Gejala panas atau hot flush masa hamil kebiasaannya bermula seawal enam minggu pertama kehamilan dan menjadi semakin serius apabila usia kandungan menjangkau 32 minggu.

Rasa panas yang serius boleh menyebabkan anda sentiasa dahaga. Dalam keadaan tertentu ada juga yang boleh pitam dan pengsan.

Antara puncanya hal ini berlaku adalah kerana penghasilan hormon progesteron yang banyak telah membuka saluran kecil darah berhampiran permukaan kulit. Inilah yang menyebabkan anda mudah merasa panas dan berpeluh

Selain daripada itu penyebabnya juga mungkin berpunca daripada metabolisma badan yang meningkat semasa mengandung.

Malah, peningkatan amaun darah dan peredaran darah yang menyebabkan alirannya lebih laju berbanding normal mungkin boleh juga menjadi punca.

Walaupun begitu, anda perlu peka dengan  suhu badan setiap masa. Dibimbangi ia  bukan disebabkan oleh punca-punca ya g dinyatakan di atas tetapi petanda jangkitan kuman di dalam tubuh.

Dalam usaha membantu anda mengatasi
gejala panas dan kerap berpeluh, di sini Pa&Ma kongsikan tipnya.

Ads

1. Pakai pakaian serap peluh
Ibu hamil disarankan memakai pakaian yang mudah menyerap peluh, fabrik yang lebih ringan, longgar dan tidak terlalu tebal. Contohnya pakaian yang dihasilkan daripada cotton.

2. Elakkan aktiviti berpanas
Sekiranya anda ibu hamil yang aktif, elakkan melakukan aktiviti luar. Hadkan kepada aktiviti di tempat yang teduh

Berenang antara salah satu contoh aktiviti yang sangat sesuai untuk ibu hamil mengawal suhu badan.

3. Hindari tempat panas
Ini bukan sekadar bermaksud berada di  bawah sinaran matahari. Malah anda peu elakkan tempat-tempat yang memerlukan anda  berada di tempat yang sempit dan perlu berasak-asak dengan orang sekitarnya.

Ads

4. Sejukkan badan
Cara paling mudah adalah dengan berada di tempat berhawa dingin atau menggunakan kipas.

Mandi dengan kerap juga membantu anda mengurangkan rasa panas badan.

5. Banyakkan minum air

Ads

Rasa Panas Membahang Masa Hamil? 5 Cara Ini Bagus Sejukkan BadanAnda akan mudah lemah dan mudah letih akibat daripada kekurangan air. Minum banyak air terutamanya air kosong dapat  membantu anda mebgawal suhu badan.

Rasa Panas Membahang Masa Hamil? 5 Cara Ini Bagus Sejukkan BadanMinum sekurang-kurangnya dua liter air kosong dan minum lebih jika ada melakukan banyak aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI