Ibu dan ayah mana yang tidak inginkan kesempurnaan dalam mendidik anak-anak yang masih kecil. Pun begitu mencari kesempurnaan sememangnya tidak mudah.
Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril juga mengakui akan hal yang sama. Bagi dirinya dan isteri, bukan kesempurnaan yang dicari dalam mendidik anak sebaliknya masa bersama diluangkan sebaiknya bersama tiga anaknya, lebih bermakna.
Menurut Dr Say, dia lebih gemar menggunakan effective parenting dalam mendidik dua anaknya.
“Saya tak berapa nak percaya istilah perfect parenting sebab kita kat dunia ni memang tak ada siapa pun yang sempurna.
“Bila nak perfect sangat bagi saya nanti anak jadi rigid, saya takut ibu bapa akan kecewa bila mana anak tak dapat jadi seperti apa yang kita mahukan,” kongsi Dr Say memulakan bicara.
Ujar Dr Say, dia dan isteri mahu lebih masa dan nampak keberkesanannya dalam mendidik anak berbanding mencari kesempurnaan dalam mendidik dua anaknya.
Ads
“Bagi saya dan isteri apa yang kami amalkan adalah effective parenting. Kami lebih fokus pada effection, bagi kasih sayang, bagi masa, bagi attention dan paling penting adalah sentiasa berada di sisni. Macam nilah yang kami amalkan.
“Paling penting bagi saya luangkan masa dengan mereka, itu yang paling penting. Bagi saya dan isteri, kalau nak cuba jadi perfect sangat pun adalah lebih baik kita luangkan masa pada anak-anak,” kongsinya lagi.
Wajib bawa anak keluar
Ads
Malah kata Dr Say, dia mahu tiga anak lelakinya turut sama merasai pengalaman dan banyak belajar melalui persekitaran mereka setiap hari.
Menurut bapa penyayang ini, biar pun dia sibuk dengan jadual hariannya, sebolehnya dia mahu anak-anak turut sama merasai aktiviti luar yang berfaedah.
“Kalau cerita pasal bonding, bila saya sibuk dekat luar saya rasa tak adil bila tak bawa anak keluar.
Ads
“Kalau boleh saya nak anak rasa apa yang saya lalui setiap hari. Biasanya 4-5 kali dalam seminggu memang saya akan bawa anak-anak keluar, biar mereka tengok dunia dan belajar dari persekitaran. Itu cara saya,” kongsinya lagi.
Menjadi suri rumah bukanya kerja yang mudah. Seawal 5 pagi, di saat ahli keluarga yang lain masih nyenyak tidur, suri rumah lah yang bertungkus lumus menyediakan sarapan pagi, menyediakan pakaian untuk suami dan anak. Disebelah malam pula, disaat semua sudah melelapkan mata barulah si isteri boleh berehat dengan aman.
Mereka bekerja tanpa mengira waktu dan hari, malah tanpa sebarang bayaran. Dengan hati yang ikhlas walaupun tak bergaji dan tak dapat membeli barang mengikut keinginan mereka, namun mereka tetap terus setia disamping keluarga.
Yang Namanya Suri Rumah Itu Unik…
Tulah orang tak tahu…dia kata kita suri rumah tak ada kerja…bila suruh buat kerja suri rumah banyak komplen…sebabnye…bila si isteri check kerja suami, dia orang tak ikut skop yang betul.
Dalam kerja pun ada skop kerja,ade panduan dan bertindak mengikut arahankan….jadi suri rumah ni dah jadi 1 kerjaya bagi kami 😆 semua kerja kene ikut Skop…kalau tak, tak akan wujud rumah yang bersih,kemas,teratur…
Kalau ye pon nak bersyukur & terima seadanya kelebihan dan kekurangan pasangan, tak kan nak di bior dia gantung seluar jeans pakai hanger halus sampai melendut hanger tu 😝🤣🤣
Kredit: Seri Atim
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri suka berdikari memang tidak dinafikan memudahkan pelbagai urusan rumah tangga. Tapi para suami jangan pula ambil kesempatan dan lepas tangan dengan alasan tidak mahu terlalu memanjakan.
Encik Akhtar Syamir @ Bro Ohsem, berkongsi ada di kalangan warganet bergelar ibu pernah meninggalkan komen yang amat menyedihkan pada posting Facebook beliau. Desakan depresi yang melampau, wanita itu cuba melemaskan anak. Ada juga yang bertindak memukul anak, takut untuk tidur malam & meracau. Berikut ialah perkongsian beliau;
Kes 1. “Saya pernah cuba lemaskan dia dalam besen…Hampir hilang dah dia…”
Kes 2. “Saya rasa saya ada penyakit meroyan. Sampai tahap pukul anak – anak saya. Saya takot sangat, tido malam pun sampai meracau…”
Itu antara kata – kata dua orang Ibu kepada saya.
