Ketika kita membesarkan anak, kita perlu berilmu dan sentiasa peka dengan perkembangan anak. Semuanya kerana bimbang anak lewat perkembangannya atau tidak mengikut carta perkembangan atau mildstone yang tepat dan sesuai dengan usia anak.
Menurut perkongsian Dr Harith Ismail, mak ayah seharusnya lebih peka kepada empat komponen penting dalam perkembangan anak dari bayi lagi. Semua ini dapat membantu perkembangan anak yang sihat.
Pastinya perkembangan anak-anak amat penting dan kita boleh simpulkan perkembangan anak ini ada empat komponen utama iaitu perkembangan kasar, perkembangan halus, percakapan dan sosial.
Bila kita ceria mengenai perkembangan secara total kita kena faham perkembangan kasar adalah berkaitan pergerakan, berjalan, berlari, melompat dan perkembangan halus pula bagaimana mereka menggerakkan pergerakan tangan mereka.
Dalam pertuturan kita ada dua komponen penting iaitu pemahaman dan pertuturan. Bagaimana perkataan yang mereka keluarkan dan bagaimana mereka gabungakan perkataan ini.
Ads
Begitu juga dengan pemahaman, bagaimana mereka memahai arahan ibu ayah dan mereka faham warna dan arahan spesifik.
Sosial pula bagaimana tingkahlaku mereka dan bagaimana mereka berkomunikasi dan bergaul dengan rakan-rakan dan orang lain disekeliling. Semua ini adalah carta yang perlu anak-anak kuasai untuk membesar.
Red flag tanda aras anak ada masalah
Red flag adalah sangat penting kerana ia petanda awal sebelum kita berjumpa dengan doktor.
Ads
Pertama sekali untuk kanak-kanak 18 bulan, mereka mesti sudah boleh berjalan. Jika tidak kita mesti berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah anak ini.
Pada usia ini juga, kanak-kanak akan mula bertutur perkataan bermakna seperti susu, mama, papa dan perkataan biasa mereka guna. Malah sudah boleh menggabungkan dua perkataan dengan baik dan jelas.
Ads
Apa mak ayah perlu lakukan?
Aktiviti dalam dan luar adalah aktiviti yang sangat-sangat penting untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang berkembang.
Saya bagi satu contoh paling mudah, kalau dalam rumah ambil bola dan beri pada anak untuk anak sepak bola itu semula.
Nampak mudah tapi menerusi sebiji bola itu, anak akan mula mengeluarkan perkataan dan mula ada eye contact yang baik dengan mak ayah.
Kita boleh juga boleh buat aktiviti mewarna untuk tingkatkan perkembangan halus anak dan paling penting jangan sekat anak untuk berinteraksi dengan orang lain. Biar anak tahu dan belajar apa yang ada di luar rumah mereka.
Bayi menangis bila diletakkan di carseat? Sebelum ibu ayah jangan kata anak tidak mahu duduk di carseat & give up untuk letak, ketahui faktor ini yang mungkin menjadi sebabnya.
Car seat atau kerusi keselamatan bayi amat penting untuk digunakan sepanjang perjalanan. Kerana malang tidak berbau dan sekiranya berlaku kemalangan, risiko kecederaan dapat diminimumkan dan kehilangan nyawa dapat dielakkan.
Mama & papa perlu elakkan memangku anak di riba ketika kereta sedang dipandu/ bergerak kerana ia meningkatkan risiko bayi terlepas daripada pangkuan atau pelukan sekiranya berlaku kemalangan. Biarlah mereka menangis hari ini daripada kita menangisi pemergian mereka di kemudian hari.
Untuk melakukannya, memang ibu ayah perlukan kekentalan. Ada ibu bapa yang mengadu bayi jadi kerap menangis apabila diletakkan di car seat. Ia mungkin disebabkan oleh perkembangan yang sedang dilaluinya seperti mula bereksperimentasi dengan keadaan dan orang sekelilingnya.
Ibu ayah perlu faham yang peringkat sensori motor/ motor deria terjadi sejak lahir hingga si manja berumur 2 tahun. Dalam fasa ini, seorang bayi melalui perubahan tumbesaran yang mendadak.
Seorang bayi akan menggunakan kemahiran dan kebolehan mereka yang ada ketika lahir (melihat, mendengar, memegang dan merasa/menghisap) untuk belajar lebih tentang persekitarannya. Dengan kata lain, mereka belajar tentang dunia ini melalui deria dan pergerakan motor mereka.
6 PERINGKAT PERGERAKAN MOTOR SI MANJA
Terdapat enam sub-peringkat di dalam fasa ini:
Refleks (0-1 bulan): Bayi belajar dan memahami melalui penglihatan, pendengaran, merasa, menghidu dan menghisap.
Reaksi ulangan primer (1-4 bulan): Bayi mungkin pada mulanya terhisap jarinya sendiri tetapi kemudian mengulang perbuatan yang sama kerana dirasakan seronok.
Reaksi ulangan sekunder (4-8 bulan): Bayi akan mula untuk mengulang sesuatu dengan sengaja untuk melihat reaksi pada persekitarannya. Contohnya membaling sesuatu objek untuk melihat reaksi anda.
Menyusun reaksi (8-12 bulan): Anak mula faham dan melakukan perbuatan dengan tujuan tertentu. Dia juga mula meniru dan memahami tentang sesuatu objek serta kesannya sebagai contoh permainannya akan berbunyi apabila digoyangkan.
