Rasa Struggling Besarkan Baby, Cakap Ini Pada Diri Sendiri “Ni Semua Fasa Ni, Fasa!” Pesan Hanis Zalikha Pada Semua Ibu Muda

Share

Penampilan dan sharing nya sentiasa jadi inspirasi dan beri semangat kepada semua ibu yang melalui fasa mencabar membesarkan anak.

Siapa tak kenal Hanis Zalikha, satu ketika dulu terkenal sebagai blogger sebelum menceburi bidang lakonan dan kini bergelar menjadi usahawan tudung berjaya.

Kelahiran cahayamata sulung, Yusuf Iskandar selepas mendirikan rumah tangga dengan Hairul Azreen membuatkan ramai yang semakin gemar mengikut segala aktiviti instafamous ini.

Sharing ibu muda yang lebih dikenali sebagai Keknis hari ini di laman instagramnya benar-benar menjadi inspirasi kepada ramai pengikutnya yang juga bergelar ibu.

Semalam merupakan hari yang menyeronokkan dan memenatkan bagi Yusuf. Dan hari ini saya akan bawa dia keluar lagi tetapi dia bangun seawal 7.30 pagi jadi saya kena pastikan dia mesti tidur siang pukul 1 tengahari.

Saya sangat risau kalau nak keluar tapi dia belum tidur siang. Jadi pada pukul 12.40 tengahari tadi saya baringkan dia atas katil dan bagi susu dan dia terus tidur, macam yang dirancang. Macam dirancang.

Kenapa saya tulis semua ni? Sebab ini adalah pencapaian saya sebagai seorang ibu. I rasa kita berhak mengakui fakta yang kita telah mencapai sesuatu fasa.

Fasa di mana saya boleh faham keinginan dan isyaratnya. Saya tahu bagaimana untuk membuatkan dia tidur siang, makan, mandi. Saya tak perlu paksa dia lakukan apa-apa kerana saya tahu cara untuk bercakap dengannya, untuk mengendalikannya.

Dan saya selalu memberitahu ini kepada kawan-kawan saya yang juga bergelar ibu yang melalui masa sukar (lagi-lagi masa dalam pantang), anak kita ni anugerah Allah, dia datang ke dunia kita, jadi dia sangat terkejut dan nak adjust diri dia, dia perlukan masa.

Waktu dalam pantang memang tunggang terbalik hidup kita sebab kita nak faham dia. Tapi satu hari nanti kita akan sampai satu tahap yang kita dah faham dia. Dan semuanya jadi lancar bila Allah izin.

Malam semalam, bila Kak Nina hantar kami pulang, Yusuf dah meragam sangat dan saya meribanya. Selepas seketika, anak remajanya (Kakak J) berpusing pada saya dan cakap “Kak Hanis, saya sangat hormat akak” dan saya tanya “kenapa?” kemudian dia menjawab “sebab cara akak jaga Yusuf”.

Ketika itu saya rasa terharu dan tenang walaupun Yusuf yang serba tak kena. Padahal satu ayat tu je dia cakap. Tapi ia sangat bermakna buat seorang ibu muda.

Dan saya rasa sangat emosional kerana is benar, ia satu perjuangan dan saya telah sampai ke sini. Jadi ibu-ibu muda jika anda sedang berjuang dengan bayi, cuba katakan ini kepada diri sendiri ok “ni semua fasa ni, fasa!”. Dan banyak lagi fasa seronok (dan mencabar) nak tempuhi. Semoga semua usaha kita diberkatiNya.

“You Just Make My Day Hanis Zalikha!”

Mereka bersetuju dengan perkongsian Hanis yang dianggap mewakili suara hati mereka sebagai ibu yang melalui fasa mencabar ketika membesarkan anak.

Kesukaran dan cabaran memahami tingkah laku anak daripada fasa bayi kepada fasa kanak-kanak bukan satu tugas yang mudah.

Kadangkala orang lain tidak faham apa yang dirasakan dan dilalui oleh seorang ibu yang cuba sedaya-upaya untuk memberikan yang terbaik pada anak tapi dalam masa yang sama menghadapi tekanan dengan kerenah anak yang sukar difahami.

Jadi, bila ibu berjaya memahami kemahuan dan kehendak si kecil  ia bagaikan satu ‘kejayaan’ peribadi yang harus diraikan diri sendiri.

Ramai pengikut Hanis berharap agar dia boleh terus berkongsi pelbagai tip dan sharing yang boleh menjadi sumber kekuatan, semangat dan inspirasi kepada mereka untuk menjadi ibu terbaik kepada anak masing-masing.

Pa&Ma mengucapkan tahniah kepada Keknis kerana menjadi ibu yang hebat kepada Yusuf Iskandar!

Sumber: Instagram Hanis Zalikha

 

 

Published by
Hasnita Sawal