“Recycle Je Lah Toys Abang & Kakak” Boleh Tapi Kena Tahu ‘Toy Rotation Tips’

Share

Alaaa…tak Payah bazir beli mainan anak. Recycle jelah toys abang kakak dia. Tak ada masalah ibu ayah tak nak beli mainan baru untuk anak.

 

Tapi kadang-kadang, dengan mainan ni jugak laa buat anak-anak kita happy! So tak salah kan?

Just make sure parents cari toys yang bagus dan meransang motor skills anak-anak. Baru laa berbaloi beli.

Then kena tahu tips toys rotation.

TIPS 1

  • Jangan biarkan anak bermain sehingga bosan. Beri tempoh masa.
  • Bila anak bosan, tu yang asyik merengek nak toy baru. Pening ibu ayah nanti!

TIPS 2

  • Jangan lambakkan semua permainan dalam satu masa. (Ini juga tips elak mainan bersepah. Hehe)
  • Ajar anak pilih nak main tema apa harini. (Car, animals, atau lego)

TIPS 3

  • Gilir-gilirkan mainan. Contoh harini, pagi permainan A, petang permainan B.
  • Esok pagi permainan C, esok petang permainan D.
  • Lusa rotate semula permainan.
    * Nak rotate ikut week pun boleh. Ikut kesesuaian.

TIPS 4

Ibu bapa perlu kreatif mempelbagaikan cara main. Contoh lego:

1) Bina kreativiti. Buat bentuk.
2) Sorok dalam pasir tiruan, cari ikut warna. (Bagus for fine motor skills)
3) Letak lego dalam besen ada buih. Minta anak cari.
4) Main kira-kira.
5) Tampal sticker note tulis ABC @suku kata, mintak anak susun.

Okay laa kot 4 tips ni. Semoga bermanfaat!

P/s: Bukan mahal atau murah toys yang buat anak happy, tapi bila kita ada sama-sama enjoy masa bermain dengan anak.

Kredit: Alina Adenan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

Published by
NuFa