Nasi impit antara yang menjadi pilihan untuk dihidangkan bersama dengan kuah kacang, rendang atau masak kuah lodeh. Tiap kali musim perayaan, menu ini pasti akan masuk dalam senarai juadah utama.
Bagaimanapun, sekarang ni nak makan nasi impit bila-bila masa pun boleh ikut selera masing-masing. Cuma yang agak keberatan sikit untuk menyediakannya sebab proses merebus mengambil masa lama serta melibatkan penggunaan gas yang banyak. Orang kata nak tu sekejap je!
Bagi ibu-ibu yang nak jimat gas atau elektrik semasa merebus nasi impit, ini petua yang sangat membantu. Ringkas saja tapi kira berbaloi.
Gambar Hiasan
Perkongsian Yuhafiqah Mohd Yunus melalui MAHN boleh dicuba ketika hendak merebus nasi impit. Kaedah ini lagi mudah dan jimat.
Petua rebus nasi impit jimat gas dan jimat elektrik
Cara-caranya:
1) Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkan nasi impit
Ads
2) Masak selama 10 minit lepas tu tutup api
3) Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup biarkan terendam selama 30 minit
4) Lepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit tu
* Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker.
Ads
* Jika nasi impit itu banyak, guna periuk yang saiznya lebih besar.
Jadi untuk yang dah ada perancangan untuk buat menu berasaskan nasi impit selepas ini, boleh guna versi jimat jimat elektrik dan gas ini. Sebab kalau pakai periuk nasi pun lama jugakan kena rebus. Selamat mencuba!
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja?
Makanan punca sistem pertahanan badan lemah? Bolehkah makanan membuatkan kita sakit?
Berdasarkan kajian menerusi perkongsian Hello Doktor, pengambilan gula berlebihan boleh menekan sistem imun atau pertahanan badan. Maka apabila sistem kekebalan ini terganggu, ia akan cenderung membuatkan anda sakit.
Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana individu tanpa mengira usia, termasuklah anak anda.
Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat halus sebagai makanan harian, di mana ia akan diproses sebagai gula, berkemungkinan boleh mengurangkan keupayaan sistem pertahanan badan anak untuk melawan penyakit.
Tetapi apakah jenis makanan yang boleh melemahkan sistem imun si manja sekali gus membuatkan mereka mudah jatuh sakit?
7 jenis makanan menjejaskan sistem pertahanan badan
Diet makanan harian yang diberikan kepada anak adalah salah satu cara untuk menyokong sistem imun badan mereka.
Jadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menyediakan makanan yang terbaik serta mengelakkan makanan yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan mereka.
Berikut adalah senarai makanan yang tidak bagus dan perlu dielak daripada diberikan kepada anak untuk menjaga sistem kekebalan badan si manja.
Gula-gula
Kanak-kanak mana yang tidak gemarkannya? Tetapi jika anda mahu menjaga sistem imun anak, kurangkan atau sebaiknya elakkan daripada memberi mereka makan gula-gula seperti coklat dan gummies yang tinggi kandungan gula.
Berdasarkan kajian tahun 2018, gula yang diproses seperti terdapat dalam gula-gula boleh meningkatkan tahap keradangan dalam badan. Jumlah keradangan yang tinggi boleh memberi kesan negatif terhadap sistem imun anak.
Minuman soda
Ahhhh…sedapnya kalau ‘pekena’ soda dengan tambahan ais, kan? Lagi-lagi pada waktu panas.
Pun begitu, minuman manis seperti soda adalah tinggi kandungan gula dan kalori serta tiada nutrisi. Pastinya minuman tanpa gula adalah pilihan terbaik untuk membina imuniti badan si manja.
Penyelidikan pada tahun 2011 menyokong pengambilan soda mahupun sebarang minuman manis boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan obesiti.
Individu yang mengalami obesiti berisiko untuk berdepan keadaan fungsi imun yang berkurangan.
Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti kentang goreng dan kepak ayam bukanlah pilihan terbaik untuk menyokong sistem imun anak kerana kandungan lemak dan minyak yang tinggi.
Makanan bergoreng cenderung berlemak tinggi dan berminyak serta boleh menekan sistem pertahanan badan anak.
Dalam kajian 2016, diet tinggi lemak memberikan kesan negatif terhadap mikrobioma usus – bakteria yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun.
Makanan segera
Kebanyakan kanak-kanak pernah mengambil makanan segera, bahkan, mungkin ada yang mengambilnya sebagai menu makanan harian.
Ya, tidak dinafikan rasanya sedap, apatah lagi saat sedang kelaparan. Tetapi sebaiknya, elak daripada membiarkan anak terus memakan burger, kentang goreng atau sebarang menu makanan segera lain.
Ini kerana makanan tersebut sangat tinggi kandungan kalori, lemak tepu, natrium dan gula yang boleh menjejaskan sistem pertahanan badan kanak-kanak.
Kajian mencadangkan diet yang tinggi lemak dan kalori, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap imuniti badan dan juga meningkatkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.
Aiskrim
Ia berkrim, manis dan enak serta sukar untuk ditolak oleh sesiapapun terutamanya kanak-kanak. Tetapi malangnya pencuci mulut ini penuh lemak tepu dan gula yang boleh mengakibatkan keradangan.
