Ibu dalam pantang kena betul-betul rehat kerana dalam tempoh ini tubuh dalam proses pemulihan dan badan masih lagi lemah.
Jika tiba-tiba situasi yang tak diingini berlaku memang cukup merisaukan seperti kes tumpah darah atau berlaku jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing kerana tidak menitikberatkan amalan berpantang.
Perlu difahami badan setiap wanita berbeza. Mungkin kita tak boleh nak samakan diri kita dengan ibu lain.
Pengalaman dari Puan Noor Hamidah Mohd Zaki ini boleh dijadikan peringatan untuk semua ibu berpantang yang terlalu aktif.
Walaupun ada yang berbangga, katanya tak pantang sangat pun. Hari ke-3 dah keluar pergi Mydin.
Tapi bagi akak, bab-bab berjalan ni biarlah dulu cukup 44 hari. Duduk dalam rumah dulu diam-diam.. Setakat pergi klinik tak apalah benda wajib kan nak ulang alik bawak baby cek kuning.
Tapi kalau kena, nauzubillah.. Dah ada pengalaman bentan mase anak first. Tu pun bukan pergi mana. Cuma pergi beli pump susu je pun di kedai baby.
Hari ke 13.. Sudahnya malam tu tak berhenti darah keluar sampai 4 5 helai kain batik basah dengan darah. Darah pula pekat sampai tak nampak merah dah tau. Berketul-ketul.
Bayangkanlah.. Dalam ambulans entah berap kali mata terpejam. Sayup-sayup je dengar nurse panggil nama “Hamidah, jangan pengsan! Hamidah, bukak mata!”
Sampai hospital dah tercungap dah. Masuk kecemasan, doktor ni datang seluk, doktor ni datang seluk. Sebab nak cari punca. Dah la tempat luka berjahit belum sembuh sepenuhnya lagi. Perit pedih tak payah cakaplah.
Makin lama makin rasa tak puas bernafas. Dah tercungap-cungap. Muka tangan kaki dah start jadi kuning sebab kurang darah. Badan pun dah lemah longlai.. Doktor minta sign masuk OT, sign.. Doktor minta sign untuk masukkan darah, sign.
Tak fikir apa dah. Baca pun tak. Cuma berharap Allah panjangkan umur je sebab teringat baby kecil lagi kat rumah tu.
Kalau aku mati, kesian anak aku tak dapat minum susu. Bila ingat semua tu la sikit sebanyak bagi semangat nak berjuang untuk terus hidup.
Fuhh ingat balik ngeri sangat..Nauzubillah cukuplah sekali tu je pengalaman ni datang.
Buat para ibu atau bakal ibu, sayangilah diri anda. Bukannya pantang ni untuk jadi elok macam anak dara je semata-mata, tapi lebih dari tu. Jaga diri baik-baik. Kalau nak buat kerja rumah, nak masak, buat lah baik-baik, slow-slow.
Beringat kita dalam pantang. Buat sang suami, hargai isterimu. Cuba bantu mana yang termampu. Bukan lama, 44 hari je. Bak kata suami akak, sayang pasangan kita sebagaimana waktu kita bercinta.. Bukan lepas dah dapat, buat-buat lupa.
Sumber: Noor Hamidah Mohd Zaki