Masalah perut buncit pastinya buatkan golongan lelaki atau perempuan begitu sensitif. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, nak dapatkan perut seperti anak dara agak mustahil. Begitu juga lelaki yang dah berkahwin, bahagian perut akan cepat naik.
Bukan masalah perut buncit je, berat badan naik pun dah jadi satu ‘ketakutan’. Keadaan ini agak memberi sedikit tekanan tetapi jika berjaya kawal dengan pengambilan makanan yang betul serta melakukan senaman secara konsisten tiada masalah.
Namun ada satu petua yang boleh anda cuba seperti yang dikongsikan oleh Lainatul Aisyah. Mana tahu petua ini serasi.
Jom saya kongsikan sedikit tip untuk kurangkan berat badan. Angin-angin dalam tubuh terkeluar lepas minum jus ni. Lega sangat
Yang paling best perut boroi dah tak ada. Timbangan pun dah turun. Syok tau
Senang dan menjimatkan. Tak payah beli produk mahal, buat sendiri kebersihan terjamin.
Jom pakat-pakat amalkan. Semoga bermanfaat
Sediakan bahan-bahan berikut:
1-2 biji lemon (bergantung pada banyak mana kita nak buat)
Halia seketul ikut kesesuaian. Banyak pun tak apa nanti angin lagi cepat keluar.
3-5 keping asam
5-7 biji asam boi putih (bergantung pada masing-masing. Saya letak asam boi sebab tak nak rasa masam asam keping tu banyak sangat. Nak seimbangkan rasa masam tuu)
Basuh bersih semua bahan tadi.. Toskan. Siap basuh dan potong bahan-bahan tadi
Masukkan air sebanyak 5 cawan.. Rebuskan semua bahan-bahan tadi
Biarkan mendidih sehingga paras air surut mencecah 2-3 cawan. Kacau sebati. Tutup api. Biarkan sejuk suam-suam gitu baru minum.
Ok.. Bila dah sejuk boleh lah simpan yang lebih dalam peti ais tau. Nanti nak minum keluarkan jer.. Biarkan habis suhu sejuk tu dulu baru leh terus minum..
Dah buleh minum. Rasa sedap masam-masam pedas gitu. Masuk dalam mulut memang masam tapi masuk dalam perut terasa kehangatan nye tuu. Maklumlah ada halia kan..
Tak sampai 15 minit dah sendawa tau. Keluar sgala angin2 monsun dalam tubuh. Ingat. Jangan jauh dari tandas yer.. Nanti nak membuang tau. Takut tak sempat. Hihihi
Amalkan minum pagi dan petang selepas makan malam. Memang terkeluarlah segala harta-harta pusaka dalam tubuh tu. Yang sembelit pun boleh cuba.. Memang terbaikk
Selamat.. Mencuba
Sumber: Lainatul Aisyah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajak Anak Buat Kerja Rumah, Berikan Tugasan Mudah. Cara Untuk Ajar Mereka Berdikari
Pernahkah anda menerima teguran yang mengatakan anak anda mungkin terlalu manja? Adakah benar si kecil anda terlalu manja? Adakah anda tidak pernah memberikan si kecil peluang untuk melakukan sesuatu perkara dengan sendiri kerana menganggap mereka masih terlalu kecil dan tidak berkemampuan untuk melakukannya sendirian? Jika jawapannya adalah ya, maka, ia mungkin sebenarnya satu kesilapan awal yang anda lakukan. Mengapa? Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Bahaya anak terlalu manja
Sememangnya sebagai ibu bapa kita tidak dapat lari dari mempunyai sifat untuk melindungi anak-anak. Namun sebenarnya apabila kita terlalu melindungi anak, ia secara tidak langsung menjadikan anak terlalu manja dan sukar untuk berdikari. Hakikatnya, walaupun anak anda masih kecil, mereka sebenarnya sudah mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu perkara secara sendiri, sama seperti individu dewasa. Ini dipercayai dipengaruhi oleh perasaan ingin tahu yang tinggi dan keinginan untuk meneroka serta mencuba sesuatu yang baru.
Oleh kerana ini, cara yang terbaik untuk mendidik anak-anak dan tidak memanjakannya adalah dengan melayani sifat ingin tahu dan mencuba, dalam masa yang sama akan dapat membantu mengajar mereka untuk melakukan sesuatu perkara secara sendiri yang bersesuaian dengan kemampuan, usia dan tahap perkembangan mereka. Ini sekali gus dapat membantu membentuk pemikiran dan tingkah laku mereka agar lebih matang dan menjadikan mereka lebih berdikari.
Tanda anak terlalu manja
Ada masanya si kecil yang terlalu manja itu bukan sekadar diukur apabila seseorang anak itu ‘melekat’ dengan ibu atau bapanya. Terdapat beberapa tanda lain yang turut boleh menunjukkan bahawa anak-anak anda adalah anak yang manja, antaranya:
- Menangis
Jika si kecil anda kerap menjerit, bercakap secara kasar, menangis sekuat hati atau menghentakkan kakinya apabila permintaan dan kemahuan mereka tidak dapat anda penuhi atau apabila sebarang perlakuan mahupun tingkah laku yang dilakukan tidak boleh diterima, ia merupakan satu tanda bahawa si kecil anda adalah terlalu manja.
- Rasuah
Sekiranya anda sudah terbiasa untuk memberikan si kecil anda sesuatu ganjaran seperti gula-gula atau coklat selepas dia melakukan sesuatu pekerjaan rumah, perkara tersebut mungkin menyebabkan ia menjadi satu perkara wajib bagi anak anda setiap kali dia melakukan sebarang tugasan rumah. Ia bukan kesalahan tetapi lama-kelamaan perbuatan tersebut seperti merasuah anak-anak agar atau untuk melakukan sesuatu.
- Berbohong
Apabila si comel anda kerap menyembunyikan atau berbohong akan kesalahannya dan mungkin meletakkan kesalahan yang dilakukannya kepada individu lain, ia adalah perkara yang tidak patut anda abaikan.
- Sukar membantu
Si kecil anda mungkin mempunyai perasaan untuk mementingkan dirinya, dan ia adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak pada usia yang masih kecil. Tetapi berhati-hati, ia mungkin menunjukkan bahawa anak anda terlalu manja. Selari dengan pertambahan usia, kanak-kanak seharusnya sudah boleh memikirkan tentang perasaan individu lain di sekeliling mereka.
- Mengamuk
Seandainya si kecil anda membuat perangai apabila menerima jawapan ‘tidak boleh’ atau ‘nanti dulu’, ia adalah salah satu tanda bahawa anak anda adalah anak yang terlalu manja. Sebagai ibu bapa, anda amatlah disarankan untuk tidak membuat sebarang janji yang tidak akan anda penuhi. Ini kerana si kecil anda akan sentiasa mengingati janji yang anda lafazkan padanya. Kekecewaan apabila janji tidak dipenuhi akan membuatkan anak anda sukar untuk mempercayai anda lagi.
- Upah
Apabila anak-anak menginginkan sesuatu, pastinya akan hadir rasa ‘kasihan’ pada diri ibu bapa. Tetapi ada masanya, anda sebagai ibu bapa perlu ‘mengeraskan’ hati anda dan tidak terlalu mengikut rasa kasihan tersebut. Alternatif terbaik, anda mungkin boleh untuk mencuba mengalihkan perhatian si comel anda kepada perkara lain.
- Merampas
Si comel yang terlalu manja akan mempunyai satu sikap yang suka merampas barang atau hak milik individu lain. Perbuatan itu akan dilakukan tanpa rasa bersalah dan di hadapan ibu bapanya. Malangnya, tidak puas dengan merampas barangan individu lain, mereka juga mempunyai satu sikap yang tidak puas dengan barangan yang dimiliki. Ini bermaksud apabila sudah memperolehi sesuatu, mereka akan mula mempunyai keinginan terhadap barang lain.
Mengapa kita perlu mengajar anak berdikari?
Ibu bapa kebiasaannya akan sangat menjaga dan melindungi anak-anak mereka lalu menyebabkan mereka tidak membuat banyak kerja rumah. Ini hanya akan menjadikan anak-anak tidak mengetahui asas membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan dan menyapu rumah.
Malangnya, ini akan menyekat peluang anak-anak untuk mempelajari kemahiran yang mereka perlukan untuk berdikari. Sebenarnya, membenarkan mereka mengembangkan potensi sebagai diri mereka adalah keputusan yang sangat penting untuk membolehkan mereka menjadi modal insan yang berguna kelak.
Oleh itu, apabila anda mengasuh seorang anak, pastikan anda mengajar mereka aktiviti asas penjagaan rumah dan kebersihan diri. Biarkan mereka membuat keputusan, walaupun ia adalah kecil dan kurang signifikan kepada anda sebagai ibu bapa.
Bila perlu memulakannya?