Kes 1 sudah di tahap genting, kes 2 pula adalah adalah permulaan kepada depresi yang teruk. Jika kita masih ingat, pada bulan Jun 2018 negara dikejutkan dengan kejadian seorang ibu mengelar anaknya yang berumur 1 tahun sehingga meninggal dunia.
Apa sebenarnya depresi?
Depresi ialah satu penyakit yang serious tetapi biasa terjadi. Ia akan memberi kesan terhadap perasaan seseorang, cara berfikir dan perilakunya. Depresi akan menyebabkan perasaan sedih yang teruk dan seperti kehilangan harapan.
Tanda – tanda depresi
Perasaan sedih dan tertekan
Hilang perasaan seronok kepada sesuatu yang pernah disukai
Perubahan selera makan (berat naik atau turun)
Masalah untuk tidur atau tidur yang berlebihan
Kehilangan tenaga dan kepenatan
Sentiasa membuat pergerakan tangan seperti kegelisahan atau mundar mandir.
Pergerakan dan percakapan menjadi perlahan sehingga disedari oleh orang lain
Rasa bersalah atau rasa tidak berguna.
Mempunyai masalah untuk berfikir, memberi tumpuan atau masalah untuk membuat keputusan.
Ada memikirkan mengenai kematian atau membunuh diri.
Jika anda sering mengalami tanda – tanda seperti ini lebih dari jangkamasa 2 minggu, cepat – cepatlah dapatkan bantuan pakar.
Menurut kajian, depresi lebih banyak terjadi kepada wanita berbanding lelaki.
Di sini datangnya bahaya depresi seorang isteri dan ibu. Kerana ianya dikhuatiri akan membahayakan anak – anak. Di dalam konteks kaum Melayu, kita namakan ini sebagai meroyan.
Selain genetik dan personaliti asal, faktor persekitaran juga menyumbang kepada terjadinya depresi. Sama ada di tempat kerja atau di rumah.
Mari kita fokus kepada faktor di rumah. Di samping karenah anak – anak, tidak dinafikan depresi boleh berpunca dari suami sendiri.
SAYA TIDAK BUAT APA PUN!
Bila seseorang ibu mengalami depresi, jika ditanya kepada si suami mengapa isteri begitu, pasti jawapannya “saya tak buat apa pun !”. Sebenarnya itulah antara penyebabnya. Tidak buat apa – apa pun.
Ini pendedahan sikap suami yang boleh menyumbang kepada penyebab depresi.
TIADA KERJASAMA URUS RUMAH
Pinggan makan sendiri jarang sekali dibasuh. Dapur pun jarang usik. Berat tangan untuk bantu kosongkan sinki selepas isteri penat memasak.
Tandas tidak terjaga. Sentiasa si isteri yang akan mencucinya. Kalau 3 bulan, 3 bulan la kotor macam tu.
Rumah pula dibiarkan bersepah tidak bersapu dan berkemas sehinggalah isteri yang selesaikan semuanya. Bila ada tetamu nak datang pun masih santai dan biar isteri terbongkok – bongkok mengemas demi menjaga maruah keluarga.
Ada yang sehingga anak ke 5 baru belajar menggunakan mesin basuh. Itu pun kerana terpaksa. Lipat kain pastu satu perkara yang sangat asing.
Jangan cerita bab tanggungjawab. Kerja – kerja rumah ini bukan 100% terletak kepada isteri. Berhenti jadikan ia alasan murahan untuk menjadi lelaki yang pemalas.
TIDAK PEDULI PELAJARAN ANAK
Ada juga yang mengadu kepada rakan – rakan bagaimana suami mereka langsung tidak ambil peduli mengenai pembelajaran anak dan membiarkan si isteri menguruskan segalanya. Ini sememangnya akan menambahkan beban mental kepada isteri. Ini bukan lagi soal membuka aib, tetapi ini telah masuk ke kategori mendapatkan bantuan dan nasihat.
KEPERLUAN ROHANI ISTERI
Masuk pula bab “Keperluan Rohani” pula. Ini bukan keperluan asas seperti makan dan pakai. Tetapi keperluan dalam diri isteri. Keperluan supaya suami menjadi seorang suami kepadanya.
Contoh keperluan rohani isteri adalah seperti menjaga isteri, membelai isteri, meneman isteri, menjadi penglipur lara isteri, ada bila saat diperlukan, memeluk isteri bila semangatnya jatuh dan lain – lain lagi. Nampak macam banyak kan? Tapi ketahuilah yang isteri sentiasa sedia untuk buat lebih dari ini.
ALANGKAH BAGUS KALAU SUAMI ADA DISISI
Saya pernah nampak dengan mata saya sendiri bagaimana seorang ibu membawa 3 orang anak termasuk 1 bayi untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan. Dengan hujan yang agak renyai, hanya yang bayi berada di dalam stroller yang tertutup tetapi tidak sepenuhnya manakala dua lagi anak kecil beliau rapat mengikuti di belakang berjalan kaki sendikit mendaki untuk ke pintu klinik kesihatan. Saya hanya sempat mengangkat stroller bayi beliau sahaja.
Betul, ibu dan isteri ini pandai berdikari. Tetapi alangkah bagusnya jika ada suami di sisi untuk membantu? Kita boleh bersangka baik, mungkin suaminya outstation dan sebagainya. Tetapi kesusahan itu tetap si isteri perlu tanggung seorang diri. Pandai berdikari tak semestinya perkara semua jadi senang bagi mereka.
Percayalah, kalau suami buat atau sekurang – kurangnya cuba untuk memenuhkan gelas keperluan rohani si isteri, usah kata depresi, berkerut kening dan mengeluh pun akan sukar terjadi.
SUAMI BOLEH JADI SALAH SATU PUNCA DEPRESI ISTERI
Jadi, adakah suami boleh menjadi punca isteri atau ibu menghidap depresi? Jawapannya YA.
Namun begitu, suami juga boleh menjadi punca kepada isteri yang bahagia, yang penyayang, yang setia dan yang menjadi ibu yang baik untuk anak – anak.
Anda sebagai suami nak pilih menjadi punca yang mana satu? Punca depresi atau punca kebahagiaan? Pilihan di ego masing – masing. Jangan sesekali memandang ringan depresi isteri.
Kepada yang tidak melalui pengalaman – pengalaman yang tidak baik sebegini diharap jangan mengecam mereka yang berhadapan dengan situasi sebegini setiap hari. Kita tidak berada di tempat mereka. Kita tidak tahu apa yang mereka rasa.
Semoga keluarga kita dilindungi dari kejadian – kejadian yang buruk.
Jika mahu, tinggalkan kata – kata semangat buat Puan yang pm saya ni supaya dia boleh baca dan tenangkan hatinya. Saya sudah pm link artikel ini kepada beliau.
Tidak dinafikan ada diantara anak-anak kita kini masih tidak pandai menunggang dan menguasai kemahiran berbasikal walaupun sudah besar. Aktiviti berbasikal sebenarnya mendorong untuk anak melatih daya keimbangan tubuh badan dan ia sangat baik untuk anak kecil kita. Apa pilihan anda untuk anak yang tak pandai berbasikal?
Menurut OT, Pn Ayesha Sairi, aktiviti berbasikal sememangnya menuntut anak menguasai pelbagai langkah yang banyak dan menyukarkan. Disebabkan itulah ada anak kecil kita tak pandai berbasikal. Pilihan untuk membantu anak kecil kita berbasikal adalah dengan mendedahkan push bike untuk anak. Banyak kelebihannya.
Anak tidak pandai kayuh basikal?
Basikal adalah salah satu alat untuk membolehkan anak belajar seimbangkan badan. Kebiasaan masalah yang boleh terjadi kepada anak dalam menguasai kemahiran menunggang basikal ialah:
📌Motor planning atau kemahiran untuk merancang dan laksanakan sesuatu
📌Mengayuh pedal
📌Seimbangkan badan semasa basikal bergerak
Bayangkan kali pertama anak menaiki basikal, terlampau banyak langkah yang anak perlu lakukan.
Selalunya apabila anak mula belajar menunggang basikal menggunakan tayar 4, akan ada masalah untuk melatih anak tanpa 2 roda tambahan tersebut.
Sekarang, terdapat push bike di pasaran yang menjadi alternatif kepada basikal.
🌀Apa yang membezakan push bike dengan basikal?
Basikal ada pedal untuk mengayuh manakala push bike tidak mempunyai pedal. Namanya menunjukkan cirinya iaitu anak perlu push the bike atau menolak menggunakan kaki supaya basikal itu bergerak.
🌀Kebaikan push bike
Anak terus belajar untuk seimbangkan badannya. Nanti bila anak sudah bersedia untuk mengayuh pedal, anak tidak memerlukan roda tambahan untuk membantunya seimbangkan badan.
Seawal umur 18 bulan sudah boleh perkenalkan anak dengan push bike ini. Pastikan beli push bike sesuai dengan ketinggian anak. Tapak kaki anak perlu rata di atas jalan semasa dia duduk di atas seat push bike.
Untuk anak saya sendiri, kami mula perkenalkan push bike untuk yang sulung semasa umurnya 2 tahun setengah. Dia sudah boleh terus menaiki push bike tanpa rasa takut.
Untuk adiknya pula, seawal 18 bulan. Adik perlukan lebih masa. Adik mula dengan aktiviti menolak push bike sahaja tanpa duduk. Selepas itu, baru ajar adik untuk duduk dan gerakkan basikal. Selepas 4 hari berlatih, adik sudah yakin untuk menunggang push bike.
Jadi sekiranya ada ibubapa yang terfikir untuk belikan anak push bike, saya sangat menyokong anda. Teruskan melatih anak ya.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Pa&Ma E-Workshop, Lindungi Ibu, Lindungi Penyusuan yang dianjurkan Pa&Ma. Perkongsian ilmu mengenai penyusuan yang begitu bermanfaat untuk semua. Jom cepat-cepat sertai kami dengan mendaftar di SINI.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!