Ramai yang mempertikaikan cara Noor Nabila memberi Jebat Jayden makan sedangkan belum cukup 6 bulan. Namun sebagai ibu tak mungkin Nabila nak pandai-pandai suap.
Mungkin caranya memperkenalkan solid food pada Jebat dah dapat nasihat doktor.Cuma apa yang lucunya melalui perkongsian video Nabila, penerimaan Jebat pada makanan yang diberikan itu buatnya rasa pelik dan mimik mukanya juga seperti nak termuntah apabila disuapkan puri epal.
Melihat kepada penerimaan Jebat yang kurang suka puri epal, peminat Nabila mencadangkannya untuk bagi dulu bubur kosong yang betul-betul halus teksturnya sebelum perkenalkan puri buah atau sayur.
Cara ini taklah buat bayi terkejut bila rasa makanan tersebut kerana bayi hanya biasa minum susu sahaja.
Lagi satu netizen juga turut berkongsi pendapat mereka walaupun bubur kosong itu tiada apa-apa rasa cara ini bagus untuk mengelakkan anak picky eater (memilih makan) apabila besar. Selain itu ada yang mencadangkan Nabila buat 4 days rules.
Sumber: ig noornabila
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Lagi Lama Bayi Merangkak Lagi Bagus Untuk Perkembangannya. Biarkan Anak Merangkak Sepuasnya
Jangan nak cepat suruh bayi pandai berjalan, rupanya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan mereka. Asalkan bayi anda mempunyai tahap perkembangan yang normal dan sihat tubuh badannya, tak perlulah nak paksa bayi berjalan seawal usianya 9 bulan!
“Eh, anak you masih merangkak lagi? Anak I dah nak berjalan. Dia langsung tak merangkak pun,” dengan bangganya seorang ibu berkata kepada ibu yang anaknya asyik merangkak sahaja.
Ada ibu yang rasa berbangga bila bayinya tidak merangkak. Kononnya bila merangkak, bayi terdedah kepada risiko cedera dan tercekik kerana kemungkinan mengutip objek yang ditemui.
Hakikatnya merangkak adalah perkembangan yang baik kepada bayi. Ketahui kelebihan dan kebaikan kepada bayi.
1. Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
2. Menguatkan otot besar dan kecil dan meningkatkan perkembangan motorik kasar dan halus.
3. Menunjang koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, ketegangan otot, keseimbangan dan kemahiran jari.
4. Melatih kedua belah otak di mana pergerakan menyilang ketika merangkak dapat merangsang kedua belah otak atau kawasan yang berbeza pada otak. Ia sekaligus membantu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki secara serentak.
5. Meningkatkan pengeluaran myelin di otak. Gerakan menyilang ketika merangkak membolehkan kedua belah otak berkongsi, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat penting dengan lebih cepat.
AKTIVITI MERANGKAK MENINGKATKAN PENGELUARAN MYELIN, BAHAN YANG MELAPISI SEL SARAF YANG MEMBANTU OTAK MENGHANTAR DAN MENERIMA MESEJ LEBIH CEPAT DAN JELAS. MERANGKAK AKAN MERANGSANG PULA BAHAGIAN OTAK ‘MENERIMA’ DAN ‘EKSPRESIF’.
6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf. Gerakan berulang-ulang saat merangkak merangsang, dan mengembangkan sambungan rangkaian saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, kepekatan dan ingatan.
7. Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa kerana bayi dirangsang menggunakan kedua telinga secara serentak dan mengembangkan pendengaran kedua telinga.
8. Merangsang kepekaan sentuhan, visual dan jarak jauh-dekat.
Jadi, biarkanlah si manja anda merangkak sepuasnya kerana ia sebenarnya salah satu cara pembelajaran yang terbaik untuknya selain dapat menguatkan segala otot-otot badannya sebelum dia mula belajar berjalan.
Seronok sebenarnya tengok anak dah pandai merangkak. Lucu dan menghiburkan aksi si comel masa mula-mula belajar merangkak dan bila dah semakin pantas dan laju merangkak.
Kalau anda nak tengok macam-macam aksi bayi merangkak, bolehlah saksikannya di Misfit 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semasa pertandingan Merangkak Challenge Pa&Ma pada 5 Ogos 2018
Dijangkakan seramai 50 orang bayi akan berentap merebut gelaran Jura Merangkak Challenge. Tentu meriah dan menghiburkan melihat gelagat bayi-bayi comel merangkak untuk mendapatkan papa dan mama masing-masing.
Bagi papa mama yang mempunyai bayi berusia 6 hingga 12 bulan, boleh rebut peluang memenangi hadiah barangan bernilai RM1000 untuk gelaran juara Merangkak Challenge dengan mendaftarkan nama anak. Mana tahu rezeki anak anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doakan Pembedahan Ini Berjaya”. Lan Solo Dan Isteri Harap Doa Dari Orang Ramai Untuk Anaknya
Lan Solo dan isteri, Nur Sheila memohon orang ramai mendoakan pembedahan anak keempatnya, Nur Amna Quxandra, 3 bulan, di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini berjalan lancar.
Pembedahan ini adalah untuk merawat sumbing yang dialami cahaya mata keempat pasangan ini yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Difahamkan Quxandra telah dimasukkan di PPUM sejak dua hari lalu dan dalam keadaan kesihatan yang baik untuk menjalani pembedahan yang telah dijadualkan sebelum ini.
Sheila menerusi beberapa status di laman Instagramnya (IG) turut berkongsi keadaan terkini anak perempuannya itu dari semasa ke semasa.
“Uncle aunty doakan yang terbaik untuk saya ye…Emosi mommy saya agak terganggu jugak ni. Doakan jugak mommy saya kuat semangat ye,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, di status instagram Lan pula, dia turut menyatakan semoga pembedahan yang dilakukan ke atas anaknya hari ini berjalan lancar dan sangat berterima kasih atas doa dari semua.
Ramai peminat dan pengikut pasangan ini di IG memberikan semangat dan kata-kata positif agar pembedahan ke atas Quxandra berjalan dengan lancar.
Selain Quxandra, Lan dan Sheila yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Muhammad Akid Qassyaff, 3.
Sumber: instagram Lan Solo & Sheila Razlan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Car Seat Percuma Lepas Bersalin? Ini Memang Hadiah Yang Tak Disangka Dan Wajib Direbut!
Selepas selamat bersalin, ibu boleh dapat car seat percuma? Wow seronoknya, siapa yang tak mahu. Ini memang hadiah yang tak disangka-sangka selepas dikurniakan cahaya mata. Menyedari pentingnya penggunaan car seat kepada bayi, Rampai Puteri Medical Centre melancarkan kempen Buckle Up, Baby dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)! Pusat perubatan ini mewujudkan polisi mandatori penggunaan sistem rintangan kanak-kanak (CRS) kepada bayi yang dilahirkan di pusat perubatan berkenaan semasa dicaj.
CAR SEAT PERCUMA
Bagi bulan November, Rampai Puteri Medical Centre memberikan car seat percuma kepada semua pesakit yang bersalin menggunakan pakej yang ditawarkan bagi memastikan keselamatan bayi sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Selepas tempoh itu, program peminjaman car seat juga boleh dilakukan kepada bayi. Bagi ibu bapa yang ingin membeli car seat, potongan harga istimewa akan disediakan.
Apabila lahirnya si manja, keselamatan mereka menjadi tanggungjawab mama dan papa. Kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah penyebab yang kesembilan utama kematian di seluruh dunia, yang mana ia bertanggungjawab ke atas lebih daripada 1.25 juta kematian setiap tahun.
HAK KANAK-KANAK
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kecederaan lalu lintas jalan raya adalah pembunuh utama kanak-kanak dalam dekad kedua kehidupan mereka dan majoriti (95%) kematian kanak-kanak di jalan raya adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, melindungi kanak-kanak di jalan raya adalah keutamaan semua selaras dengan Konvensyen PBB mengenai Hak Anak-Anak (UN Convention on the Rights of the Child).
Menurut kajian MIROS, kanak-kanak yang dibawa dalam kenderaan persendirian adalah kumpulan yang pertama dan kedua tertinggi tercedera iaitu kanak-kanak di bawah kumpulan umur 1-4 tahun, adalah sebanyak 43.8% daripada jumlah mangsa kanak-kanak dan berumur 5-9 tahun sebanyak 30.2%.
Kajian tahunan juga mendapati penggunaan sistem rintangan kanak-kanak (CRS) adalah kurang daripada 20% di Malaysia.
Satu lagi kajian luar mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak dipakaikan car seat atau tali pinggang keledar mempunyai risiko kecederaan maut sebanyak 3 hingga 5 kali ganda berbanding mereka yang dilindungi dengan CRS. Oleh yang demikian, car seat telah terbukti berkesan untuk melindungi kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya di mana dianggarkan bahawa penggunaan CRS yang betul boleh mengurangkan risiko kematian sebanyak 71%.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI