Rendahkan Ego, Minta Maaf. Bukan Mengaku Kalah, Tapi Tanda Suami Hormatkan Isteri

Share

Sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menjaga kebajikan isteri dan anak-anak. Kebahagiaan sesebuah keluarga terletak kepada pucuk pimpinannya. Jika suami dan ayah seorang yang positif, baik hati dan sentiasa menyayangi, maka cantiklah perjalanan sesebuah bahtera perkahwinan.

Sebagai seorang suami, haruslah menjadi ketua yang terbaik. Mempunyai sifat-sifat cemerlang yang dapat membahagiakan seisi keliarga. Firdaus Mokhtar ada berkongsi tentang ini.

Ikuti perkongsiannya.

Suami kan ketua, jadi mestilah jadi ketua yang paling baik. Antara sifat yang mesti kita jaga sebagai ketua adalah kita kena mudah terima teguran.

Artikel Lain: [Wahai Ibu, Janganlah Terlampau Garang. Anak Kita Masih Dalam Proses Membesar]

Baik ini 5 tips untuk suami jadi pemimpin yang baik;

1. Rasakan yang setiap teguran itu datang daripada Allah.

Walau pun yang menjadi tukang tegur itu kadang isteri kita sendiri, anak-anak, adik beradik atau ibu bapa kita dan mertua sekali pun, ingatlah itu hakikatnya daripada Allah.

Jadi kita akan tenang. Tak melenting semula.

Tapi kalau yang ditegur itu hal yang salah, abaikan. Diam gais.

2. Kena latih diri untuk merendahkan hati.

Ini penting waktu kita sedang bercakap dengan isteri. Dengan anak-anak pun sama.

Belajar mendengar dan belajar juga untuk setuju dengan perkara yang betul. Ingat, kita bukan tahu semua benda. Ada juga yang kita memang tak tahu.

3. Jadikan kebenaran sebagai matlamat utama rumah tangga kita.

Setiap kali kita ditegur, kita tahu yang kita nak dapatkan nanti ini adalah kebenaran. Bukan kemenangan.

Banyak kali berlaku, kita nak menang saja. Itu yang sudahnya benda salah pun kita kata betul.

4. Rasakan yang kita memang nak baiki diri dengan mengutip dan mengumpulkan banyaknya teguran yang membina.

Yang utama daripada isteri kita lah. Dia kan wanita yang paling kenal kita siapa? Begitu kan?

Eh, awak yang mengaku dulu.

5. Belajar berlapang dada bila kita tahu yang kita sebenarnya selama ini berpegang pada hal yang salah.

Haa! Baru hari ini kita tahu yang betulnya begitu begini. Yang kita buat selama ini salah.

Belajarlahhh.

Inilah kawan-kawan tips untuk kita. Suami yang sedia menerima teguran dan belajar mencari kebenaran bukan meletakkan diri dia dipandang lemah, sebaliknya meningkatkan wibawa diri dia sendiri di mata isteri dan anak-anak.

Artikel Lain: [Suami Isteri Mana Tak Pernah Bergaduh, Semua Tu Lumrah. Barulah Rasa Complete!]

Rasulullah pernah tinggalkan pesan ini buat kita;

“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya memiliki sebenar zarah daripada kesombongan.”

Allahu. Takkanlah kita sanggup pertahankan ego dan sombong kita depan isteri semata-mata untuk menjauhkan diri dari syurga?

Itulah.

Firdaus Mokhtar,
Belajar lagi dan lagi.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Emy Haznida Hazairul Sham