Umumnya, aiskrim mempunyai jumlah gula sehingga 6x ganda melebihi jumlah yang anda perlukan dalam sehari.
Dan itu belum lagi ditambah dengan pilihan condiment seperti coklat tabur atau sprinkle.
Kerepek kentang
Makanan ringan ini sangat enak dimakan saat menonton televisyen, kan? Malahan, anak mungkin leka mengunyah sehingga habis sepaket.
Namun, ia bukanlah pilihan makanan harian yang baik jika anda mahu meningkatkan sistem ketahanan badan si manja.
Ia sejenis makanan yang telah diproses dan rendah nutrien. Pengambilan dalam jumlah yang tinggi boleh menjejaskan imuniti badan si kecil.
Kek, pastri & biskut
Satu lagi pilihan makanan manis yang digemari ramai kanak-kanak. Apatah lagi jika ia dihias dengan krim yang pelbagai warna.
Namun makanan seperti ini adalah makanan harian tinggi lemak, kalori dan gula serta boleh mengakibatkan keradangan serta kenaikan berat badan pada anak.
Jangan terkejut, kek, pastri dan biskut boleh memberikan ancaman 3x ganda kepada sistem pertahanan badan.
Utamakan penjagaan kesihatan
Sekiranya, anak mungkin mahukan makanan ringan seperti di atas, tawarkan pilihan makan yang lebih baik untuk membantu menjaga sistem pertahanan badan mereka.
Kawallah pengambilan makanan yang tidak sihat atau sebaiknya elakkan terus daripada memakannya.
Gantikan dengan pilihan makanan harian yang lebih sihat seperti buah-buahan, bijirin, kekacang dan sayuran.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Bagi ibu yang mempunyai anak kecil, mesti ligat berfikir sajian berbuka puasa yang tidak pedas tapi sedap.
Ikan dan kerang-kerangan adalah sumber nutrien. Ikan salmon juga tidak terkecuali. Ia adalah sumber protein, vitamin dan mineral yang sangat baik termasuk kalium, selenium dan vitamin B12. Di samping itu, kandungan asid lemak omega-3 juga tinggi. Sesuai untuk dijadikan sajian untuk keluarga.
Apa kata hari ini cuba sajian salmon yang dikongsikan wanita ini sebagai sajian berbuka puasa. Nampak sedap dan menyelerakan. Confirm tak hanyir kerana ada campuran limau didalamnya. Mungkin ada di antara mama papa yang tidak suka sajian yang ada kuah lemak bersantan, resepi ini mungkin menepati cita rasa. Rasa masam manis ditambah dengan rasa lemak ikan salmon akan membuatkan anak makan bertambah berbuka puasa nanti.
Kepada yang tidak boleh menggunakan salmon, boleh menggunakan ikan-ikan jenis lain seperti tenggiri. Ikuti cara penyediaanya. Beberapa bahan yang digunakan boleh disesuaikan dengan anda dan si kecil terutamanya garam, gula dan bahan perasa.
SALMON ORANGE
Resepinya adalah;
( Untuk Ikan )
2-3 sudu makan Minyak Olive / Sawit
Salmon Filet
Garam
Lada Hitam (boleh kurangkan kuantiti jika anak tidak suka pedas)
Cara penyediaan ikan
Guna kuali non-stick supaya ikan tak lekat.
Tabur garam dan lada hitam kedua-dua belah ikan.
Goreng sampai masak macam gambar.
( Untuk Sos Oren )
2-4 ulas Bawang Putih
2.5 tsp Rosemary Segar / Kering
1/2 Cawan Air
1/2 tsp Pati Ayam (opsyenal)
1.5 biji Parutan Kulit Orange
1.5 biji Jus Orange Segar
1 tbsp Jus Lemon Segar
1.5 tbsp Madu
1 tbsp Gula
2.5 tsp Tepung Jagung ( untuk memekatkan kuah )
Beberapa potong buah orange
Cara penyediaan sos
Tumis bawang putih bersama rosemary.
Dalam bekas yang lain sediakan dulu campuran semua bahan lain kecuali tepung jagung.
Campurkan kesemua bahan bila tumisan rosemary dan bawang putih telah wangi.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung & sedikit air untuk pekatkan kuah. And . . . . It’s done ?.Credit to Kak Lina Tomas from US for sharing the recipe!
Herba dan rempah ratus semula jadi merupakan salah satu alternatif penambah perasa dalam masakan dengan meminimumkan penggunaan garam.
Pengambilan bahan perasa semulajadi bukan sahaja dapat menambah rasa malahan juga dapat memberikan manfaat lain kepada kesihatan dengan kebaikannya yang tersendiri.
Rempah ratus boleh digunakan dalam masakan anak-anak malah banyak manfaat yang diperoleh daripada herba dan rempah ratus ini.
Bukan hanya memberikan rasa yang sedap dalam makanan malah ia juga dapat meningkatkan sistem imun anak.
Banyak kelebihan herba semula jadi dan rempah ratus ini. Utamakan penggunaannya sebagai penambah rasa semulajadi di dalam masakan agar masakan lebih enak dan berkhasiat.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.