Setiap kali bersalin, masalah untuk membuang air secara lancar menjadi igauan ngeri buat kebanyakan ibu. Hanis Zalikha juga tidak terkecuali. Untuk mengelakkan, rupa-rupanya ini tips yang dilakukannya!
Pemakanan seimbang sangat mustahak selepas kelahiran bagi memastikan ibu dapat sembuh dengan baik dan bayi mendapat susu ibu ibu yang berkhasiat. Justeru, makanan yang kaya dengan zat dan serat serta air dalam kuantiti yang banyak amat disarankan. Bagaimana pun masalah penghadaman yang paling ditakuti iaitu sembelit tetap berlaku.
Tidak kira bersalin normal atau pembedahan, sembelit akan menyebabkan tekanan pada luka bersalin jika tidak ditangani dari awal.
Hanis Zalikha yang melahirkan anak kedua, Alisa Aisyah baru-baru ini berkongsi tip untuk mengelakkan situasi bermasalah di tandas setiap kali membuang air besar. Hanis berkongsi yang dia mengambil ubat yang diberikan doktor bagi mengelakkan masalah ini.
Hanis memang mengamalkan pemakanan seimbang semasa berpantang. Sajian yang diambil lengkap dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Para follower menghargai perkongsian Hanis dan mengakui bahawa masalah sembelit boleh menyebabkan rasa kesakitan teramat sangat, seolah-olah bersalin sekali lagi!
Sumber: thealisaaisyah