
Bila anak demam, ibu memang susah hati. Boleh dikatakan semua kerja terbelangkai. Lagi perit bila kena berjaga malam semata-mata nak pastikan anak ok.
Perkongsian dari Dr Ezairy M Sallih mengenai cara yang perlu ibu bapa buat bila anak demam panas boleh membantu. Rawatan awal sangat penting untuk mengelakkan anak mengalami sawan dan kekurangan air dalam badan.
Ikuti 7 langkah yang boleh di buat ketika di rumah:
1.Periksa suhu anak
Jangan biarkan anak anda demam terlalu lama. Pastikan anda mempunyai termometer di rumah. Periksa suhu anak anda jika ada tanda-tanda panas tubuh
2.Banyakan beri air suam
Banyakan air suam ketika demam. Ini bagi memastikan anak anda tidak mengalami dehidrasi dan kekurangan air dalam tubuh.
3.Jangan cuba-cuba rawatan tradisional
Ia tidak akan berguna bahkan boleh mendatangkan mudarat jika melewatkan rawatan sepatutnya di hospital.
4.Pastikan anak tidak mengalami sawan
Suhu terlalu tinggi tanpa rawatan awal boleh mengakibatkan serangan sawan berlaku. Perhatikan tanda-tanda seperti kekejangan, mata, dan anggota lain pada anak.
5.Basahkan kepala atau mandikan
Basahkan kepala, badan dan jika perlu mandikan anak anda dengan air. Tak perlu air sejuk. Cukup air suam untuk merendahkan suhu tubuh.
6.Ubat demam
Pastikan anda ada simpan syrup atau supp paraceramol di rumah. Pastikan anda tahu dos sepatutnya melalui ahli farmasi dan doktor. Sekiranya anak demam, berikan mengikut dos sepatutnya. Pastikan atas nasihat mereka yang ahli, bukan sendiri.
7.Bawa jumpa doktor
Jika langkah di atas gagal menurunkan suhu anak anda. Bawa segera ke klinik atau hospital.
Sumber: Dr. Ezairy M.Sallih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Anda Ada Ekzema? Tolong Elak 7 Makanan Pencetus Gatal Ini

Bayi yang mengalami masalah kulit seperti ekzema sememangnya merisaukan mama dan papa. Hal ini kerana mereka cukup sensitif dengan perubahan cuaca, pemakanan dan kebersihan persekitaran yang mempengaruhi tahap kesihatan mereka.
Secara umum, penyakit kulit seperti ekzema sememangnya menjadi lumrah bagi bayi kecil. Ekzema ialah keadaan kulit yang kering dan gatal pada satu jangka masa tertentu. Penyakit ini biasanya menyerang si kecil berusia bawah dua tahun. Realitinya ekzema sememangnya tidak dapat dipulihkan, tetapi dapat dikawal dengan mengelakkan faktor pencetus, menjaga pemakanannya dan memastikan kulitnya sentiasa lembap.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopik bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan alergi. Kesannya adalah sama iaitu kulit kering, gatal, merah dan merekah. Pada situasi tertentu ia yang kadangkala bernanah dan berdarah.
Lokasi tumpuan ekzema lazimnya ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Perlu diketahui bahawa ekzema menyebabkan kulit tidak dapat berfungsi secara normal. Penyakit ini membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
SIAPA BERISIKO MENDAPAT EKZEMA?
Punca terjadinya ekzema tidak diketahui tetapi masalah kulit ini lazimnya berlaku dalam keluarga tertentu dan mempunyai perkaitan genetik dan sejarah keluarga yang kuat bagi penghidap tiga penyakit iaitu ekzema, asma dan demam (hay fever) atau dikenali sebagai atopic triad. Hubungan kekeluargaan pada peringkat pertama dan kedua yang menghidap salah satu dari tiga penyakit ini akan memiliki risiko untuk dijangkiti sama ada ekzema atau asma.
Ekzema menyebabkan kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan sering gatal. Namun pada masa-masa tertentu radang tersebut boleh menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. Pun begitu, ibu bapa boleh bertindak mengawal punca yang mencetuskannya seperti pemakanan, keadaan sekeliling yang bebas habuk dan mengelakkan kulit mereka kering dengan menggunakan produk penjagaan diri seperti losen dan krim yang bersifat organik.
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN
Bagi bayi yang disahkan mempunyai ekzema, lebih baik anda jauhi daripada makanan yang mencetuskan kegatalan. Bagi bayi yang masih di bawah enam bulan dan menyusu susu ibu, si ibu yang perlu mengelakkan mengambil makanan ini. Cari makanan pengganti yang mempunyai khasiat yang sama.
- Susu lembu
- Telur
- Kacang tanah
- Tepung gandum
- Ikan yang gatal seperti ikan tongkol, ikan bilis dan sebagainya.
- Udang, sotong dan kerang-kerangan .
- Soya dan produknya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Lagi Lama Bayi Merangkak Lagi Bagus Untuk Perkembangannya. Biarkan Anak Merangkak Sepuasnya

Jangan nak cepat suruh bayi pandai berjalan, rupanya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan mereka. Asalkan bayi anda mempunyai tahap perkembangan yang normal dan sihat tubuh badannya, tak perlulah nak paksa bayi berjalan seawal usianya 9 bulan!
“Eh, anak you masih merangkak lagi? Anak I dah nak berjalan. Dia langsung tak merangkak pun,” dengan bangganya seorang ibu berkata kepada ibu yang anaknya asyik merangkak sahaja.
Ada ibu yang rasa berbangga bila bayinya tidak merangkak. Kononnya bila merangkak, bayi terdedah kepada risiko cedera dan tercekik kerana kemungkinan mengutip objek yang ditemui.
Hakikatnya merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi. Ketahui kelebihan dan kebaikan kepada bayi.
1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
2. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.
3. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.
4. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak.
5. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat.
AKTIVITI MERANGKAK MENINGKATKAN PENGELUARAN MYELIN, BAHAN YANG MELAPISI SEL SARAF YANG MEMBANTU OTAK MENGHANTAR DAN MENERIMA MESEJ LEBIH CEPAT DAN JELAS. MERANGKAK AKAN MERANGSANG PULA BAHAGIAN OTAK ‘MENERIMA’ DAN ‘EKSPRESIF’.
6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.
7. Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa kerana bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga.
8. Merangsang kepekaan sentuhan, visual dan jarak jauh-dekat.
Jadi, biarkanlah si manja anda merangkak sepuasnya kerana ia sebenarnya salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot-otot badannya sebelum dia mula belajar berjalan.
Seronok sebenarnya tengok anak dah pandai merangkak. Lucu dan menghiburkan aksi si comel masa mula-mula belajar merangkak dan bila dah semakin pantas dan laju merangkak.
Kalau anda nak tengok macam-macam aksi bayi merangkak, bolehlah saksikannya di Misfit 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semasa pertandingan Merangkak Challenge Pa&Ma pada 5 Ogos 2018
Dijangkakan seramai 50 orang bayi akan berentap merebut gelaran Jura Merangkak Challenge. Tentu meriah dan menghiburkan melihat gelagat bayi-bayi comel merangkak untuk mendapatkan papa dan mama masing-masing.
Bagi papa mama yang mempunyai bayi berusia 6 hingga 12 bulan, boleh rebut peluang memenangi hadiah barangan bernilai RM1000 untuk gelaran juara Merangkak Challenge dengan mendaftarkan nama anak. Mana tahu rezeki anak anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berat Anak Tak Naik, Payudara Ibu Sakit. Semuanya Disebabkan Tak Pegang Bayi Dengan Betul Masa Menyusukannya

Isi Kandungan
ToggleRupa-rupanya masalah asas ibu tak pegang anak dengan betul masa menyusukannya boleh menjadi punca kepada masalah berat anak tak naik dan ibu merasa sakit pada payudara.
Mungkin ada ibu yang beranggapan berat anak tak naik kerana kurang minum susu tapi hairan juga sebab setiap kali sesi penyusuan bayi menyusu sangat lama. Tanpa sedar sebenarnya masalah tersebut hanya disebabkan cara ibu memegang bayi semasa menyusu adalah salah!
Pakar Kanak-Kanak yang juga Konsultan Laktasi, Dr Hairin Anisa Tajuddin berkongsi maklumat penting berkenaan hal tersebut berdasarkan pengalamannya mengendalikan pesakit beliau yang mengalami masalah tersebut.
Semoga penjelasan oleh Dr Hairin ini dapat memberi info berguna kepada semua ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.
BASIC TECHNIQUE BREASTFEEDING YANG TAK BETUL MENYEBABKAN PELBAGAI MASALAH DALAM PENYUSUAN SUSU IBU
Semalam :
Ada seorang ibu yang baru melahirkan baby dalam 20 hari, 2nd baby yang bertekad untuk menyusukan anak sepenuhnya.
Minggu lepas dia pernah datang untuk belajar mengurut sebab breast engorgement & some blocked ducts.
Dia datang kali ni dengan perasaan nak GIVE UP breastfeeding kerana breast dia sakit sangat bila menyusukan bayi dan selepas menyusukan bayi di left breast sahaja selama 1 jam.
Hasil daripada baca Dr Google dia datang jumpa saya dengan own diagnosis Raynauds phenomenon di breast kiri. Dia rasa sakit sampai ke ketiak, shooting burning pain, dan nipple nya jadi pale (pucat). Setiap kali menyusukan sebelah kiri dia akan menangis dan SANGAT STRESS. Dia datang dengan wajah sugul dan pucat.
Tapi saya bukan nak terangkan Raynauds phenomenon ini. Saya nak kongsikan bahawa bukan semua yang kalian baca di Dr Google itu betul dalam clinical practice.
Hasil pemerhatian saya bila saya check breastnya ada nipple yang seperti ulcer, ada blocked ducts in one area, dan signs of early ductal infection. Dia rasa sakit untuk gerakkan tangan kiri ke atas.
Semua ini menunjukkan ibu TIDAK MEMEGANG BAYI SEMASA MENYUSU DENGAN BETUL. Jadi ibu berasa sangat penat dan cramp tangannya. Saya lihat dia pegang baby dengan tangan yang keras bila dia cuba menyusukan dan hidungnya terpenyek pada breast ibu. Dagunya jauh daripada breast & tangan ibu macam kejang.
Bila ibu rasa cramp otot-otot indirectly otot-otot tu akan menghasilkan lactic acid, dan bila acid dalam darah tinggi, ia akan menyebabkan milk curds terbentuk dan mudah blocked ducts.
Milk curds ni macam gumpalan susu, kadang-kadang kalau biar lama-lama ia akan jadi ketulan kecil or berpasir. Apabila muscle (upper arm) yang sama nerve supply dengan pectoralis major (otot bawah breast), semua muscle cramp, ia mengganggu kelancaran flow susu.
Berat Baby Tak Naik
Hari ni ada lagi satu bayi ex-prem umur sekarang 5 bulan yang beratnya tak naik hanya dengan penyusuan ibu sepenuhnya. Beratnya macam baby umur 1 bulan. Ibu tak bagi susu formula lagi. Tapi, bila diperiksa cara penyusuannya memang totally salah.
Perut baby menghadap ke syiling sambil muka baby berpaling ke arah ibu sambil menyusu. Dagu jauh, hidung terpenyek, hisapan tak efektif sebab latching banyak ambil areola atas. Baby tiada tummy to tummy maka kuranglah rembesan hormon oksitosin. Kulit baby kering macam kurang air. Baby baru keluar daripada hospital sebab jangkitan paru-paru dah 2 kali admitted.
Mak kata dia ingat selama ini cara penyusuannya betul. Saya selalu bagitau ibu, sebab kita ingat yang biasa tu yang betul sebenarnya salah. Sebab itu kena biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Then saya WRAP BABY betul-betul & perbetulkan semula cara pegangannya agar

D : Doing CORRECT technique from the start
(Dimulakan dengan teknik yang betul)
R : Resting hand position while cradling baby
to prevent cramp & stress.
(Rehatkan tangan semasa memegang bayi
ketika menyusukan bayi untuk elakkan
ketegangan otot dan stress)
A : Alignment of your baby must be straight,
& baby’s tummy must touch mother’s
tummy (tummy to tummy or chest to
chest)
(Ampu badan supaya lurus menghadap ibu
dengan perut bertemu perut (perut ke perut
atau dada ke dada)
N : Nose Away Chin Touch the breast
(Nafas bayi tak terganggu bila pastikan
hidung jauh dan dagu bersentuh dengan
payudara ibu)
I : Initiate latch with nipple at baby’s nose (not
at lower lip) move into baby’s mouth (open
wide)
(Ingat untuk masukkan puting ibu daripada
atas bibir (setara dengan hidung) ke dalam
mulut baby yang terbuka luas).
S : Suckling motion must be smooth & silent
(Sedutan dan tekanan daripada mulut bayi
masa menghisap mestilah senyap dan
ritma yang relaks)
A : Asymetrical latching is taking areola below
lower lip more than areola above upper lip.
(Areola bawah bibir mesti masuk dlm mulut
bayi lebih banyak drpd areola atas bibir =
Asymetrical Latching)
Jadi, kalau kita ingin berjaya dalam apa juga bidang termasuk ingin berjaya dalam breastfeeding, bukan cari daripada google atau percaya bulat-bulat apa orang kata, percaya kepada experience orang yang bukan ahli dalam bidangnya mcm homebirth.
Kalian kena cari daripada guru yang betul.
Sumber: Dr Pakar Kanak-kanak Adda
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI