Hiburan

Raysha Rizrose & Nabil Jeffri Bakal Timang Bayi Perempuan, Umum Jantina Anak Ketika Majlis ‘Gender Reveal’

Share

Raysha Rizrose & Nabil Jeffri bakal timang bayi perempuan, umum jantina anak ketika majlis ‘gender reveal.’ Pelakon jelita, Raysha Rizrose dan suaminya, Nabil Jeffri bakal menimang cahaya perempuan.

Raysha Rizrose & Nabil Jeffri Bakal Timang Bayi Perempuan, Umum Jantina Anak Ketika Majlis ‘Gender Reveal’

Aprena Manrose yang merupakan sepupu kepada Raysha telah berkongsi berita gembira itu menerusi Instory di akaun Instagramnya ketika menghadiri majlis gender reveal yang diadakan oleh pasangan itu.

Kelihatan Raysha atau nama sebenarnya Naquraisha Mohd Fariz begitu teruja selepas mengetahui dia dan suaminya bakal menimang bayi perempuan.

Menerusi Instastory yang sama juga Aprena turut berkongsi suasana majlis yang berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekart dan sahabat handai.

Jelas kelihatan baby bump Raysha yang semakin membesar. Walaupun kandungannya semakin membesar dan mencecah 7 bulan namun wajahnya tetap kelihatan manis dan berseri-seri.

Pelakon jelita ini bakal melahirkan pada  hujung tahun ini atau pun awal tahun depan. Untuk info, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan melangsungkan pertunangan.

Sumber: Instagram Aprena Manrose

Baca artikel lain juga: Raysha Rizrose Umum Hamil Anak Pertama, Kongsi Video Baby Bump. Kami, 11 Tahun Kemudian!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Has