Kalau anak-anak asyik bergaduh, rasa otak serabut setiap kali balik ke rumah, ada baiknya kita tengok diri kita dulu. Nak keluarga yang bahagia, nak pasangan tenang, ilmunya itu kita yang kena belajar.
Bina suasana yang lebih bahagia di rumah dengan 5 cara ni.
✅ Jauhkanlah diri dari anak ketika kita marah.
Bila kita marah, kita akan mula jerit-jerit. Kita akan guna bahasa kasar sampai caci maki anak sendiri.
Nak tegur anak, biar kita dan anak sama-sama tenang dulu. Duduk dan biar mata kita separas. Jaga tangan supaya tak naik tanpa kita sedar.
✅ Muhasabah diri kita bila terlintas hati nak bandingkan anak depan adik beradiknya yang lain.
Tak ada satu anak pun yang serupa. Setiap anak karakternya berbeza, kepandaian pun berbeza.
Cukuplah dengan hanya menjadikan kakak atau abang sebagai sumber inspirasi pada adik yang lain.
✅ Jauhkan diri dari rasa sayang anak bersyarat.
“Mama cuma sayang abang kalau baik, kalau pandai, kalau buat kerja rumah.”
Cinta mak ayah pada anak tu tak bersyarat sebab anak tu amanah dari Allah. Baik buruk anak, dia tetap anak kita. Tugas kita ialah didik dia selagi kita berdaya.
Baca artikel:
“Anak Akan Rasa Lebih Tenang Bila Rasa Diri Difahami” Cuba Teknik Ajaib Ini Kalau Anak Mengamuk
Resepi Kuih Bakar ‘Super Simple’, Hanya Bakar Guna Air Fryer Sahaja!
Tak Cukup Nutrisi Punca Ramai Kanak-Kanak Bantut. Ini Sukatan Makanan Yang Betul Untuk Anak
✅ Mengugut anak tu tanda skil komunikasi kita dengan anak sangat lemah.
Contoh mengugut:
❌ “Kalau tak susun kasut dalam almari, petang ni papa tak bagi keluar..”
Cara yang lebih baik:
“Kasut ni Anas tolong letak dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Papa rasa Anas lupa letak kasut dalam almari.”
(Selepas 2 minit)
“Jom kita susun kasut sama-sama.”
✅ Hati-hati supaya tak terbuka aib anak depan orang lain.
“Baiknya anak you ni. Elok je dia duduk dari tadi.
“Baik? Ishhh, budak ni kuat berlakon. Kalau kat rumah, ni lah hantunya.”
Bila orang puji anak kita baik, ucaplah Alhamdulillah dan terima kasih. Aminkan kata-kata mereka moga jadi kenyataan.
Kawan-kawan, ambil peluang masa anak masih kecil untuk baiki diri kita. Menjadi seorang ibu atau ayah adalah perjalanan kita untuk menjadi manusia yang lebih baik. Sungguh.
Kredit: Redza Zainol
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!