Nama hero malaya, Remy Ishak sekali lagi menjadi bualan netizen hari ini bila mana ramai yang mula mendakwa isterinya, Ezza Yusof kini hamil anak pertama.
Semuanya selepas perkongsian video Remy dan isterinya di Tik Tok yang memperlihatkan bentuk baby bump yang cukup jelas ketara.
Pun begitu baik Remy, mahu pun isterinya, kedua-duanya tidak membarang sebarang pengumuman berkenaan kehamilan itu.
Melalui beberapa video yang dikongsikan oleh Ezza menerusi akaun Tik Toknya, isteri kesayangan aktor kesukaan ramai itu dilihat tampil dengan blause longgar dan sopan namun saiz baby bump cukup jelas kelihatan.
Ads
Biarpun tiada sebarang pengesahan dari Remy mahupun isterinya, wargamaya sudah mula mengucapkan tahniah apa lagi beberapa keping gambar Ezza turut dikongsikan pasangan itu mengesahkan kehamilan itu.
Rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah di atas kehamilan sulung itu malah turut mendoakan agar dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Ads
Terdahulu, Remy dan isterinya, Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021. Pasangan ini masih menantikan kehadiran zuriat dalam hidup mereka.
Tular sebuah video berdurasi 0:47 saat di media sosial apabila kanak-kanak perempuan yang baru pulang dari sekolah menyapa ibu ayahnya namun tiada reaksi yang diterima.
Namun situasi berbeza apabila si adik dalam masa yang sama juga pulang dari sekolah disambut dengan pelukan dari kedua ibu bapanya.
Dari rakaman CCTV tersebut jelas menampakan ‘pilih kasih’ yang ditunjukkan dalam keluarga tersebut.
Rata-rata netizen beranggapan bahawa sebagai ibu bapa, mereka tidak sepatutnya mengabaikan perasaan anak-anak mahupun pilih kasih kerana ianya akan memberikan kesan jangka panjang pada emosi anak-anak.
Menurut ahli psikologi, sikap pilih kasih dalam kekeluargaan boleh memberikan kesan kepada anak-anak di usia muda mereka. Sikap pilih kasih ini boleh menyebabkan menimbulkan banyak masalah terhadap adik beradik yang lain. Menurut kajian yang dibuat oleh Bright Side, sikap pilih kasih dapat memecah belahkan kerohanian sesebuah rumah tangga.
1.Ibu bapa dan anak-anak akan merasa bersalah
Ibu bapa sendiri seharusnya tahu bahawa perkara sikap memilih kasih ini tidak perlu diterapkan ketika membesarkan anak-anak kerana kerana ia akan memberi kesan kepada anak sendiri.
Selain itu, kanak-kanak yang lebih disayangi itu akan berasa bersalah dan malu dengan adik beradiknya yang lain. Seterusnya, perasaan merendah diri akan berlaku dalam kalangan adik beradiknya yang lain kerana merasakan terdapat kekurangan dalam diri hingga menyebabkan diri kurang disayangi.
2.Anak-anak yang kurang disayangi akan mengalami trauma psikologi yang menebal.
Setiap anak inginkan perhatian terutama daripada ibu bapanya. Menurut kajian, anak-anak yang kurang disayangi akan berusaha semampu mungkin untuk menarik perhatian ibu bapanya.
Keputusannya, anak-anak akan bertindak agresif dan mudah mengalirkan air mata. Hal ini kerana mereka kerap melihat ibu bapanya mudah berubah emosi membuatkan mereka juga akan mudah beremosi. Hal ini boleh menyebabkan anak-anak trauma dengan keadaan yang berlaku.
3.Anak-anak akan kurang berjaya dalam pelajaran
Ibu bapa yang bersifat pilih kasih antara anak-anak bukan sahaja berlaku pada masa-masa tertentu. Malah, ketika waktu anak-anak memerlukan perhatian yang lebih seperti waktu peperiksaan.
Hal ini akan memberi kesan kepada peperiksaan anak jika berikan lebih perhatian kepada anak yang lain. Menurut pengkaji, sikap tersebut akan membuatkan anak-anak terluka dan akan mengurangkan perkembangan otaknya.
4. Anak-anak yang disayangi akan bersifat narsis
Sifat anak-anak yang lebih disayangi akan bersifat narsis. Menurut ahli psikologi, terdapat beberapa tanda narsis ada pada anak-anak yang lebih kasih sayang:
5.Anak yang kurang disayangi akan merasa tertekan
Setiap anak tidak suka untuk dibanding-bandingkan akan lebihkan diri dalam bidang akademik. Contohnya, mereka berasa bahawa adik beradik yang lebih disayangi itu lebih cantik. Jadi mereka akan berusaha semaksimum mungkin untuk cemerlang dalam bidang pelajaran.
Mereka merasa diri mereka tidak cukup sempurna jadi anak di mata ibu bapa mereka. Jadi mereka akan mengorbankan masa kanak-kanak mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang supaya mereka menonjol di mata ibu bapa mereka.
Perkara ini adalah cerminan atas kelakuan ibu bapa sendiri.
Macam-macam petua yang diviralkan sejak akhir-akhir ini. Tapi fikirlah terlebih dahulu adakah petua tersebut memberi kebaikan atau kesan negatif. Seeloknya jangan main ikut je dan jika perlu rujuk pada yang pakar.
Jika petua tersebut benar-benar dibuktikan kesahihannya tak mengapa, tapi jika entah apa-apa lebih baik diabaikan. Mengenai petua mudah bersalin yang diviralkan sebelum ini iaitu makan telur mentah, plantah dan mee lor, Dr Hafiz Sulaiman tidak bersetuju sama sekali.
Ikuti kupasan yang dikongsikan oleh Dr Hafiz ini supaya ibu mengandung tak mudah percaya dengan petua ini demi keselamatan anda dan bayi dalam kandungan.
Astaghfirullah, sesak nafas terbaca petua mudah bersalin viral
Nak mudahkan bersalin cuba makan plantah dan mee lor? Ada pula yang syorkan telur mentah 2 biji..?
Saya biasanya mengelak komen benda viral atau isu semasa.. risau ada yang tersinggung. Kali ni saya bukan apa, tapi kesian dan rasa berdosa kalau tak tegur apa yang saya belajar.
Kita sama-sama betulkan dan belajar dari kesilapan
Bahaya tu puan…Risiko pada ibu.. risiko pada bayi dalam kandungan.. saraf bayi boleh terencat… penglihatan boleh jadi cacat!
Petua mesti ada asas..dan faham asbab petua serta risikonya.
KENAPA PERLU ELAKKAN TELUR MENTAH
Mengandung memberi stres kepada badan..meningkatkan kortisol (hormon steroid)..Ya, imuniti badan akan menurun. Steroid berlebihan kurangkan imuniti badan..
Telur mentah berisiko dijangkiti kuman Salmonella dan ibu berisiko keracunan makanan kerana kuman ini. Demam, muntah, sakit perut, cirit birit dan renjatan merupakan antara kesan keracunan kuman Salmonella.
MEE LOR TINGGI GULA
Saya tidak tahu mengapa bersalin selalu orang syorkan makanan proses seperti mee lorr. Ia tinggi gula fructose proses dan juga mengandungi maltodextrin..yang meningkatkan gula darah ke langit..
Gula fruktosa ni toksik ya jika berlebihan. Menurut pakar hormon kanak-kanak, kesan berlebihan gula fruktosa ni sama seperti kesan arak kecuali tidak mabukkan. Kesan berlebihan gula ini dikaitkan dengan saraf, merosakkan hati (hati berlemak), meningkatkan asid urik, meningkatkan lemak jahat oxLDL penyebab sakit jantung serta menyebabkan obesiti.
Takde bukti pun Mee lor ambil masa bersalin cepatkan kelahiran. Buat masa ini, ia layak dikelaskan sebagai MITOS.
PLANTAH?
Lemak durjana yang mula diharamkan di US bermula tahun 2015 dan berkuatkuasa sepenuhnya pada tahun 2018 terkandung pada bahan masakan kegemaran ramai ini.
Apa bahaya lemak trans ini?
Rujukan : Weston A. Price Foundation
1) Risiko penyakit jantung. Denmark menyaksikan penurunan kes sakit jantung lebih 50% hanya dengan menurunkan kadar lemak trans daripada 6gram kepada 1gram.
2) Risiko kanser
3) Risiko kencing manis
4) Gangguan imuniti
5) Gangguan kesuburan dan organ pembiakan.
6) Jika menyusu, lemak trans boleh mencemari susu dan menggangu perkembangan saraf serta merencatkan penglihatan.
7) Trans fat mengurangkan berat badan fetus dan merencatkan perkembangan otak dan saraf kandungan.
Ambil maklum ya ibu-ibu kajian penting oleh Berghaus et al. 1998, 2001: Paras darah kandungan trans fat bayi sama dengan paras trans fat ibu. Apa maknanya?
Trans fat MERENTASI uri ibu dan menjadi “makanan” bayi..maksud saya.. RACUN pada kandungan.
BETUL KE BERKESAN PETUA TU?
Saya hanya boleh speculate mengikut pemahaman sains saya.
Gula tinggi Mee Lorr, trans fat Plantah dan telur mentah tinggi histamin mungkin meningkatkan keradangan..
Malah menurut pakar nutrisi Dr Loren Cordein. PhD, sejenis enzim, lysozyme yang terkandung dalam telur mentah menyebabkan sindrom “leaky gut” dan mungkin menyebabkan keradangan bagi mereka yang alah.
Keradangan mungkin meningkatkan aktiviti kontraksi rahim. Tapi berbaloi kah gerakkan rahim dengan mengambil makanan menakutkan seperti lemak trans itu?
Mengapa tak pilih alternatif lebih selamat? Jika low risk pregnancy, boleh cuba alternatif lebih selamat..saya kongsi dalam post saya yang seterusnya insha Allah
Dalami lah ilmu pemakanan untuk semasa bersalin..Supaya kita tak terikut-ikut tanpa tahu sebab dan risiko kepada kesihatan kandungan dan kesihatan ibu mengandung sendiri. Kalau ada petua pelik nanti viral sebab taktik marketing pun, siapa tahu?
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Saya harap mana yang dah buat tak tersinggung..kita belajar daripada kesilapan.