Ibu dan ayah mana yang tidak inginkan kesempurnaan dalam mendidik anak-anak yang masih kecil. Pun begitu mencari kesempurnaan sememangnya tidak mudah.
Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril juga mengakui akan hal yang sama. Bagi dirinya dan isteri, bukan kesempurnaan yang dicari dalam mendidik anak sebaliknya masa bersama diluangkan sebaiknya bersama tiga anaknya, lebih bermakna.
Menurut Dr Say, dia lebih gemar menggunakan effective parenting dalam mendidik dua anaknya.
“Saya tak berapa nak percaya istilah perfect parenting sebab kita kat dunia ni memang tak ada siapa pun yang sempurna.
“Bila nak perfect sangat bagi saya nanti anak jadi rigid, saya takut ibu bapa akan kecewa bila mana anak tak dapat jadi seperti apa yang kita mahukan,” kongsi Dr Say memulakan bicara.
Ujar Dr Say, dia dan isteri mahu lebih masa dan nampak keberkesanannya dalam mendidik anak berbanding mencari kesempurnaan dalam mendidik dua anaknya.
“Bagi saya dan isteri apa yang kami amalkan adalah effective parenting. Kami lebih fokus pada effection, bagi kasih sayang, bagi masa, bagi attention dan paling penting adalah sentiasa berada di sisni. Macam nilah yang kami amalkan.
“Paling penting bagi saya luangkan masa dengan mereka, itu yang paling penting. Bagi saya dan isteri, kalau nak cuba jadi perfect sangat pun adalah lebih baik kita luangkan masa pada anak-anak,” kongsinya lagi.
Wajib bawa anak keluar
Malah kata Dr Say, dia mahu tiga anak lelakinya turut sama merasai pengalaman dan banyak belajar melalui persekitaran mereka setiap hari.
Menurut bapa penyayang ini, biar pun dia sibuk dengan jadual hariannya, sebolehnya dia mahu anak-anak turut sama merasai aktiviti luar yang berfaedah.
“Kalau cerita pasal bonding, bila saya sibuk dekat luar saya rasa tak adil bila tak bawa anak keluar.
“Kalau boleh saya nak anak rasa apa yang saya lalui setiap hari. Biasanya 4-5 kali dalam seminggu memang saya akan bawa anak-anak keluar, biar mereka tengok dunia dan belajar dari persekitaran. Itu cara saya,” kongsinya lagi.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!