Tahniah diucapkan buat pelakon, Raysha Rizrose yang mengumumkan dirinya kini hamil anak pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Raysha sendiri di Instagram miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik, Raysha bersama suaminya memperlihatkan ‘baby bump’ perutnya yang semakin membesar.
Bagaimanapun isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri, 30, itu tidak memaklumkan usia kehamilan anak pertamanya itu.
“Kami, 11 tahun kemudian,” tulisnya ringkas menerusi kapsyen.
Video penuh romantis itu memperlihatkan Raysha yang berpimpinan tangan bersama suami kemudian memegang perutnya yang sudah semakin membesar.
Ruangan komen pelakon berbakat itu dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti dan juga pengikutnya.
Terdahulu, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari tahun lalu.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
“Know Know Dah Dua Bulan” Sharifah Amani Tayang Muka Anak, Comelnya!
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Genap Setahun, Adira Hamil Lagi. Dato Red Memang Nak Ramai Anak
Lama tak nampak kelibat penyanyi Adira dalam industri seni. Diam tak diam anak sulungnya Anggerik sudah pun genap umur setahun.
Suaminya Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 40, berkongsi gambar Adira bersama anak mereka yang menunjukkan ‘baby bump’.
A post shared by Dato Red is hensem (@dato.red) on
Ramai netizen mengucapkan tahniah dengan rezeki yang dikurniakan kepada mereka sekeluarga dan kagum dengan Dato Red yang tak jemu untuk menambah bilangan cahayamata.
Aummmmm huhuhuhu #datoredhensem #ali #yangtuodahnakabispantang #familyman #menterinikahkawen #pru15
A post shared by Dato Red is hensem (@dato.red) on
Ahli perniaggaan ini baru sahaja menyambut kelahiran anak keempat daripada isteri pertamanya Datin Red pada April lepas.
Nampaknya tahun ini memang rezeki Dato Red timang dua orang anak daripada dua orang isterinya.
Dato Red Nak Anak Ramai
Menurut Dato Red seperti dipetik dalam mStar Online, dia memang berhasrat mempunyai ramai anak dan menyasarkan 20 orang cahaya mata.
Dia mengakui memang suka mempunyai ramai anak
Katanya lagi Adira yang kini hamil lima bulan dijangka akan melahirkan anak kedua mereka pada September depan.
Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.
Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hassim atau dikenali Datin Red mempunyai empat orang cahaya mata.
Sebelum perkahwinan itu, beliau pernah berkahwin dengan seorang wanita ketika berusia 20-an dan berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun. Anak sulungnya juga sudah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lepas.
Kelebihan Anak Ramai
Tak ramai orang sekarang yang merancang untuk mempunyai ramai anak namun nampaknya Dato Red berbeza pula. Sebenarnya ada kelebihan orang yang mempunyai anak ramai.
Selain menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad s.a.w, ini antara kelebihan lain.
- Agama Islam mengangkat martabat wanita subur dan beranak ramai.
- Wanita yang melahirkan ramai anak dianggap mulia di sisi Allah SWT.
- Rasulullah SAW sungguh gembira umatnya mempunyai anak ramai. Ini dapat dilihat dalam satu hadis diriwayatkan Abu Daud, Baginda bersabda maksudnya: “Nikahlah wanita yang mencintaimu dan subur. Sesungguhnya aku akan berbangga atas kamu kerana umat yang paling ramai.”
- Anak ramai lebih murah rezeki yang Allah kurniakan dari pelbagai sudut.
- InsyaAllah susah sikit masa anak-anak masih kecil tapi bila semuanya sudah besar dan berjaya, ibu ayah akan tersenyum gembira.
- Rumah lebih meriah dan bahagia.
- Kalau semuanya terdidik dengan baik, beruntunglah ibu ayah mempunyai ramai anak soleh dan solehah yang boleh menguruskan bila mereka sudah tua, menguruskan jenazah ibu ayah yang meninggal serta mengirimkan doa-doa anak soleh dan solehah.
Sumber: Instagram Dato Red & mStar Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Persiapan Sambut ‘Orang Baru’, Elfira Rancang Menyusukan Sendiri Anak Bakal Lahir
Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin, debaran makin terasa. Bagi bakal ibu buat kali pertama, pelakon & pengacara Elfira Loy mula membuat persiapan.
Elfira yang kini sedang sarat hamil berkongsi menerusi Instagram meminta tip daripada follower tentang pengalaman membuat persiapan menyambut kelahiran bayi.
Elfira yang diijabkabulkan dengan suaminya, Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019 lalu juga menyatakan ingin membaca lebih lanjut tentang fasa selepas bersalin, penyusuan susu ibu dan penjagaan bayi.
TERUJA MEMBUAT PERSIAPAN
Two months to go and i haven’t really start doing anything yet , but I’m excited ! Im excited to start doing the nursery room , buying essentials for the baby , for myself & keeping things organized.But i need plans. So that i dont missed anything or nanti el stress ini tak okay itu tak muat , haha .
LENGKAPKAN BILIK BAYI & MEMBACA
My plan is to start with the room then labeling the compartments, buy the stuff & put them in & read everything about post pregnancy , breastfeeding & about the baby.
“ OHH I FORGET ABOUT THIS , I FORGET ABOUT THAT”
But what was your experience ? apa benda yang rasa dah lengkap but lepas dah beranak baru mcm “ ohh i forget about this , i forget about that “ share with me so that i dont do the same mistakes. Hehe . Thank you!
Rakan selebriti dan peminat berkongsi pelbagai tips dan panduan. Antaranya tentang penyusuan susu ibu, persediaan selepas bersalin, penjagaan bayi dan sebagainya.
PERSIAPAN MENTAL
HAPPY YOU’RE PLANNING TO BREASTFEED
BANYAKKAN MEMBACA
TIP ELAKKAN SEMBELIT
PERSIAPAN BAYI
AMBIL VAKSIN INFLUENZA SEMASA HAMIL
TIP ELAK KOYAK BANYAK MASA MENERAN
Sumber: elfiraloy
Artikel berkaitan: Masuk 6 Bulan, Elfira Makin Nervous Bab Kelahiran. Kalau Boleh Nak Bersalin Normal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Guna Kalkulator, Ini Cara Mudah Nak Kira Waktu Subur Selepas Period
Tahukah anda bagaimana cara untuk mengira waktu subur selepas period? Perkara ini penting terutamanya bagi mereka yang ingin merancang untuk hamil.
Walaupun terdapat banyak kalkulator kesuburan di laman web kesihatan, namun waktu subur berbeza bagi setiap individu.
Meskipun begitu ia tidak bermakna kita tidak boleh meramal bila waktu terbaik untuk melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Jika anda ingin meningkatkan kebarangkalian untuk hamil, kiraan anggaran waktu subur selepas period boleh membantu mengatur kekerapan anda melakukan hubungan intim.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Perihal ovulasi, waktu subur selepas period
Kitaran haid wanita terbahagi kepada beberapa fasa. Antara yang menjadi tumpuan bagi mereka yang ingin mendapatkan anak adalah waktu ovulasi.
Jadi, apa itu ovulasi?
Ia merupakan satu fenomena biologi di mana telur yang berada di dalam ovari keluar selepas matang kesan daripada perubahan hormon untuk disenyawakan dengan sperma.
Jika berlakunya pertembungan dan persenyawaan, produk kepada proses tersebut akan bergerak ke rahim dan ditanam di sana.
Apa yang anda perlu tahu adalah, sejurus keluar ovum (sel telur) daripada ovari, ia mempunyai masa sekitar 12 jam untuk disenyawakan.
Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, sel tersebut akan mengalami fasa peluluhan (disintegration) dan dinding rahim yang menebal, kelak, akan jatuh sebagai darah haid.
Jika dilihat pada durasi ovum, secara logiknya, akan ada anggapan penting untuk kita meramal waktu yang tepat bagi proses ovulasi.
Bayangkan, anda hanya ada masa 12 jam sahaja!
Walau bagaimanapun, bukan semua individu mempunyai jumlah hari kitaran haid seperti apa yang digambarkan dalam buku teks.
Oleh sebab itu kiraan waktu subur selepas period agak mencabar, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid teratur.
Pun begitu, waktu singkat yang dimiliki oleh ovum boleh ditimbang kembali dengan jangka hayat sperma di dalam badan wanita.
Secara amnya, sperma boleh hidup di antara 3 hingga 5 hari (3 hari lebih ideal) di dalam tubuh wanita.
Melalui dua maklumat jangka hayat sel ini lah kita boleh mengatur tabiat intim harian bagi meningkatkan kecenderungan untuk mendapatkan anak.
Purata panjang bagi kitaran haid wanita
waktu subur selepas period
Sebelum kita menentukan bila waktu subur selepas period, anda perlu tahu tempoh satu kitaran haid.
Menurut buku teks perubatan, secara puratanya, wanita normal mempunyai jumlah kitaran haid 28 hari.
Namun begitu, badan manusia tidak selalu beroperasi seperti apa yang termaktub dalam buku teks.
Terdapat pelbagai jenis faktor yang boleh mempengaruhi kitaran haid wanita.
Apa yang anda perlukan sekarang adalah purata durasi bagi kitaran haid dengan menggunakan kiraan ringkas matematik.
Kira atau lihat pada rekod (jika anda menulis) jumlah hari kitaran haid bagi tiga bulan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI