Tiada yang lebih menggembirakan hati seorang ibu apabila anaknya selamat bergelar isteri pada pasangan pilihan hati. Apa yang lebih mengujakan lagi daripada perkara tersebut adalah bila bergelar seorang nenek buat kali pertama.
Penyanyi lagu Kad Ucapanmu, Noorshila Amin berkongsi berita gembira anaknya Nadia telah selamat melahirkan anak pertama pada Isnin yang lalu.
Berita tersebut sekaligus menukar status Noorshila kepada seorang nenek buat cucunya yang pertama di usia 56 tahun.
Meskipun kapsyen yang ditinggalkan cukup pendek, jelas keterujaan dan rasa gembira Noorshila atas kelahiran cucu perempuan pertamanya itu.
Dalam posting yang dimuat naik itu juga, Noorshila mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran tersebut.
Dalam gambar yang menutup gambar cucunya dengan emoji, Noorshila berkongsi anaknya Nadia telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 7.30 malam Isnin dengan berat 3.2kg.
Ads
“No caption. Coz m so happy..,” tulisnya ringkas bersama beberapa tanda pagar pada kapsyen gambar tersebut.
di samping itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah di ruangan komen entri berkenaan.
Sekadar informasi, penyanyi era tahun 80-an ini terkenal menerusi beberapa lagunya yang menjadi siulan ramai. Antaranya Kad Ucapanmu, Aku Sudah Jatuh CInta dan juga Rambu Ramba.
Tahniah buat Noorshila Amin yang kini dah bergelar nenek. Semoga cucunya membesar dengan mendapat kasih sayang melimpah ruah daripada Uwannanny yang glamor ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebenarnya kalau nak bayi cukup susu ibu, ibu kena elak buat 3 amalan berpantang kuno ini. Sejak mengandung lagi memang dah pasang niat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu tanpa dicampur susu formula. Tapi bila dah bersalin, ibu jadi stres kenapa susu tak banyak?
Akibatnya bayi kerap merengek dan meragam asyik nak menyusu. Ibu yang dalam pantang pula terlalu letih dan tak cukup tidur. Akhirnya terpaksa mengalah juga dengan desakan orang sekeliling yang suruh ‘top up’ dengan susu formula sebab risau bayi tak cukup khasiat.
Dalam hati ibu puas memikirkan kenapa orang lain boleh banyak air susu dan mudah je susukan bayi masa dalam pantang? Sebenarnya ramai ibu berpantang yang merasakan situasi ini. Bukan susu tak ada tapi tanpa kita sedari amalan berpantang yang dilakukan menyebabkan kuantiti susu yang dihasilkan berkurangan.
Ibu-ibu berpantang, tolong jangan amal cara berpantang kuno yang menyekat ibu daripada makan dan minum makanan berkhasiat kononnya alasan tak mahu perut buncit, bahagian bawah kembang, rahim tak mengecut sebab itu semua tidak betul.
Mungkin anda pun ada buat pantang kuno seperti yang dikongsi oleh Puan Suriya Majid ini. Kalau pernah lakukan, tolong jangan ulang lagi untuk pantang anak seterusnya nanti.
Jika anda sudah memasang niat menyusukan anak, dan mahu bayi cukup susu. Anda mesti ambil tahu tiga perkara penting yang tak sepatutnya berlaku semasa berpantang.
Tiga amalan berpantang kuno ini bukan saja buat susu badan tak cukup. Anda sendiri akan keletihan melampau, dan paling teruk bila terpaksa berhadapan dengan azab sembelit.
Ini adalah tiga perkara yang anda perlu tahu:
1. Minum Air Sedikit
Ada sesetengah kepercayaan mak atau nenek kita, kalau minum air mestilah sedikit saja. Ini kerana air boleh menyebabkan ‘benda’ di bawah basah dan kembang.
Benda yang dimaksudkan disini faraj. Air tidak akan mengembangkan faraj.
Walhal air adalah amat penting untuk menyembuhkan luka dengan cepat. Lagipula, kalau hanya minum 2-3 gelas sehari, mana cukup untuk penghasilan susu.
Seeloknya anda perlu minum 8-9 gelas sehari. Bukan minum sekali gus.
Minum sedikit-sedikit. Barulah bayi cukup susu. Anda pun gembira lihat bayi kekenyangan dan tidur lena.
2. Hanya Kopi
Ada pula mak yang hanya benarkan anaknya minum kopi o panas. Tidak boleh minum minuman lain. Kopi o mengandugi kafein yang banyak. Ini juga akan mempengaruhi kuantiti susu badan.
Berpantang tidak perlu menyeksakan. Anda bebas untuk minum air yang berkhasiat dan sedap. Contohnya Horlicks panas. Ramai juga ibu-ibu mengatakan Horlicks bagus untuk meningkatkan susu ibu.
Cuma usahlah ambil secara berlebihan. Cukup satu mug sehari, ambil semasa sarapan atau minum petang. Ada banyak gula dalam minuman ini tau.
3. Makan Ikan Kering
Ibu berpantang perlukan makanan yang cukup dan berkhasiat. Anda perlukan tenaga yang cukup untuk menjaga diri dan menyusukan anak. Selain itu, makanan yang diambil turut menjadikan bayi cukup susu.
Jika hanya berlaukkan ikan kering, anda fikir cukup ke nutrisi yang diperlukan?
Pelbagaikan makanan, ikan merah, ikan tenggiri, ayam dan banyak lagi pilihan lauk untuk anda. Cuma pilih yang dimasak secara sihat ya.
Berpantang tidak menyeksa dan menyesakkan jika tahu amalan berpantang yang betul. Antara amalan yang penting:
* dapatkan khidmat mengurut dari bidan berdekatan
* gunakan bengkung untuk kecutkan rahim dan elak angin masuk ke dalam badan
* pakai stoking supaya tidak terkena bentan
* bertungkung
* amalkan set berpantang supaya badan kekal cergas, luka cepat baik dan kembali langsing cantik
* elak tambah nasi kalau tak mahu perut buncit, makan lebih sayuran
Selesai proses kelahiran anak, pastinya ibu-ibu mahukan keselesaan. Tetapi boleh ke mandi selepas bersalin?
Penjagaan ibu selepas melahirkan anak
Sesudah selesai proses melahirkan anak, pastinya para ibu mahu berasa selesa. Apatah lagi ibu-ibu perlu berdepan dengan darah dan cecair yang keluar semasa dan selepas bersalin.
Pastinya mandi boleh memberikan keselesaan yang ibu inginkan, tetapi adakah dibenarkan mandi selepas bersalin?
Atau terdapat tempoh tertentu yang perlu ditunggu sebelum boleh untuk ibu-ibu membersihkan diri dan mandi?
Bolehkah mandi selepas bersalin?
Proses kelahiran secara normal pastinya keadaan yang boleh mewujudkan tekanan dan ketengangan pada faraj, bahkan boleh akibtakan koyakan.
Manakala kaedah melahirkan anak yang lain seperti pembedahan C-section akan menyebabkan luka atau jahitan yang memerlukan ia untuk sembuh dengan sebaiknya.
Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor akan menyarankan untuk ibu-ibu mandi setelah prosedur bersalin kerana ia melibatkan aspek penjagaan ibu selepas bersalin. Kenapa pula?
Ini disebabkan ia turut membantu mendorong badan untuk memulakan proses pemulihan dan penyembuhan dengan segera.
Mandi secara biasa jarang mencetuskan bahaya. Tetapi mandi menggunakan tab mandi adalah sesuatu yang amat perlu dihindari kerana ia meningkatkan risiko jangkitan bakteria.
Bila waktu sesuai mandi selepas bersalin?
Bagi ibu yang melalui proseskelahiran normal atau melalui faraj, anda akan disarankan doktor untuk mandi apabila ada masa untuk anda mandi.
Walau bagaimanapun, mandi menggunakan tab masih perlu dielakkan.
Namun, keadaan ini berbeza sedikit jika area perineum perlu dijahit selepas anda selesai melahirkan anak.
Situasi yang sama turut melibatkan wanita yang melalui proses C-section
Keadaan ini berikutan jahitan serta luka pada badan masih belum sembuh sepenuhnya dan doktor tidak mahu mendedahkan ia kepada risiko jangkitan.
Disebabkan itu, anda mungkin perlu mengelakkan diri daripada untuk tempoh selama 4 hingga 6 minggu.
Manfaat mandi selepas bersalin
Mandi secara umumnya dapat memberikan kesegaran kepada badan.
Tetapi manfaat mandi selepas bersalin dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak turut melibatkan faktor emosi dan fizikal.
Dapat mandi dengan sempurna memberikan ibu rasa bersih, mengembalikan kesegaran dan lebih bertenaga untuk menjaga anak
Mandi pancuran air suam pastinya dapat membantu merangsang peredaran darah di dalam badan
Kesakitan dan ketidakselesaan pada faraj sewaktu proses melahirkan anak secara normal dapat diredakan dengan mandi
Keletihan dan kesakitan kesan mengandung dapat dikurangkan dengan mandi
Bagi kes tertentu, doktor akan menyarankan ibu untuk mandi bagi membersihkan jahitan dengan betul dan menghindari elemen luar yang boleh mengakibatkan jangkitan
Bersihkan badan khususnya payudara adalah penting kerana bayi akan menyusu
Wanita yang mengalami pembengkakan payudara mendapati mandi air suam dapat mengurangkan kesakitan
Mandi: Aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak
Untuk pertama kalinya mandi setelah selesai proses kelahiran, pastinya anda perlu berhati-hati. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan fizikal dan juga jangkitan.
Anda bukan sahaja perlu menjaga diri demi diri sendiri tetapi ia juga adalah untuk kesejahteraan bayi.
Sebaiknya pastikan tempat mandi adalah bersih dan gunakan air dengan suhu yang sesuai, elakkan terlalu sejuk atau terlalu panas.
Anda disyorkan untuk tidak menggunakan sebarang sabun atau bahan dengan pewangi kerana ia boleh memberikan tindak balas kepada kulit atau luka jahitan.
Setelah selesai mandi, pastikan anda mengeringkan badan sebaiknya dan lebih berhati-hati terutamanya pada bahagian jahitan. Ini untuk mengelakkan sebarang kelembapan padanya.
Langkah penjagaan untuk mandi
Sebelum mandi, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan bagi menghindari wujudnya sebarang masalah, seperti:
Jangan buat keputusan mandi sendiri. Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor terlebih dahulu
Jika anda sudah mengalami jangkitan pada luka atau sebarang penyakit lain, disarankan untuk menghindari daripada mandi
Ketika mandi, pastikan suhu air adalah bersesuaian. Suhu yang berlebihan boleh menyebabkan anda pening. Ini berikutan anda telah kehilangan banyak darah semasa prosedur bersalin.
Pastikan anda boleh berdiri dan mandi dengan sebaiknya, jika tidak mungkin anda perlu elakkan daripada mandi
Penggunaan tandas duduk atau kerusi semasa mandi bagi wanita yang bersalin C-Sec mungkin pilihan terbaik
Mandi apabila selesai bersalin mungkin akan menyebabkan keluarnya keputihan. Ini adalah normal dan tidak perlu dirisaukan
Penting untuk pastikan anda telah mengeringkan kulit dengan sebaiknya bagi mengelakkan kelembapan pada jahitan bersalin
Utamakan kesihatan
Mandi selepas bersalin pastinya dapat memberikan keselesaan dan kesegaran.
Malahan pasti ada ibu yang membayangkan untuk mandi dan berendam di dalam tab mandian, bukan?
Walaupun boleh memberikan ketenangan tetapi ia bukan pilihan yang baik terutamanya dalam aspek penjagaan ibu selepas melahirkan anak. Jadi kena elakkan ya, ibu-ibu?
Keutamaan anda kini adalah untuk memastikan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri dan bayi.
Pastikan anda mendapat persetujuan daripada doktor sebelum anda membuat keputusan mandi setelah selesai prosedur kelahiran.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.