Menyusu di tempat awam? Masih ramai yang kurang senang dengan tindakan ibu yang berani menyusu di tempat awam. Sebenarnya tindakan ini memang lumrah bagi ibu-ibu menyusu yang keluar bersiar-siar atau pergi ke majlis-majlis tertentu.
Jika diikutkan tak ada halangan pun untuk ibu-ibu menyusu dikhalayak ramai cuma kena lebih tahu batas-batasnya.
Melalui pengalaman dari Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom ada beberapa cara yang boleh ibu praktikkan bila nak menyusu dikhalayak ramai tanpa membuatkan orang sekeliling memberi tanggapan negatif.
Ikuti perkongsiannya
Kalau tanya pada Kak Nad, Kak Nad lebih prefer nursing in public (NIP) compare to bottle feed.
Tapi, Kak Nad still hormat pada pilihan mommies yang masih belum yakin untuk menyusu secara terbuka di tempat awam dan masih memilih untuk beri botol.
Kenapa Kak Nad pilih untuk NIP?
Ads
Kerana Kak Nad nak spend masa dan create bonding pada setiap saat yang Kak Nad ‘berpeluang’.
Sebagai seorang wanita bekerjaya, sejujurnya Kak Nad banyak terkurang masa dalam memberi perhatian kepada anak-anak Kak Nad.
Menunaikan tanggungjawab dengan mengepam di tempat kerja sahaja belum cukup puas untuk bina ikatan kasih sayang antara Kak Nad dan anak-anak.
Jadi, Kak Nad tak nak sia-siakan setiap masa yang Kak Nad ada untuk menyusukan bayi Kak Nad secara direct. Anak kita tak selamanya kecil.
Cabaran penyusuan bukan setakat memastikan bekalan EBM untuk anak yang ditinggalkan mencukupi, tapi juga dalam memastikan jalinan kasih sayang dapat terbina dengan baik.
Ads
Bukan semua ibu diberi peluang menyusukan anak. Ada yang perlu berkorban sebagai EPMOM dan ada pula yang tiada peluang untuk memberikan anak dengan susu ibu kerana kurangnya ilmu.
Jadi, Kak Nad masih lagi yakin untuk teruskan penyusuan buat si kecil dengan menyusu di tempat awam.
Apa tips Kak Nad menyusu dengan yakin di tempat terbuka?
Selain mengenakan tudung yang labuh, Kak Nad juga kerap menggunakan carrier atau babywearing.
Jadi Kak Nad menyusu sambil memakai carrier. Ada caranya mommies. Boleh belajar dengan mereka yang ahli dalam bidang ini.
Ads
Penyusuan di tempat awam bukanlah suatu halangan untuk mommies.
Apa yang penting, mommies perlu lebih yakin dan tidak segan untuk menunaikan hak anak di mana mommies berada.
Tip untuk penyusuan di tempat awam juga adalah:
Cari pakaian yang sesuai
Posisi yang sesuai
Peka dengan kehendak bayi
Menggunakan nursing cover atau pengendong bayi
Menyusu dengan yakin
Nak tahu lanjut tip penyusuan ditempat awam, boleh klik link ini
Lahir pada usia 8 bulan 2 hari seberat 800 gram siapa sangka adik Adam Muhammad Hadi Mohammad Hanif, 1 tahun 7 bulan kini membesar dengan sihat.
Menurut ibunya, Norhafizah Sobri, 30, perjalanan hidup Hadi selepas dilahirkan penuh cabarannya apabila Hadi terpaksa tinggal di hospital sejak dari lahir hingga genap usianya 7 bulan kerana perlu bergantung dengan bantuan oksigen.
Memandangkan Hadi lahir pramatang dan paru-parunya lemah, dia cukup sensitif dengan keadaan sekeliling , terutama asap rokok, debu dan orang ramai.
Malah ketika berada dalam wad pun dia boleh terkena jangkitan virus hingga menyebabkan batuk dan selesema dan terpaksa gunakan semula bantuan oksigen walaupun ketika itu dah mula perlahan-perlahan nak kurangkan bantuan oksigen.
Bagi kes Hadi dia mengalami masalah paru-paru berparut, namun ada juga sesetengah kes yang menyebabkan paru-paru bernanah.
Paling buat saya risau ketika itu, jika Hadi tak dapat bantuan oksigen yang cukup mukanya terus bertukar kebiruan dan nafasnya juga berbunyi.
Walaupun menjaga Hadi memerlukan penjagaan rapi hingga saya terpaksa berhenti kerja semua itu saya ambil sebagai satu yang positif. Ini kerana sebelum Hadi dibenarkan keluar hospital, doktor menasihatkan kami supaya rumah tak boleh ada langsir hingga terpaksa lekat wallpaper, karpet, atau sebarang habuk kerana akan menyebabkan kesihatan Hadi makin merosot.
Hampir Setahun Kuarantin
Boleh dikatakan hampir setahun terpaksa kuarantin Hadi untuk dia benar-benar pulih. Kami juga langsung tak bawa dia keluar berjalan, niat balik kampung terpaksa dilupakan sekejap apatah lagi nak jumpa saudara mara.
Alhamdulillah selepas ikut nasihat doktor nampak perubahan Hadi dari semasa ke semasa dan pada 4 Disember lalu Hadi tak perlu lagi memakai bantuan oksigen. Leganya hanya Allah yang tahu.
Doktor juga beritahu perkembangan Hadi cepat kerana biasanya paling awal kanak-kanak yang mengalami masalah paru-paru ini lepaskan bantuan oksigen umur dua tahun.
Jika sebelum ini Hadi terpaksa jumpa doktor tiap-tiap minggu, sekarang sebulan sekali. Walaupun orang tengok badannya kecil berbanding kanak-kanak seusianya tetapi saya bersyukur perkembangan lain normal dan cepat.
Norhafizah berkata, dalam tempoh ini saya mula memperkenalkan makanan berkhasiat pada Hadi bagi memberinya selera dan untuk memastikan berat dan ketinggiannya normal, Hadi turut minum yang disyorkan doktor.
Ibu menyusu memerlukan khasiat yang tinggi untuk memastikan bayi yang disusu mendapat nutrisi yang secukupnya.
Apa pemakanan yang boleh diamalkan oleh ibu menyusu? Ada banyak pemakanan yang berkhasiat antaranya 10 pemakanan yang dikongsi ini.
10 Makanan Ibu Menyusu Yang Terbaik Untuk Diamalkan
1. Bawang Putih
Bawang putih ini amat disarankan bagi pengambilan ibu dalam tempoh berpantang. Ia bukan sahaja berfungsi untuk memulihkan luka dalam dan membuang angin dalam badan, ia juga mempunyai khasiat dalam membanyakkan penghasilan susu badan. Bawang putih boleh diletakkan dalam makanan, atau disagat dan dicampurkan dengan susu dan sedikit madu atau gula.
2. Ikan Salmon
Ikan salmon amat baik untuk pemakanan ibu berpantang kerana kandungan DHA iaitu lemak semulajadi sihat yang amat tinggi. DHA memberi kesan yang memberangsangkan buat perkembangan saraf bayi. Susu badan juga mempunyai kandungan DHA yang tinggi.
Dengan penambahan pengambilan DHA dalam diet harian, ia dilihat dapat memberi kesan baik buat kesihatan bayi dan anak. DHA dalam salmon juga didapati dapat mengawal emosi ibu berpantang daripada terkena ‘pospartum depression’ atau lebih dikenali sebagai meroyan.
Ikan lain yang berkhasiat tinggi yang boleh diambil oleh ibu berpantang ialah ikan tuna dan tenggiri.
3. Produk Tenusu Sebagai Makanan Ibu Menyusu
Produk tenusu seperti susu, yogurt, dan keju kaya dengan vitamin D dan kalsium bagi membantu menguatkan tulang yang sedang berkembang dalam badan bayi. Namun perlu diingat, ada sesetengah bayi yang alah dengan produk tenusu. Oleh itu, cuba ambil dalam kuantiti yang sedikit terlebih dahulu. Jika anda mengesan sebarang ketidakselesaan pada bayi setelah mengambil sebarang produk tenusu, elakkan pengambilannya buat sementara waktu.
4. Sayuran Berdaun Hijau
Sayur berdaun hijau seperti sawi, bayam, dan brokoli kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C dan zat besi. Ia juga membantu ibu untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kandungan kalorinya yang rendah. Di samping itu, ia merupakan alternatif baik untuk produk tenusu kerana kandungan kalsiumnya yang tinggi.
5. Sumber Protein Sihat
Ada yang menganggap bahawa makanan seperti ikan dan telur ‘tajam’ atau ‘bisa’ untuk ibu yang masih berpantang. Namun, pengambilan protein adalah antara yang terpenting dalam diet ibu berpantang.
Sumber protein seperti daging, telur. kerang, dan soya mampu membekalkan zat besi mencukupi untuk penghasilan darah bagi mengurangkan risiko kekurangan tenaga dan anemia iaitu kandungan sel darah merah rendah. Protein juga dapat membantu memulihkan luka bersalin dengan membaiki tisu-tisu dalam badan.
6. Bijirin Penuh
Bijirin penuh amat digalakkan untuk diambil bagi ibu berpantang yang sedang menyusu. Dengan mengambilnya pada waktu sarapan, ia mampu membekalkan tenaga secara mencukupi untuk ibu.
Ia juga kaya dengan asid folik yang penting untuk tumbesaran bayi sihat. Bijirin penuh boleh diambil dengan makan beras perang, bijirin sarapan, roti dan pasta. Selain membekalkan zat besi, serat dan vitamin penting untuk kesihatan ibu dan bayi, kandungan serat juga dapat membuatkan anda terasa kenyang lebih lama sekaligus membantu anda mengurangkan berat badan selepas bersalin.
7. Kekacang Antara Makanan Ibu Menyusu
Ada yang kata, makan kekacang akan membuatkan badan ibu berpantang mudah rasa ‘angin’. Tapi sebenarnya, kekacang seperti badam, gajus dan kacang kuda amat baik untuk dijadikan snek berkhasiat dalam diet ibu berpantang.
Ini kerana ia dapat membantu dalam membanyakkan penghasilan susu badan dan merupakan sumber protein yang baik dengan kandungan lemak semulajadinya yang baik untuk kesihatan.
8. Buah Oren
Oren dan buah-buahan sitrus lain yang kaya dengan vitamin C adalah makanan penting untuk ibu sedang menyusu. Malahan, ia dapat mengelakkan masalah sembelit yang cukup ‘mengerikan’ dan sentiasa dialami oleh ibu selepas bersalin. Kalau tak sempat makan buah oren, boleh minum jus oren untuk mendapatkan khasiatnya.
9. Avokado
Sering kali masalah yang sering dihadapi oleh ibu berpantang ialah sering lapar kerana perlu fokus kepada penjagaan anak. Tambahan pula, ibu sering kekurangan masa untuk menyediakan makanan yang seimbang untuk diri sendiri.
Avokado ialah antara makanan terbaik bagi ibu berpantang yang sibuk kerana ia mengandungi 80% lemak berkhasiat yang dapat membuatkan seseorang rasa kenyang pada jangka masa yang lebih lama. Ia juga kaya dengan pelbagai vitamin penting untuk kesihatan seperti vitamin B,C, E dan folat.
10. Sayuran Berwarna Merah & Jingga
Selain sayur-sayuran hijau, sayuran berwarna jingga dan merah seperti lobak merah, ubi bit dan labu juga sangat baik dijadikan makanan ibu menyusu dan berpantang kerana kandungan phytoestrogen yang tinggi. Kandungan phytoestrogen ini dipercayai dapat membantu dalam penghasilan susu. Sayuran jenis ini sering dijadikan menu hidangan makanan ibu menyusu dan berpantang dalam masyarakat Cina.
11. Kurma Adalah Makanan Ibu Menyusu Terbaik!
Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat dalam kurma menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Di samping itu, memakan kurma juga membantu ibu menyusu memulihkan tenaga setelah proses bersalin, mengurangi keletihan, serta melancarkan pencernaan.
Makanan Ringkas Tetap Berkhasiat
Dalam merancang diet harian bagi ibu berpantang, adalah penting untuk memastikan sumber makanan penuh khasiat dan mengenyangkan. Jika ibu tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan lengkap, makanan ringkas juga sudah memadai seperti sandwich, oatmeal dan sup sayuran. Jangan lupa minum air secukupnya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kebiasaanya jika ibu bapa sibuk bekerja atau ingin memudahkan kerja memasak, sosej adalah pilihan utama sebagai juadah pagi. Lebih senang apabila anak langsung tidak menolak makanan segera ini.
Tapi sayangnya, ramai dalam kalangan kita yang mempunyai salah tafsiran kerana beranggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar.
Kalau anda nak tahu, ia salah sama sekali.
Sebenarnya, sosej adalah sejenis makanan yang terproses dan mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu seperti berikut:
1. Tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kepada kanser)
2. Tinggi kandungan garam (sodium & MSG)
3. Tinggi bahan pengawet
4. Boleh meningkatkan tahap kolesterol ‘jahat’ dalam badan
5. Meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus.
Lebih membimbangkan, kandungan mikro nutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.
Berisiko mendapat kanser
Isu pemakanan dan kanser sebenarnya telah tercetus sejak tahun 1981 lagi yang mana Doll dan Peto telah berjaya membuktikan terdapat perkaitan antara pemakanan dan kanser.
Hal ini terjadi disebabkan oleh bahan pengawet yang terdapat dalam daging terproses yang berupaya untuk mempengaruhi kerosakan DNA. Kajian yang dilakukan di barat, pengambilan sebanyak 50 gram daging terproses setiap hari meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 17 peratus.
Sekurang-kurangnya seorang bagi setiap 20 orang yang menghidap barah usus, kira-kira 16,000 orang mati akibatnya dalam setahun. Yang pasti, amalan memakan sosej satu atau tiga kepingan daging sehari boleh meningkatkan risiko barah usus sebanyak 20 peratus!
Nak makan sosej tu boleh, tapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian termasuk anak-anak di rumah.
Jadi, fikir dahulu sebelum makan kerana pengusaha sosej mencampurkan sebanyak 20 peratus daging ayam atau daging lembu. Ia juga dimasukkan bersama dengan 80 peratus bahan lain seperti kulit ayam, tulang dan lemak ayam ditambah dengan tepung dan bahan perasa dalam pembuatan sosej.
Semoga info di atas memberikan kebaikan kepada semua yang membacanya!
Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Sinar Plus
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Julung-julung kali di adakan, sempena bulan Ramadan penuh mulia ini Pa&Ma dan Bintang Kecil tampil mencari kelainan yang mengadakan pertandingan Khalifah Cilik yang berlangsung pada Sabtu lalu.