Sempena program cuti sekolah kali ini yang bermula dari 24 November hingga 31 Disember depan pelbagai aktiviti harian dan hujung minggu yang menarik akan diadakan khusus kepada pengunjung untuk memupuk sikap kreativiti dalam bidang masakan dan menghargai makanan.

Pada penganjuran KidZ vs Food kali ketiga ini, aktiviti seperti Pop Up Kitchen dan Drink Station yang akan membimbing kanak-kanak belajar memasak menggunakan resipi makanan dan minuman yang mudah.

IKLAN

Selain itu, terdapat juga aktiviti Food Science yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melakukan eksperimen menggunakan bahan-bahan masakan seperti Ice Fishing. Aktiviti Food Art pula dapat menyerlahkan kreativiti kanak-kanak untuk menghiasi hidangan.

Ibu bapa juga boleh menyertai Parent & Kid Cooking Workshops yang akan menampilkan resipi mesra keluarga yang berbeza setiap hujung minggu seperti Cinnamon Rolls dan Roti Bayam & Keju.

IKLAN
IKLAN

Penganjuran KidZ vs Food 3.0 ini disokong oleh Emborg, F&N, Kewpie Malaysia, MAMEE, Mission Foods, Malaysia Palm Oil Council, SHARP, Spritzer dan Young Chefs Academy.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI