“Riak wajahnya dalam ketakutan, kepalanya bengkak dengan kesan darah selain badan turut ada kesan lebam sementara jari telunjuk tiada kuku.”
Begitu kata Ahmad Nor Faizal Mohd Nor, 37, individu yang menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia tiga atau empat tahun dipercayai mangsa dera di tepi jalan di Cheras Utama di sini, kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu.
Ahmad Nor Faizal berkata, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kedai dengan menunggang motosikal sebelum terlihat kanak-kanak terbabit di tepi jalan.
Menurutnya, dia yang berasa tidak sedap hati berpatah semula sebelum melihat kanak-kanak itu melambai ke arahnya.
“Saya ada bertanya dia hendak ke mana sebelum kanak-kanak itu memberitahu dia sesat lalu membawanya pergi makan di warung berhampiran.
“Pada masa itu, saya turut bertanya kepada orang di situ (warung) sama ada mengenali kanak-kanak terbabit namun tiada yang mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, dia kemudian memaklumkan perkara itu ke dalam kumpulan WhatsApp penduduk, masjid dan sebagainya namun semua tidak mengenali kanak-kanak itu.
Ads
“Ketika itu saya lihat keadaannya sangat teruk dengan kesan luka baru dan lama di badan selain terdapat darah pada rambutnya.
“Kaki sebelah kanak-kanak terbabit juga tempang dan apabila dia tanya dia menjawab dalam sepatah-sepatah,” katanya.
Menurutnya, lebih menyedihkan dia turut melihat ada kesan gigitan berbentuk gigi di badan kanak-kanak terbabit manakala salah satu jarinya tiada kuku dan tidak dirawat dengan baik.
“Ketika saya tanya kenapa dia dipukul kanak-kanak terbabit hanya memberitahu papa minum bir (mabuk) lepas itu dia dipukul.
“Dia (kanak-kanak itu) juga ada beritahu mamanya juga dipukul sementara kesan cedera pada kepala kerana dihentak ke dinding,” katanya.
Ads
Katanya, dia kemudian menghubungi polis untuk memaklumkan perkara itu selepas penduduk tidak mengenalinya.
“Saya sebagai seorang bapa melihat kanak-kanak terbabit diperlakukan lebih teruk daripada binatang kerana jika hendak marahkan anak pun perlu ada batas.
“Tidak kisahlah kanak-kanak itu warga asing atau tempatan, tetapi dia tetap kanak-kanak tambahan pula mukanya cuak apabila ditanya ingin pulang ke rumah atau tidak,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sepasukan anggota rondaan cegah jenayah (RCJ) dikejarkan ke lokasi menemukan mangsa di tepi jalan berhampiran sebuah apartmen sebaik dimaklumkan orang awam.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi selain tidak menemui butiran atau dokumen pengenalan diri.
Ads
“Mangsa yang berpakaian lengkap ketika dijumpai dipercayai warga asing kerana tidak mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu dan mangsa juga tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
“Mangsa kemudian dirujuk dan ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang bagi rawatan lanjut. Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati mangsa berada di dalam keadaan sihat dan stabil,” katanya
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mempunyai elemen penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Viral kisah Qayyum, anak angkat kepada Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida, apabila ibu kandung Qayyum tampil untuk mengambil kembali anaknya. Setelah berbincang, keluarga Aliff Syukri telah bersetuju untuk kembalikan Qayyum ke pangkuan keluarga kandungnya apabila diminta berbuat demikian.
Berat hati keluarga Aliff Syukri untuk melepaskan Qayyum, tapi apakan daya DS Shahida berpendapat lebih baik Qayyum berada dalam jagaan keluarga kandungnya. DS Shahida telah berkongsi video dimana Baem, anak ketiganya menangis
Baem sedih Yom nak pergi esok!! tak apa Baem nanti mama bagi Baem adik banyak-banyak ya!
Tersentuh hati melihat Baem menangis memikirkan Qayyum yang sudah selamat berada dalam jagaan keluarga kandungnya. Netizen turut bersimpati dengan keadaan Baem. Iyalah, hari-hari bersama Qayyum, bermain bersama dan tiba-tiba Qayyum tiada.
Aduhaii sedihnyanyaa..
Adik susuan dia kan.. budak-budak memang tak pandai nak tipu perasaan dia
Sebelum ini anak tak pernah pun ikut masuk dapur. Kebetulan pada hari kejadian dia ikut dan saya pula tak melarangnya. Begitulah perkongsian ibu kepada adik Nur Afeeya Humaira, Nor Hayati Yazid, 23, yang anaknya melecur di badan dan muka akibat tertumpah air teh yang dibancuh.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada 24 Februari itu sekelip mata.
