“Masih sayu rasa hati walaupun sudah reda dengan pemergianmu sayang. Mama abah rindu sangat dan masih terbayang-bayang lagi wajah Muhammad Danial Firman Faizal”.
Perasaan ini dikongsi oleh Abby Abadi sebelum masuknya tahun 2020 baru-baru ini dan sebagai kenangan untuk anak syurganya yang pergi menghadap ilahi ketika mereka sekeluarga mengerjakan umrah awal Disember lalu.
“Mama masih lagi teringat pandangan matamu yang sayu seolah-olah nak beritahu sesuatu. Tiap kali mama datang Baby D akan buka mata, pandang mama, dengar mama membebel, mengaji, pegang tangan mama, tangan abah.. alahai.. comelnya wajahmu anakku.
Lahir 23 minggu (27/9/2019) dalam keadaan dalaman yang belum bersedia, memang mama & abah kena terima hakikat kalau apa-apa terjadi kata Dr. Memang dari awal kelahiran pun, Baby D bergantung pada bantuan mesin.
Doktor sentiasa minta bersedia
Para doktor di NICU tak bagi apa-apa harapan.. 50/50 kata mereka… Baby D pun beberapa kali kritikal.. tapi mama abah tetap tak berputus asa. Berulang alik ke hospital setiap hari, hantar susu, hantar pampers, belai-belai Baby D sambil berangan-angan dah nak bawa Baby D balik dah dalam masa terdekat ni.
Walaupun mama abah sudah bersedia dari awal kelahiran Baby Danial dengan apa saja kemungkinan, tapi dalam masa yang sama mama abah sentiasa mengharapkan keajaiban dari ALLAH & doa dari semua untuk mengubah takdir anak comel mama ni. Tapi apakah daya, kita merancang dengan cita-cita, tapi ALLAH merancang dengan cintaNYA.
Dengan pendarahan di kepala, pendarahan di paru-paru, jangkitan kuman, komplikasi pada hati.. ya ALLAH.. gundahnya hati kami saban hari hanya ALLAH yang tahu. Dan akhirnya, ALLAH ambil dia untuk bermain-main di Taman SyurgaNYA.
Damailah di sana sayang
Damailah di sana sayang. Mama abah reda dengan ketentuan ALLAH. Apa yang ALLAH takdirkan itulah yang terbaik untuk kita. Mama abah yakin dengan janjiNYA. Anak mama di tempat yang paling baik sekarang ni.
Dah tiada siapa nak cucuk-cucuk, ambil darah, ikat-ikat tangan dia lagi. Anak mama berseronoklah di sisiNYA sehingga kita sekeluarga disatukan semula suatu hari nanti, inshaALLAH. Sayang Sangat Baby D Mama LillahiTaala. (Mama 30/12/2019)
Sumber: ig Abby Abadi