Boleh dikatakan setiap rumah pasti akan berhadapan dengan masalah kehadiran lipas di dapur. Tak tahu dari mana datangnya tiba-tiba dah beranak-pinak dalam kabinet dapur atau di bahagian tersorok di dapur.
Ramai yang geli dan tak kurang juga akan terjerit-jerit setiap kali ternampak binatang kotor ini. Walaupun disembur dengan racun serangga, selepas itu tetap akan ada juga.
Bagi anda yang ada masalah kehadiran lipas ini, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Ummi As. Hanya menggunakan rempah 4 sekawan dan diletakkan dalam kain bunjut, ternyata ia sangat membantu.
LIPAS DALAM KABINET
Beberapa bulan lalu saya buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan saya nak kongsi idea. Mana tahu boleh bantu atasi masalah “cikpas”.
Ads
Saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak “diziarahi” cikpas lagi. Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu jadi dah tak nampak kelibatnya lagi.
Setakat hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangnya pun tiada. Petuanya saya letakkan 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih) dalam mesh net beg tapi kena buatlah tiga atau empat dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga.
Ads
Cuba lah! Mana tahu berhasil untuk golongan ibu-ibu yang selalu jumpa binatang ini di dapur. Kita cuba tak salah, sekurangnya kalau berjaya dah tak perlu lagi nak sembur racun serangga.
TIP:
1) Sebelum letak tu bunjut rempah empat sekawan tu, bersihkan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa anda guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer.
Ads
2) Jika bau hilang, boleh gantikan rempah empat sekawan yang baru untuk pastikan bau-bauannya terus kekal dalam kabinet atau bawah sinki.
**Teringin nak dapatkan keperluan anak pada harga berbaloi, kliksini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai dah positif COVID-19 sekarang. Dulu kita dengar orang-orang jauh je. Sekarang orang-orang rapat dalam famili & kenalan pun dah kena.
Jika anda positif COVID-19 & TAK BERGEJALA & TIDAK BERISIKO TINGGI, anda tak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan dan menjalani kuarantin di rumah je. Syukur tak serius.
Tapi bagaimana nak pastikan ketika kita kuarantin di rumah keadaan diri dan ahli keluarga berada dalam keadaan baik. Ini perkongsian yang sangat bermanfaat dari Dr Izzar Anwari dan apa persediaan yang boleh dilakukan. Orang kata mencegah lebih baik dari merawat!
TAPI, ini tak bermakna keadaan anda tidak akan bertambah serius.Tambah2 dengan delta variant ni kan. Selain memantau gejala di rumah, ada perkara lain yang SANGAT PENTING untuk dipantau iaitu oksigen dalam darah (spo2), kadar denyutan nadi (pulse rate), tekanan darah, dan suhu badan. 4 perkara ni anda boleh ukur sendiri di rumah kalau ada alat dia.
1️⃣ Pulse Oximeter – Ukur spo2 & pulse rate
2️⃣ Blood pressure monitor
3️⃣ Thermometer – Ukur suhu badan
Tak kisahla anda positif ke tak, beli sekarang 3 benda ni. Belikan untuk mak ayah sekali. Dengan adanya 3 benda ni, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat. Baru tindakan AWAL & SEGERA boleh dilakukan sebelum terlambat.
Ada kes yang taktau pun dia positif pastu masuk hospital dah CAT4/5, ada yang kuarantin di rumah mula2 CAT1 pastu tiba2 CAT3/4 dah bila dia ke hospital. Delta varian ni ganas ye. Jangan main2. Kalau ada 3 alat ni insyaAllah boleh pantau betul2 dan ambil tindakan segera.Jadi, beli 3 benda ni SEKARANG kalau takde kat rumah. Beli untuk mak ayah sekali. Kalau apa2 terjadi, ingatlah bahawa ‘I’VE TOLD U SO’
Apa-apa pun. Sila vaksinasi dan jaga SOP. Stay safe semua. Nanti bila free saya explain penggunaan alat-alat ni.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali dapat jemputan ke majlis atau kenduri, mak-mak yang ada anak kecil ni la yang paling dalam dilema sebab takut tak dapat nak kawal tingkah laku anak-anak. Salah langkah, buruk padahnya!
Situasi ini terjadi di sebuah majlis perkahwinan di mana beberapa dekorasi kayu untuk laluan pengantin tumbang gara-gara seorang kanak-kanak bergayut pada dekorasi itu.
Majlis perkahwinan yang berlangsung di hotel sekitar Kuala Lumpur pada 25 Ogos lalu menjadi kecoh seketika sebelum gambar terbabit dimuat naik dan tular di media sosial.
“Mujurlah pada waktu kejadian pengantin sudah melalui kawasan itu dan sudah berada atas pelamin”, kata perancang perkahwinan, Fauzi Manan.
Tambahnya, memuat naik gambar di media sosial sekadar untuk menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati dan tidak membiarkan anak mereka bermain berhampiran hiasan di majlis.
“Kalau kejadian macam ni dekat siapa kita tak minta ganti rugi? Confius confius! Last2 mesti salahkan decorator balik sebab buat tak kukuh, tapi kalau dah bergayut kat tali tu smpai prop tu boleh jatuh nak buat mcm mana? Nak pasang cerucuk besi ke kat bawah tu?” katanya yang terpaksa menanggung kerujian sebanyak RM4000.
Katanya lagi yang sembilan tahun berkecimpung dalam bidang ini, perkara sama pernah berlaku sebelum ini namun tidak seperti yang dialami baru-baru ini. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kejadian itu tidak membabitkan kemalangan atau kecederaan.
Sebagai ibu bapa, anak-anak adalah tanggungjawab kita. tiada siapa yang selayaknya menegur dan mengawasi anak-anak selain diri kita sendiri. Pa&Ma kongsikan beberapa tip yang perlu diambil oleh ibu apa untuk mengatasi perkara sebegini berlaku.
1) suami isteri perlu bergilir jaga anak
Untuk pantau anak-anak, ibu atau bapa perlu sepakat. Bila seorang makan, lagi seorang jaga atau suap anak makan, dan sebaliknya. Barulah anak berada dalam kawalan ibu bapa dengan baik.
2) Ekori/pantau setiap langkah anak di majlis kenduri orang
Tengok apa dia nak buat. Apa yang boleh, apa yang tak boleh sentuh. Mana tempat dia boleh jejak, mana yang tak boleh. jangan awal-awal lagi melarang, kalau tidak lagi dia rasa nak buat benda tu. Ajar dan bagitahu betul-betul kat anak sampai anak tahu kat rumah orang dia tak boleh bebas macam kat rumah dia.
3) Kawal pemakanan anak
Apa sebab anak terlebih aktif? Apa jenis makanan yang kita dah suap kat anak-anak?
Aiskrim, kek, gula-gula, biskut, minuman bergas even air coklat/malt seawal usia 2 tahun atau lebih awal daripada tu lagi memang boleh bagi kesan pada behaviour anak-anak. Ibu ayah kena kentalkan hati bab nak bagi makan kat anak. Biarlah orang nak cakap apa. Cuba elak langsung dari bagi sugary foods. Ubah makanan manis kepada buah-buahan. Epal, oren, pear. Itupun dah cukup untuk keperluan gula dia.
Kemesraan dan gurau senda di antara suami isteri memang digalakkan bagi memperkukuhkan lagi keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga. Tanpa gurau senda, hidup suami isteri akan menjadi hambar.
Namun, tidak semua perlakuan atau aksi-aksi kemesraan suami isteri boleh dipertontonkan di khalayak ramai bagi mengelak berlakunya fitnah. Islam amat menekankan kepada adab dan tingkah laku. Oleh itu, ada baiknya suami isteri kena tahu batas-batasnya.
Malah mengenai isu yang viral ketika sambutan Aidilfitri lalu mengenai picit challenge oleh pasangan suami isteri ia sepatutnya tidak berlaku. Cabaran tersebut menampilkan suami memicit punggung isterinya dan gambar berkenaan dimuat naik di laman sosial serta meletakkan tanda pagar #picitchallenge.
Sebagai pasangan suami isteri secara umumnya, kita seharusnya saling hormat menghormati dan mempertahankan maruah masing-masing. Dalam Surah At-Taubah: ayat 71, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Allah SWT turut berfirman dalam Surah Al-Baqarah: ayat 187 yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” Dalam erti kata lain suami isteri saling memerlukan, saling melengkapi, saling menutup rahsia masing-masing dan menjadi cermin akhlak sesama mereka. Justeru itu, sebagai suami didiklah isteri ke arah jalan kebaikan menuju ke syurga bersama-sama. Bukan menjadi alpa sehingga terlupa mempertontonkan maruah isteri kepada khalayak ramai.
Tidak dinafikan di akhir-akhir ini terdapat pelbagai perilaku menjadi ikutan hanya bertujuan untuk bergurau senda sahaja tanpa memikirkan akibatnya yang adakalanya menyentuh sensitiviti keagamaan ataupun menimbulkan bahaya kepada keselamatan nyawa.
Kebanyakan alasan hanya untuk berseronok sahaja. Sudah pasti ianya mendorong kepada kecaman netizen atau orang ramai. Seandainya pelaku perbuatan tersebut telah sedar dan meminta maaf atau membuang perkara berikut dari laman sosial, maka kita perlu menerima kemaafan mereka dan hentikan segala kecaman. Kerana kecaman berterusan akan memburukkan lagi keadaan dan proses dakwah akan menjadi sukar.
Selagi ianya tidak melibatkan kesalahan jenayah, maka bantulah mereka untuk bangun memperbetulkan kesalahan mereka, bukan makin menghentam, menghenyak sehingga mereka menjadi lebih agresif.
Namun, iktibar perlu diambil di setiap kesalahan yang dilakukan samada ianya sengaja dilakukan atau tidak. Dalam menentukan keharmonian hidup di dunia ini kita perlulah mencari kawan yang baik, agar kita turut melakukan kebaikan. Elakkan berkawan dengan mereka yang melakukan kejahatan, agar tidak terkena tempias kejahatan tersebut. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan seorang individu yang baik (yang duduk bersama dengan kita) dan juga individu yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan juga tukang besi. Duduk bersama penjual minyak wangi sama ada kamu akan membelinya atau kami dapat menikmati bauan wanginya. Manakala duduk bersama tukang besi pula sama ada menyebabkan terpercik api ke badan atau baju kamu, atau kamu mendapati bauan yang busuk darinya.” (Riwayat Al-Bukhari: 2101).
Kita juga perlu berfikir dengan teliti setiap perkara yang hendak dilakukan kerana ramai mata yang memandang dan zaman sekarang adalah zaman viral. Maklumat sukar dikawal. Oleh itu kita perlu sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan, percakapan, perwatakan dan status-status yang kita masukkan di laman media sosial kita.
Andai kita tersalah langkah, cepat-cepat perbetulkan dan bertaubat. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A’raaf: ayat 200 bermaksud: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Maka kawallah diri kita dalam setiap perilaku kita. Kerana tiap yang kita lakukan pasti akan dinilai oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra’: ayat 7 bermaksud: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu sentiasa berhati-hati. Sekiranya kita tersalah langkah, perbetulkan segera, minta maaf daripada mereka yang terlibat dan mohon keampunan daripada Allah SWT. Bertaubatlah selagi belum terlambat. Masyarakat pula hentikan segala kecaman bagi memberi ruang kepada mereka yang sedar kesilapan mereka untuk terus melangkah dengan gagah dalam keadaan bertaubat dan melakukan kebaikan.
Perkongsian artikel ini telah dikongsikan oleh Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Shah Alam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang ke 10 tahun, penceramah bebas, PU Salman berkongsi cara Nabi Muhammad SAW menghargai isteri dan ini yang disarankan untuk para suami terhadap isteri mereka.