“Rasa Susah Walaupun Tukar Pampers” Ibu Anak Tiga Hidap Tourette Syndrome, Struggle Tapi Enjoy Urus Anak!

Share

Ujian setiap dari kita berbeza-beza. Ada yang diuji dengan anak dan suami yang sakit, namun ada pula yang diuji dengan kesakitan sehingga tidak mampu berbuat apa-apa.

Bagi seorang ibu kepada tiga cahaya mata, Nur Syakina Mohd Shah atau mesra disapa Tia melalui akaun Tik Toknya, @syaatiaa97 dia reda disahkan menghidap sindrom Tourette atau Tics.

Penyakit yang dihidapinya sejak berusia lapan tahun itu membuatkan adakalanya semua rutin hariannya terganggu ketika berada di rumah.

Pun begitu ia bukan halangan untuknya menguruskan bayinya serta dua anaknya yang lain. Akuinya memang susah dan mencabar kerana ia diluar kawalan namun dia reda.

“Change my baby diapers with Tourette Syndrome.

“Tia rasa susah juga walaupun tukar pampers je tapi seronok! Love being MOM OF 3,” katanya berkongsi.

Malah menerusi akaun Tik Toknya itu, Tia rela hati berkongsi beberapa video yang memperlihatkan sindrom Tic yang dialaminya tanpa kawalan ketika berada di rumah.

Semuanya bagi berkongsi sindrom itu yang jarang diketahui oleh orang lain.

Melalui satu video yang dikongsikan ibu ini, Tia yang ketika itu sedang menukar lampin pakai buang kepada bayinya dilihat beberapa kali mengalami masalah Tic malah turut mengganggu rutinnya itu.

Tidak hanya Tia bahkan ia turut sama dialami oleh anak perempuannya diketika usianya lima tahun.

Walaupun pernah dicemuh dan dipandang serong dengan dirinya itu, namun dia reda dan gembira menjalani kehidupannya bersama suami dan keluarga yang memahami.

Perkongsian beberapa video dari ibu ini sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi. Wargamaya turut bersimpati malah sering memberikan kata-kata semangat untuk Tia dalam menghadapi penyakitnya disamping dipermudahkan untuk menguruskan ketiga-tiga anaknya.

Antara gejala utama Tourette Syndrome adalah mereka yang mengalaminya membuat sesuatu pergerakan atau mengeluarkan bunyi dan kata-kata secara tiba-tiba serta berulang di luar kawalan.

Insiden juga boleh melibatkan perkataan yang dikeluarkan adalah kesat berbentuk makian dan cacian.

Tourette Syndrome juga merupakan sejenis penyakit neurologi dan selalunya bermula dengan gejala tik (tics).

 

@syaatiaa97 Tia rasa susah juga walaupun tukar pampers je tapi seronok ! love being MOM OF 3 !! 🦋❤️ #tourettesyndromemalaysia #tourettesyndromeawareness #tourettesyndrome #tourettemoms #tourette #fyp #fypシ #syaatiaa #fypage ♬ Pieces (Solo Piano Version) – Danilo Stankovic

Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Pa&Ma

Published by
SRM