Hanya dalam beberapa saat, ketika Hayati berpaling untuk mengambil gula bagi menyediakan air buat suaminya ketika balik kerja, dia dikejutkan dengan jeritan Afeeya yang melecur apabila air teh o panas dalam gelas tumpah ke badan anaknya.
Katanya, ketika kejadian suaminya terlelap kerana penat dan mahu berehat sebentar manakala dia di dapur menyediakan air panas.
“Lepas saya tuang air panas dan teh ke dalam gelas, saya berpaling untuk mengambil gula.
“Dalam sekelip mata saya dengar Afeeya menangis dan melihat air panas dalam gelas itu tumpah ke atas badannya
“Saya pelik, selalu dia tak dapat capai barang atas meja yang lebih tinggi daripadanya.
“Gelas itu juga saya letak ke arah lebih jauh dari hujung meja. Saya tidak perasan sama ada dia panjat atau dia terlanggar meja sehingga menyebabkan gelas itu jatuh,” katanya.
Nor Hayati berkata, dia kemudian membuka pakaian Afeeya dan melihat kulit badan anak perempuannya itu mula menggelupas sebelum membawanya ke Hospital Sultan Ismail (HSI).
Bagaimanapun katanya, kerana ketiadaan pakar di HSI, anaknya yang berusia setahun tiga bulan itu dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).
“Doktor sudah memeriksa Afeeya dengan mencuci kesan lecur, membalutnya sebelum memberi ubat tahan sakit.
“Doktor juga hairan, air panas yang tumpah itu hanya segelas, tetapi boleh mengakibatkan anak saya melecur kira-kira 13 peratus,” katanya.
Afeeya melecur pada badan, muka, bahu, lengan dan leher manakala kawasan punggung ke bawah terselamat.
Menurut Nor Hayati, sehingga kini, Afeeya kerap menangis dan merengek terutamanya apabila ubat tahan sakit yang diberi habis dan mungkin juga dia trauma.
“Nak tidur pun dia mahu dipeluk dan makan pun masih belum berselera,” katanya.
Sementara itu, Norhayati juga menyatakan jika dilihat pada keadaan kulit melecur anaknya, masih belum ada perubahan lagi dibahagian badannya kecuali di muka.
“Jika masih tak elok, kemungkinan esok (28 Februari) doktor akan buat keputusan sama ada perlu atau tak untuk melakukan pembedahan plastik.
“Sebagai ibu saya harapkan Afeeya cepat sembuh dan tidak memberi apa-apa kesan berpanjangan padanya nanti,” akhirinya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri teringin nak hias rumah tapi bajet kecil, apa kata suami boleh realisasikan impian isteri dengan buat rak TV yang simple. Hanya guna PVC saja dan modal tak sampai RM100, cukup berbaloi tau!
Sementara nak beli yang mahal, DIY rak TV PVC ni pun dah elok sangat.
Perkongsian Mohd Akmal Azizi melalui page Facebook Tukang Apa Hari Ini cara untuk diy rak tv. Mungkin dari asal nampak seperti rak tv buruk, tetapi setelah dicat kembali pasti anda pun ingin menggunakannya.
INSPIRASI RAK TV MODEN GUNA PVC
Perkara ini mungkin digemari ramai lebih-lebih lagi orang bujang kerana rak tv yang di buat oleh Akmal ini sangat lah senang dan tidak menelan belanja yang banyak dan paling menarik, ia dibuat hanya menggunakan paip pvc!
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
– PVC class 7
– Join 3-way & 4-way
– Aerosol Spray flat black
– Rubber wood
CARA MEMBUAT
– Screw rapat sekali dengan papan dan paip. Guna L bracket dan skru setiap 1′
– Pastikan pillar cukup untuk tampung berat yang kita nak. Kalau tv 50′ kena rapat pillar letak simen sekali dalam paip.
– Cat hitam terus nampak lawa macam besi. Cat tu 1 tin cukup, cuma saya nak nampak tebal pakai 2 tin.
– Paip class 7 modal dalam RM19 x 3 batang, cat RM20, join dalam RM20 gitu.
– Kayu saya beli sekeping 3’x6′ RM130. Saya beli sekeping nak pakai baru potong. Guna cuma 1/10 sahaja tak banyak, kos yang guna ni dalam RM30
– Papan macam ni memang boleh beli ikut meter. Kayu saya beli dekat kedai jual kayu pallet, Ni saya tukar ramai rubber wood, nak lagi kemas pakai pinewood tapi modal keras.
Idea yang menarik ini sangat sesuai buat semua. Bagi yang kekurangan idea boleh cedok idea ini untuk dijadikan inspirasi perabot rumah anda. Kos dan bajet pun tidak banyak. Selamat mencuba!
Terpaksa bertugas ke luar negara di ketika masih menyusukan bayi memang memeningkan kepala. Jangan bazirkan waktu dan reziki yang diberi, sebaliknya simpan dan bawa balik sahaja susu perahan itu pada anak.