Ia sebenarnya perlu bermula seawal usia mereka muda lagi. Malangnya, kebanyakan program latihan mengajar anak berdikari biasanya bermula pada usia mereka 13 hingga 16 tahun. Ia adalah konsep yang sangat salah dan perlu diperbetulkan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa yang berpengalaman pula berpendapat bahawa anda perlu menunggu sehingga anak anda mencecah usia remaja terlebih dahulu sebelum menggalakkan mereka untuk berdikari kerana mental seorang kanak-kanak adalah masih belum bersedia.
Apabila anak-anak anda sudah bersedia, anda boleh mula mengajar mereka dengan cara menjadikan diri anda sebagai contoh dan membantu mereka mempelajari kemahiran-kemahiran baharu. Lama-kelamaan, biarkan mereka melakukannya sendiri. Di samping itu, berikan juga tip-tip yang mampu membina diri mereka.
Kemahiran kehidupan, bagaimana memupuknya?
Dari aspek mental, kanak-kanak pada pelbagai usia sudah boleh mula mempelajarinya. Cabarannya adalah untuk menentukan kemahiran itu adalah sesuai atau tidak dengan tahap pemikiran kanak-kanak itu sendiri.
Sebagai contoh, anda boleh meminta anak anda menolong untuk melakukan tugas mencuci pakaian menggunakan mesin basuh. Ya, ia mungkin akan memakan masa yang lebih lama namun meminta mereka menolong anda melakukannya akan memupuk kemahiran itu dalam diri lantas menjadikan mereka lebih cenderung untuk mudah berdikari.
- Anda boleh mencipta permainan untuk anak anda dengan meminta mereka menolong mengasingkan pakaian berwarna dan pakaian putih.
- Selepas pakaian tersebut diasingkan, arahkan mereka untuk memasukkannya ke dalam mesin basuh dan ajar mereka bagaimana untuk menggunakannya. Jika anak anda mempunyai abang atau kakak, minta mereka menolong adik kesayangan mereka.
Kemahiran yang perlu difokuskan
Kemahiran kehidupan yang perlu anda ajar kepada anak-anak anda adalah kemahiran ketara dan kemahiran tidak ketara.
- Kemahiran ketara termasuklah aktiviti yang mudah dilakukan seperti memasak, mencuci pakaian dan mengurus duit.
- Kemahiran tidak ketara pula termasuklah pembinaan karakter anak anda yang akan matang mengikut usia seperti kemahiran penyelesaian masalah, pengurusan masa dan kemahiran sosial.
Kedua-dua kemahiran ini adalah penting untuk anak anda berjaya dewasa kelak. Disebabkan itu, sangat penting untuk anda mula ajar anak berdikari pada awal usia mereka lagi
Selain itu, ajar anak anda untuk:
- Memakai pakaian
- Membasuh tangan
- Mencuci muka
- Memberus gigi
- Mengelap hingus
- Menyikat rambut
Anda juga perlu mengajar anak anda untuk berurusan dengan individu yang tidak dikenali. Berikut merupakan nasihat yang anda boleh ajarkan kepada mereka:
- Sentiasa berhati-hati sepanjang masa
- Jangan terima apa-apa pemberian daripada individu tidak dikenali
- Jangan bercakap dengan individu tidak dikenali
- Berhat-hati ketika berada di tempat yang baharu
Tip anak lebih berdikari
- Masa
Sebagai ibu bapa, kita cenderung untuk mempunyai keinginan agar setiap perkara dilakukan dan diselesaikan dengan pantas. Namun, perkara tersebut sebenarnya sukar untuk berlaku apabila ia melibatkan si kecil yang mungkin berkeinginan untuk membantu atau melaksanakan perkara tersebut untuk kita. Kerap kali apabila kita hilang kesabaran, kita akan menyuruh mereka untuk melakukan perkara tersebut dengan segera. Perkataan ‘cepat, cepat, cepat’ yang mungkin disebut berulang kali mungkin akan meruntunkan hati dan emosi si kecil yang berniat untuk membantu kita dan merasakan bahawa kita sebagai ibu bapa tidak memberikan kepercayaan kepada mereka untuk melakukan perkara tersebut.
Jika anda ingin memberikan si kecil anda peluang untuk melakukan sesuatu perkara tetapi risau tidak cukup masa atau terlewat, anda mungkin boleh melakukan perkara tersebut lebih awal. Berikan peluang dan masa untuk si kecil anda belajar melakukannya dengan kemampuan yang mereka miliki.
