Rasa Stres Je, Senyum. Baru Otak Dapat Signal Keluarkan Hormon Gembira

Share

Jangan buat main-main kalau anda sebagai ibu selalu rasa stres. Bukan golongan ibu saja rasa tekanan itu, mungkin ia juga boleh berlaku pada suami.

Menerusi apa yang dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi yang banyak menulis ilmu keibubapaan, stres ni sangat bahaya.

Menurut Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar, stres ni boleh diibaratkan seperti situasi ni.

Dia macam anai-anai. Makin lama duduk dalam kayu, makin reput kayu tu.

Macam tu juga stres dalam otak. Kalau stres dibiar tak dikawal, habis sel otak kita! Penuh melimpah dengan kortisol. Bila kortisol banjir dalam otak, dia tutup otak logik kita.

Kemudian dia akan aktifkan otak emosi. Itu sebab, bila kita stres, kita dah macam tak boleh fikir betul. Lepas tu, asyik nak marah aje.

Bila marah tu kita ekspresikan dengan kata-kata, itu yang entah apa-apa perkataan keluar. Benda yang kita tak maksudkan pun boleh keluar.

Orang yang dengar pulak terluka hati. Kadang-kadang bertahun-tahun makan hati. Jadi, waspadalah.

Rasa nak stres je, senyum. Bila kita senyum, walaupun terpaksa, otak kita dapat signal untuk keluarkan hormon gembira.

Bila berdepan je dengan stres, tarik nafas. Tarik panjang-panjang, lepas perlahan-lahan. Yang penting, hentikan sumber-sumber stres tu.

Apa sumber-sumbernya?
– Bercakap benda-benda negatif seperti gosip pasal jiran
– Beratkan kepala dengan fikirkan masalah, bukan penyelesaian
– Baca kisah rumah tangga orang
– Cari buruk orang berbanding nampak kebaikannya
– Fokus benda negatif, bukan benda positif

Dan yang paling penting, kita tak biarkan perkara di sekeliling tentukan kebahagiaan kita. Anak nangis, lantai melekit dan kain berbukit sekalipun, hati kita sentiasa bahagia.

Sumber: Wawa Shauqi

Published by
Wan Amy