Reaksi ulangan tertier (12-18 bulan): Ini adalah fasa cuba gagal (try & error) mereka untuk bereksperimentasi dengan persekitaran.
Perwakilan pemikiran awal (18-24 bulan): Anak mula mengaitkan simbol yang mewakili objek atau peristiwa di persekitarannya. Mereka mula memahami dunia dengan operasi pemikiran berbanding hanya bergantung pada perbuatan.
Ibu bapa harus peka dengan perkembangan kognitif seorang bayi yang meningkat secara drastik dalam peringkat ini. Kerap kali kami berhadapan aduan ibu bapa bahawa anak-anak mereka ketika berumur di bawah 2 tahun ini kerap menangis di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak (child restraint system, CRS).
DIA MUNGKIN BEREKSPERIMEN!
Jika kesemua keperluan fizikal & emosi anak (susu, lampin, keselesaan, tidak penat) telah dipenuhi, anda perlu faham pada fasa tertentu ketika ini, mereka mungkin sedang bereksperimentasi dengan anda!
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni. Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu. Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk..takde perubahan. Dah puas positifkan anak. cakap baik-baik.
Jika anak mengamuk dan berusia dalam 3 tahun, anda sudah boleh memberi sedikit hukuman. Anak sudah faham.
NAMUN sebelum itu buat ini dulu
1) Tenangkan diri anda. Fahamkan mengapa anak itu mengamuk. Adakah dia letih? atau selalu sgt dimarah sebelum ini. Atau dia kurang mendapat belaian
2) Peluk dan ucapkan kata-kata kasih dan sayang dulu
3) Usap kepalanya dan bacakan ayat-ayat Al-Quran
4) Bacakan buku-buku mengenai baiknya bersabar dan anda juga perlu menunjukkan kesabaran.
5) Bercakap dengan nada lembut dan tenang.
Jika dia teruskan, anda boleh membuat hukuman yang tidak mendera. Anda boleh menyruruh dia duduk dia sorang-sorang dan fikirkan perbuatan dia.
Semasa dia duduk dia, anda janganlah berleter. Bila dia telah sedar dan datang kembali kepada anda, cium dia dan ajarlah dgn baik supaya dia tahu meminta maaf.
Lakukan dengan penuh kasih-sayang dan memahami perasaan anak kecil.
Kebelakangan ini terlalu banyak kes melibatkan penderaan bayi dan lebih malang ada yang maut akibat kecuaian penjaga-ibu bapa atau pengasuh. Jika diamati rata-rata anak kecil ini mengalami pendarahan di otak.
Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya pendarahan otak bagi bayi mudah berlaku jika seseorang bayi digoncang terlalu kuat. Mungkin awalnya tak nampak kesan tapi jika terlalu kerap ia akan menjadi penyebab kepada bayi tersebut.
Menurut Dr Suriyakhatun keadaan ini boleh berlaku apabila depresi (tekanan) atau kurangnya sikap sabar sehingga bayi dibawah jagaan menjadi mangsa.
Kes dera bayi semakin banyak di ketengahkan sehingga ada yang post video yang mungkin di ambil oleh pemangsa atau kuncu pemangsa.
Ini satu perkembangan yang tidak sihat dan bagi saya akan ada orang yang sakit otak akan tiru.
Kita juga dikejutkan dengan ibu kelar anak sehingga mati dan pengasuh mendera anak sehingga mati kerana pendarahan di otak. Mungkin anak itu banyak menangis menyebabkan pengasuh menjadi marah lalu dia ketuk kepala bayi atau goncang bayi terlalu kuat.
Bayi lebih mudah mendapat pendarahan di otak dan boleh mendapat pendarahan bila di goncang. Sebab itu tidak digalakkan menghayun bayi terlalu kuat dan laju dalam buai.
Ibu yang mengalami depresi akan cepat marah serta kurang sabar. Banyak kes mendera bayi atau anak adalah dari ibu mereka sendiri dimana ibu mengalami depresi dan kadangkalanya depresi ini adalah selepas bersalin (post natal depression)
Bagi pengasuh atau pembantu yang mendera bayi, saya rasa mereka ini pun mengalami masalah sakit jiwa atau ada perasaan marah yang dilepaskan kepada anak di bawah jagaan mereka sebab tak mungkin orang yang tidak ada sakit jiwa mendera anak yang tidak ada dosa itu.
Ada anak yang susah nak jaga sebab terlalu banyak menangis, susah tidur dan susah nak dipujuk menyebabkan ibu bapa menjadi terlalu penat menjaga anak-anak bermasaalah ini. Anak begini selalunya ada penyakit. Menangis tanpa boleh dipujuk dengan mudah adalah kerana anak itu tidak selesa, mengalami sakit atau emosi amat terganggu. Dapatkan rawatan awal dan pastikan punca menangis itu cepat ditangani .
Dalam kes begini, walaupun ibu bapa atau penjaga tidak mendera anak itu, perasaan meluat atau benci mungkin timbul sebab mereka menjejaskan dan menyusahkan ibu bapa atau penjaga. Perasaan meluat ini dapat di rasa oleh anak dan akan menjejaskan lagi emosi anak yang sudah sakit itu menambahkan sakit mereka.
Awas ibu bapa yang ada pengasuh atau hantar anak ke nurseri. Jika anak tiba-tiba dapat muntah yang memancut, terlalu banyak tidur, lemah anggota badan, segera bawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi sebab ia mungkin petanda shaken baby dan mungkin ada pendarahan di otak.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.