- Lakukan sendiri
Untuk mengajar si kecil anda berdikari, perkara paling penting adalah untuk membiarkan dia mempunyai keinginan secara sendiri untuk mencuba dan melakukan sesuatu perkara. Jangan memaksa si kecil melakukan sesuatu yang mungkin tidak dia ingini dan jangan terlalu cepat memberikan pertolongan selagi tidak diperlukan.
Untuk permulaan, anda sebagai ibu bapa mungkin boleh menunjukkan cara-cara dan kaedah untuk melakukannya terlebih dahulu. Kemudian anda boleh membiarkan si kecil untuk melakukannya sendiri. Berikan kepercayaan anda kepadanya tetapi dalam masa yang sama pantau keadaan dengan sebaiknya. Anak kecil akan dapat belajar mengenai kesan dan akibat daripada setiap perbuatan mereka.
- Arahan
Memberikan arahan kepada si kecil dalam proses membantu dan mendidik mereka untuk menjadi berdikari adalah tidak salah. Anda boleh membantunya dengan memberitahunya langkah demi langkah untuk menyelesaikan sesuatu perkara agar anak anda akan lebih memahami dan dapat belajar dengan lebih baik. Berikan arahan yang spesifik, jelas dan sebaiknya mudah untuk difahami. Elakkan untuk memberikan arahan yang meleret dan panjang yang mungkin akan menyebabkan kekeliruan kepada si kecil anda dan akhirnya membuatkannya merasa sukar untuk melakukan sesuatu perkara secara sendiri dan berputus asa.
- Pilihan
Hidup sentiasa penuh dengan pilihan. Jika kita sebagai individu dewasa juga menginginkan pilihan dalam hidup, pastinya si kecil juga mahukan peluang untuk membuat pilihan selagi pilihan yang diingininya itu tidak mendatangkan sebarang kemudaratan dan bahaya kepada dirinya.
Sebagai permulaan, anda boleh memberikan si kecil anda pilihan dan membuat keputusan mengenai pakaian yang ingin dipakainya, mengenai buku yang ingin dibaca atau memilih permainan yang ingin dimainnya. Anda boleh membantunya untuk membuat pilihan agar mereka dapat membuat pilihan terbaik. Apabila mereka sudah membuat sebarang keputusan, terima keputusan yang dibuat mereka agar timbul rasa dalam hati mereka bahawa keputusan yang mereka pilih adalah penting. Ia bukan sahaja dapat mengajar mereka bagaimana untuk membuat sebarang keputusan, tetapi dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.
- Sempurna
Kesempurnaan pastinya adalah sesuatu yang mustahil atau sukar untuk diperolehi terutamanya jika si kecil anda baru mula belajar untuk melakukan sesuatu perkara. Malahan berdikari itu sendiri satu proses pembelajaran yang panjang dan tidak akan terhenti. Oleh kerana ini, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak mengharapkan kesempurnaan dalam sesuatu perkara yang dilakukan anak-anak. Ini kerana pengharapan seperti ini hanya akan mendatangkan tekanan kepada anak-anak dan mungkin akan menyebabkan kekecewaan pada ibu bapa itu sendiri. Melakukan kesilapan bermakna satu proses pembelajaran bagi anak-anak.
Berdikari memupuk keyakinan diri
- Berdikari bermaksud seseorang individu itu akan mempunyai kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada individu lain.
- Individu yang mempunyai sifat berdikari akan mampu untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan tanggungjawab secara sendiri.
- Keupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugasan dan tanggungjawab adalah bergantung kepada keyakinan diri.
- Kebolehan untuk melaksanakan sesuatu tugasan tanpa bantuan individu lain akan memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperkembangkan potensi dan keyakinan pada diri.
- Seseorang individu dianggap mampu untuk berdikari apabila mampu untuk membuat keputusan sendiri dan sanggup menerima segala akibat tanpa bergantung kepada ibu bapa atau individu lain.
- Kebolehan untuk seseorang individu melakukan sesuatu tugasan dan perkara tanpa bantuan individu lain adalah bergantung kepada peringkat usia, kematangan fizikal dan mental seseorang.
- Seorang kanak-kanak yang telah biasa dilatih, digalakkan dan diajar untuk melakukan sesuatu secara sendiri sejak kecil akan berdikari lebih awal serta bertanggungjawab dan menjadi lebih baik daripada kanak-kanak yang kerap dimanjakan.
Tip mengajar anak menjadi bertanggungjawab
- Mulai sedari kecil
Untuk mengajar tentang tanggungjawab, seharusnya ia dimulakan secepat yang mungkin. Sebaiknya diajar ketika anak-anak masih kecil. Jangan terlalu memanjakan mereka dan hanya berfikir untuk mendidik mereka soal tanggungjawab apabila mereka sudah remaja. Meletakkan bebanan tanggungjawab ke atas seorang individu remaja yang tidak pernah mengenali apa itu tanggungjawab sedari kecil atas satu kesilapan besar.
- Ajari anak-anak
Pertama sekali, ajari anak-anak anda untuk melakukan satu tugasan mudah. Jika mereka mahukan snek, tunjukkan di mana letaknya buah-buahan dan bagaimana mencucinya. Sekiranya mereka membuang pakaian kotor di lantai, berikan bakul pakaian supaya mereka tahu di mana seharusnya dimasukkan pakaian kotor. Ajarkan tugasan yang bersesuaian dengan usia mereka.
- Biarkan anak-anak membantu
Jangan melakukan kerja rumah sendirian. Ajak anak-anak untuk turut membantu, walaupun mereka melakukan dengan perlahan dan kekok. Dalam masa yang sama, gunakan masa terluang ini untuk memberikan nasihat berguna yang dapat membantu mereka berdepan dunia nyata.
- Berikan pujian
Anak-anak kecil gemar melakukan sesuatu yang baru. Mereka turut ingin membuat sama seperti apa yang anda sedang lakukan. Mereka mahu membantu. Bagi mereka, tugasan rumah adalah lebih kepada bermain. Berikan pujian kepada mereka. Pastikan ia adalah pujian yang spesifik, dan bukan sekadar berkata, “Kerja yang bagus”. Beritahu mereka apa yang telah mereka lakukan dengan baik dan betul melalui pemilihan kata-kata yang lebih bermakna.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bayi Digigit Di Muka, Kesan Pulas Kedua-dua Telinga” Pengasuh Direman Bantu Siasatan
Seorang pengasuh direman selama empat hari hingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai mengalami kecederaan ketika diletakkan bawah jagaannya di Taman Putra, di sini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata wanita berusia 43 tahun itu ditahan kelmarin selepas ibu mangsa membuat lapora polis pada Jumaat lalu.
“Berdasarkan laporan itu, ibu mangsa mendakwa menyedari anaknya mengalami kecederaan dengan kesan gigitan di muka dan pulas pada kedua-dua telinga.
“Ibu mangsa kemudian membawa anaknya ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Farouk berkata, hasil siasatan mendapati suspek mempunyai enam anak asuhan berusia antara tiga bulan hingga dua tahun.
“Suspek juga mempunyai dua anak kandung yang tinggal bersama, iaitu masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 16 tahun serta lapan tahun.
“Ketika kejadian, suspek didakwa meninggalkan mangsa dan keluar rumah. Kecederaan mangsa dipercayai berpunca daripada anak asuhan yang lain menggigit muka bayi itu,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.
Kredit: Berita Harian
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Drop The Straw’ Aktiviti Remeh Tapi Superb, Rangsang Minda Anak Kecil!
Lebihan straw yang anak kita gunakan untuk menyedut minumannya janganlah dibuang macam tu sahaja. Ada banyak manfaat yang boleh dilakukan dengan straw ini. Lebih-lebih lagi dengan adanya kempen minum tanpa straw ini, jadi kenalah simpan. Bukan apa, boleh latih dan uji kecerdasan minda anak kita.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Ain Zul kepada anaknya, Aileen bagi merangsang minda anaknya. Tak susahpun, guna straw sahaja. Menariknya dengan hanya guna straw sahaja, aktiviti anak bukan sahaja terisi. Paling penting mampu merangsang motor halus anak.
Aktiviti malam Aileen hari ni kita main ‘drop the straw’.
Main straw drop ni untuk anak boleh stimulate macam-macam perkara. Antaranya:
1) Fine motor skill
2) Hand and eye coordination sebab dia kena fokus nak masuk kan straw ke lubang tu.
3) Spatial awareness – Kesedaran anak tentang objek atau ruang di sekeliling anak. Contoh jarak objek yang dia nak capai, macam dalam aktiviti straw drop ni, anak belajar cara nak masuk kan straw, kalau tak muat kene pusing-pusingkan straw tu.
P/S: Kalau anak yang ada masalah autism misalnya mungkin agak susah sikit bagi anak-anak macam ni untuk develop awareness. Tapi apa pun, spatial awareness perlu dilatih supaya mereka terbiasa dengan daya rangsangan.
Okeh, next entry insyaAllah mummy share macam mana nak tau berapa lama perlu anak fokus bila buat satu-satu aktiviti!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI