pun begitu menerusi satu entri lain di instagramnya, Asya turut berkongsi kelainannya pada kehamilan kali ini. Kata wanita berkuning langsat ini, biarpun mengalami alahan yang teruk namun kehamilan ini berbeza kerana membuatkan dirinya ingin kelihatan cantik setiap masa.

“Walaupun alahan tapi tetap nak bersiap cantik. Kalau dulu masa pregnant kan Haider & Helena awal-awa bila alahan tak heran dah dengan rupa. Macam mak lampir jadilah.

Yang ketiga ni nak pergi check-up pun nak bergaya walaupun tengah loya. Tapi memang takmau layan sangat alahan ni, kalau layan makin menjadi nanti. So tetap bangun jalan sana sini. Sentiasa bagi kata semangat dekat diri sendiri.

Banyak kali perjalanan ni, kena kuatkan diri,” katanya berkongsi.

Asya sebelum ini berkongsi kisah keguguran yang dialaminya sekitar Ogos lalu. Bagaimanapun keajaiban Allah, kandungan Asya rupa-rupanya masih ada dan kini ibu kepada dua anak ini melalui rutin alahannya di trimester pertama. Satu pengalaman cukup berharga bagi dirinya.

Semoga Asyalliee berjaya menempuh trimester pertama ini dengan jayanya serta dipermudahkan kehamilannya sepanjang sembilan bulan ini. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

 


EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam

Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.

Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

#PaMaJourneyBersamaJoviaNina
#AstroRIA
#MajalahPAMA

Nak macam-macam info? Jom join channel Pa&Ma D Parents Channel https://t.me/pamadparents