Makin mendekati hujung kehamilan, isteri Alif Satar mengakui sebak memikirkan anak pertama dan kedua. Bimbang tidak cukup memanjakan dengan kasih sayang dan perhatian.
Shadila Halid yang mendirikan rumah tangga dengan Alif Satar pada 2014 meluahkan perasaan menerusi Instagram terhadap dua anak perempuannya iaitu Alisha Anugerah, 4 tahun & Ariana Mecca, 2 tahun. Dia kini yang sarat hamil anak ketiga mengakui tidak mudah melalui fasa ini.
Selain takut, debaran dan keterujaan, ibu ini juga bimbang jika kasih sayang yang dicurahkan tidak mencukupi lebih-lebih lagi menghampiri tarikh jangkaan bersalin.
“Bila time dah nak deliver tak lama lagi, macam-macam benda rasa: nervous, takut, excited, tak sabar… tapi satu benda yang tak boleh nak elak: rasa bersalah kat dua anak-anak yang lain.
“Diaoranglah orang paling excited nak sambut adik baru tapi tak tahulah kenapa mak dia ni rasa macam kesian kat diaorang… takut tak cukup masa nak manjakan diaorang.. takut selama pregnant ni, banyak kali tak terlayan diaorang sangat sebab terlalu penat nak buat apa-apa. So now rasa bersalah.. lagi-lagi bila diaorang tidur, rasa nak nangis tengok muka innocent diaorang ni…
“I felt this way when I was pregnant with Ariana too. Rasa kesian kat Alisha sebab dia masa tu pun baru setahun lebih.. tapi sekarang tengok diaorang berdua bila bermain dan bercakap sama-sama.. it is the best feeling in the world. I hope my girls know how much I really love them even when I’m cranky, even when I’m tired to the bones, even when I am heavily pregnant with their brother now.. my love for them will never ever decrease. Never.
“Looking at them now, I think I’m like this because I’m so proud of the girls they have become although only 2 and 4 years old. Good girls. Suruh kemas toys, they would do it happily.. and show me afterwards how neat the room is.
“Sigh.. now dah tak sabar nak spend time with all my children and give them the wonderful life they deserve. In Shaa Allah… Siapa lagi yang pernah rasa perasaan bercampur-baur ni??
Ads
Apa yang dilalui Shadila turut dialami ibu-ibu lain. Masing-masing mengakui ia adalah fasa yang sukar dan biasa dialami ibu-ibu yang bakal melahirkan.
Sentiasa rasa bersalah lihat muka anak-anak
“Me too.. suma jarak 2 thn.. bila membesar sama², ada kwn nk main.. rs best plak tgk.. tp part time tdo tu mmg btol.. sentiasa rs bersalah bila tgk muka ank²..” @fadilaradzi
Semoga Allah permudahkan
“I feel u sis. Anak I 6 orang. First time feeling macam ni masa anak kembar baru 1 tahun 6 bulan, diorang dah dapat adik. Huhuhu bersalahnya bila fikir kakak kembar selalu kena marah. Alhamdulillah diorang dah besar dan sangat memahami. Semoga Allah permudahkan sis dan Alif.” @ezatulroslan
“Subahanallah .. i feel the sama way too .. bersalah gila but i guess its just us mothers who feel that way and its normal.. I have 3 kids now 2 boys and a girl aged 15, 14 & 11.. Alhamdulilah all went well.. You can do .. it going to be a roller coasters ride but it’s worth every adrenaline.” @mumi_sue
Macam tak cukup masa
“Saya juga, perasaan yg sama…mcm tak cukup masa je setiap hari…dengan 2 anak perempuan dan 1 lelaki yang sangat aktif…semoga sis @shadilahalid dipermudahkan urusan bersalin ya ❤️❤️❤️.” @azrinajasme
Semoga Allah permudahkan segalanya
“Pernah mengalami perasaan yg sama…kini 4 ank dara dh makin membesar……tiada hero…yg hero cuma papanya shj…apapun akak happy sbb Allah dh bg rezeki..akak tumpang gembira dgn shad&alif sbb bakal timang bbyboy….semoga Allah permudahkn segalanya…” @madiahaz
You will be great mommy
“I did kak @shadilahalid .. Alhamdulillah dh bersalin aritu 18/8..sblum bersalin, I dh rs contraction but sanggup hold on sbb xsanggup nk tggl dua org ank lg and rs mcm xpuas dorg nk bermnja but dh dpt adik.. But after all, bila dh bersalin, both excited tgk bby.. And I know they will be a good abang n kakak for this little baby.. Btw ank sy yg eldest tu pun 4 years and the 2nd is 2 years old.. InshaAllah you will be great mommy to them.. ❤️❤️.. Semoga dipermudhkn kak shad.. ?.” @nisazahan
Ketika mengandung anak pertama, kebanyakan bakal ibu berasa keterujaan yang luar biasa. Itu memang perasaan normal.
Gembira, tak sabar, bertuah, bangga, bersemangat, semuanya bersatu menjadi satu kebahagiaan.
Namun, apabila disahkan mengandung anak kedua, cara penerimaan kehamilan sudah berbeza. Bukan tidak gembira dengan rezeki yang datang tetapi perlu lebih kuat, cekal dan realistik tetang kehidupan yang bakal dilalui dengan seorang bayi baharu serta si kecil yang sedang membesar.
Apatah lagi jika anda mengandung anak kedua ketika anak pertama masih lagi berusia bawah 12 bulan. Cabarannya memang berganda.
Berikut antara perbezaan antara kehamilan anak pertama dan anak kedua.
1. Kepenatan
Perkataan ‘penat’ mungkin tidak dapat menggambarkan kepenatan yang dirasai. Masa mengandung anak pertama, anda masih boleh bersantai, bermalas-malasan dan tidur sekejap apabila rasa penat terutama di hujung minggu. Tetapi bila mengandung anak kedua, anda perlu abaikan semua itu sebab si kecil yang sulung perlukan perhatian dan bermacam keinginannya yang perlu dipenuhi.
2. Senaman
Semangat ibu mengandung sulung memang berbeza. Maklumlah banyak masa. Segala tips yang dipelajari daripada majalah, internet semua dipraktiskan termasuklah senaman khusus untuk ibu hamil. Tetapi bila mengandung anak kedua, cukuplah ‘senaman’ melayan kerenah anak sulung. Sudah cukup buat ibu berpeluh. Itu belum lagi bab anak minta didukung!
3. Komen
Masa mengandung anak sulung, ramai yang memuji penampilan berseri-seri. Katanya seri ibu mengandung sulung. Tetapi masa mengandung anak kedua, kebanyakannya memberitahu betapa letihnya diri anda, hairan bagaimana boleh uruskan kehamilan yang meletihkan dan anak kecil yang banyak ragamnya.
4. Lemah kawalan air kencing
Jangan terkejut, jika anda hamil rapat anak kedua, kemungkinan masalah sukar mengawal air kencing akan berlaku terutama ketika bersin, ketawa, batuk dan banyak pergerakan.
5. Perancangan
Bukan pilih kasih tetapi kebanyakan ibu terutama yang mengandung rapat anak pertama dan kedua mungkin tidak sempat melakukan perkara yang sama. Jika hamil anak sulung, semua dirancang dan diuruskan dengan teratur seperti membeli peralatan bayi, menyimpan gambar ‘scan’ bayi setiap kali pemeriksaan kehamilan dan bermacam lagi perkara berkaitan bayi anda. Tetapi bila masuk anak kedua anda tidak sempat hendak melakukan perkara yang sama kerana sibuk menguruskan anak sulung. Jangan rasa bersalah, itu memang normal.
Apa pun cabarannya, raikan kandungan kedua dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan namun dalam masa yang sama layan anak sulung dengan penuh kasih sayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas lima hari berada dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal, bayi lelaki Abby Abadi yang dilahirkan tak cukup bulan seberat 540 gram kini dilaporkan dalam keadaan yang tidak berapa stabil.
Menerusi update terbaru di instagram suami Abby, Faizal Zakaria, mereka sekeluarga mengharapkan doa orang ramai untuk bagi kekuatan pada baby D agar dapat terus bertahan.
Berita ini agak menjentik hatinya dan Abby selepas doktor memanggil mereka berdua dan memberitahu keadaan terkini baby D.
Pelbagai cara dilakukan oleh Abby serta suami untuk menguatkan fizikal bayi mereka yang dipanggil Baby D dengan dibantu oleh Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza.
Namun begitu, Faizal menjelaskan doktor memberitahu bahawa bayi mereka mengalami pendarahan paru-paru.
Dari hari ke hari , rasa macam tak kuat untuk simpan sendiri cerita sedih tentang Baby D. Setelah difikirkan, Abah perlu kongsi juga cerita tentang Baby D supaya semua dapat mendoakan kesihatan Baby ye sayang.
Doktor dari NICU call ward minta mama turun ke tempat baby untuk ambil darah. Abah dan mama ingatkan itu perkara biasa…rupanya… ada cerita yg mengharukan dari Doc. Gementar bila Doc britahu ada pendarahan pada paru2 anak Abah Mama 😭
Dalam pada tersenyum bahagia menerima kehadiranmu, hati Abah menangis sbb tak sanggup melihat baby D dalam keadaaan begini sebenarnya. Dari awal Doc dah tak beri harapan pada Mama Abah, tapi bila abah renung raut wajah baby D, naluri abah dapat rasakan baby Abah akan terus kuat & bertahan kan sayang.
Maghrib ni pun ada berita sampai kat Mama, bgtau yg Baby kritikal, tp Mama Abah mcm tak nak terima berita tu sbb Mama Abah yakin ALLAH tetap mendengar doa Abah dan mama, termasuk doa mereka2 yang mendoakan baby di luar sana.
Hanya mengharapkan keajaiban dari ALLAH yang mampu mengubah segala-galanya. Allah lebih berkuasa dan Maha mendengar 😭
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar bayi pasangan ini kuat bertahan. Mereka berharap agar ada keajaiban yang boleh menyelamatkan Baby D supaya dapat menunjukkan perkembangan positif.
Sumber: Ig Faizal Zakaria
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangkitan telinga kerap terjadi kepada bayi. Kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak akan mengalami infeksi ini sekurang-kurangnya sekali sebelum mereka mencecah umur tiga tahun.
APAKAH SIMPTOM JANGKITAN TELINGA?
Apabila dijangkiti infeksi telinga, bayi anda akan mengalami perubahan dari segi emosi dan beberapa perkara yang dapat kira lihat, antaranya:
Bayi anda akan menarik-narik telinganya.
Demam: Infeksi ini akan menyerang selepas bayi anda dijangkiti selsema atau infeksi sinus.
Cirit-birit atau muntah-muntah: Infeksi ini mampu menjejaskan saluran gastrousus.
Hilang selera makan: Infeksi ini mengakibatkan bayi anda berasa sakit ketika menelan atau mengunyah makanan.
Cecair berwarna kekuningan dan keputihan meleleh daripada telinga: Ini akan berlaku apabila terdapat lubang kecil yang terbentuk di dalam gegendang telinga bayi.
Bau yang tidak menyenangkan: Terdapat bau yang tidak menyenangkan pada telinga bayi anda.
Sukar tidur: Berbaring akan menyebabkan kesakitan pada bayi.
JANGKITAN TELINGA BANYAK BERLAKU PADA BAYI YANG HISAP PUTING TIRUAN
Bayi anda akan dijangkiti infeksi telinga sejurus mengalami selsema, infeksi sinus ataupun alahan. Kondisi ini akan menyebabkan tiub eustachio yang menghubungkan bahagian tengah telinga dengan belakang hidung dan tekak tersumbat.
Ini akan mengakibatkan apa-apa cecair yang memasuki kawasan ini terperangkap dan dijangkiti kuman.
Kajian menunjukkan bayi dan kanak-kanak amat mudah dijangkiti infeksi telinga sekiranya mereka menggunakan puting palsu. Dalam satu kajian, sebanyak 33 peratus daripada keseluruhan kanak-kanak yang menggunakan puting palsu akan dijangkiti infeksi ini.
Semakin bayi anda membesar, kemungkinan untuk mereka dijangkiti infeksi ini akan berkurangan kerana tube eustachio mereka akan membesar tiga kali ganda dan akan lebih vertikal.
Ini akan menyebabkan cecair lebih sukar untuk masuk lalu terperangkap di dalam kawasan di belakang gegendang telinga.
APAKAH RAWATAN JANGKITAN TELINGA PADA BAYI?
Segera bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya terdapat simptom-simptom ini pada mereka. Antibiotik atau metod tunggu dan lihat akan digunakan bergantung kepada tahap keseriusan infeksi telinga anak anda. Dalam kebanyakan kes, kondisi ini akan sembuh dengan sendirinya jika tidak terlalu serius.
Apabila anak anda mula berasa tidak selesa atau kondisi infeksi itu menjadi semakin teruk, gunakan antibiotik. Namun anda harus diingatkan untuk tidak memberi terlalu banyak antibiotik bagi mengelakkan infeksi terhadap antibiotik pula.
Jika bayi anda berumur kurang daripada 6 bulan, doktor mungkin akan mencadangkan penggunaan acetaminophen atau ibuprofen untuk melegakan kesakitan. Sekiranya kondisi anak anda masih tidak bertambah baik selepas mengambil antibiotik, doktor mungkin akan mengubah preskripsi ubat-ubatan yang mereka berikan dan memeriksa semula anak anda.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...