Nasi impit antara yang menjadi pilihan untuk dihidangkan bersama dengan kuah kacang, rendang atau masak kuah lodeh. Tiap kali musim perayaan, menu ini pasti akan masuk dalam senarai juadah utama.
Bagaimanapun, sekarang ni nak makan nasi impit bila-bila masa pun boleh ikut selera masing-masing. Cuma yang agak keberatan sikit untuk menyediakannya sebab proses merebus mengambil masa lama serta melibatkan penggunaan gas yang banyak. Orang kata nak tu sekejap je!
Bagi ibu-ibu yang nak jimat gas atau elektrik semasa merebus nasi impit, ini petua yang sangat membantu. Ringkas saja tapi kira berbaloi.
Perkongsian Yuhafiqah Mohd Yunus melalui MAHN boleh dicuba ketika hendak merebus nasi impit. Kaedah ini lagi mudah dan jimat.
Petua rebus nasi impit jimat gas dan jimat elektrik
Cara-caranya:
1) Rebus air sampai mendidih lepas tu masukkan nasi impit
2) Masak selama 10 minit lepas tu tutup api
3) Biarkan nasi impit dalam periuk dan tutup dengan penutup biarkan terendam selama 30 minit
4) Lepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit tu
* Petua ni tak sesuai untuk orang yang ada pressure cooker ya. Saya buat macam ni sebab tak ada pressure cooker.
* Jika nasi impit itu banyak, guna periuk yang saiznya lebih besar.
Jadi untuk yang dah ada perancangan untuk buat menu berasaskan nasi impit selepas ini, boleh guna versi jimat jimat elektrik dan gas ini. Sebab kalau pakai periuk nasi pun lama jugakan kena rebus. Selamat mencuba!
Kredit: Yuhafiqah Mohd Yunus
ARTIKEL MENARIK [Hanya 2 Langkah Mudah, Siap Cendol Homemade. Modal Tak Sampai RM5!]
BACA JUGA [Cara Buat Stok Bahan Kisar Tahan 3 Bulan, Tak Berkulat. Jimat Masa Di Dapur!]
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)