Rendang merupakan menu wajib hari pada hari raya. Pelbagai jenis rendang ada, tapi jika anda mahukan resipi rendang yang ringkas serta cepat masak, Rendang ayam nogori atau rendang ayam negeri sembilan ini memang ada perlu cuba. Resipi dari saudari didapuryana ini mudah sangat. Sekejap je dah siap, sedap pula tu. Walaupun cara penyediaannya lebih kurang seperti resipi rendang yang lain, namun rasa kick cili padi tu yang membuatkan rasa lebih sedap. Bagi orang yang sukakan makan pedas, memang kena dengan selera. Makan pula dengan ketupat palas.
Bahan-bahan :
(ditumis)
✨1sb cili padi kisar
✨2sb cili besar kisar
✨1sb bawang putih kisar
✨1/2sb halia kisar
✨4sb bawang merah kisar
✨1/2sb serai kisar
✨1/2sb lengkuas kisar
✨1sb kunyit hidup kisar
✨Minyak
✨2 batang serai (dititik)
✨1 asam keping
(bahan lain)
🔸6-7 ketul ayam
🔸1/2 kotak kecil santan kotak
🔸Air
🔸Daun limau purut
🔸Garam
🔸Gula
🔸1sb kerisik (boleh kurangkan)
🔸Daun kunyit (dihiris nipis)
Cara penyediaan:
1. Tumis semua bahan bertanda (ditumis) sehingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam. Masak sehingga ayam kecut.
3. Masukkan santan, air dan daun limau purut. Kacau sebati. Masak sehingga air sedikit kering.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan kerisik. Masak sebentar.
6. Last sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau sebati.
Dah siap! Mudah dan pantas. Semestinya sedap dan menyelerakan. Boleh cuba untuk hidangkan menu ini pula di hari raya. Mesti tetamu suka.
Kredit: didapuryana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Berasaskan Sayur-Sayuran Untuk Si Kecil, Idea Ibu-ibu Pelbagaikan Hidangan
Resipi Berasaskan Sayur-Sayuran Untuk Si Kecil, Idea Ibu-ibu Pelbagaikan Hidangan
Ramai ibu-ibu mengakui bahawa anak-anak mereka tidak suka makan sayur. Walaupun sudah dipujuk dengan pelbagai cara namun tidak juga berjaya. Apa kata anda cuba pelbagaikan gaya masakan berasaskan sayur.
Tiga jenis resipi ini mudah disediakan. Boleh pelbagaikan gaya hiasan ketika menjamu anak-anak makan. Dengan cara itu anak-anak cari tertarik untuk mencuba. Mungkin sebelum ini anda tidak pernah memasak resipi-resipi ini di rumah, kali ini kita cuba.
RESIPI 1
RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
RESIPI 2
SAYUR KUBIS GORENG ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis
*bawang merah potong mayang
*cili padi potong kasar
*bawang putih racik halus
*cili kering gunting 2 atau 3
*daun kari
*halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2. Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3. Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Sumber kredit: Mohd Rozmie
RESIPI 3
RESIPI TERUNG BAKAR MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 bji terung- dibakar dulu dengan api sederhana. Buanglah kulit-kulit hangus. Potonglah ikut panjang yang kita suka.
BAHAN UNTUK KUAH:
100g santan pekat
200g air
1 biji bawang besar potong 6
1 tangkai cili merah potong memanjang
1 biji cili padi (sebagai penyeri)
1 sudu kecil garam
*1 tangkai kacang panjang (jika ada)
CARA MEMBUAT:
- Kisar bawang besar, cili merah dan cili padi. Masukkan garam.
2. Masakkan semua bahan kuah hingga mendidih dan layu sikit semua bahan itu.
3. Selepas itu masukkan terung dan kacang yang sudah siap kita potong tadi.
4. Kacau supaya semua bahan mesra. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zubaidah Awang
Diharapkan agar resipi-resipi ini dapat membantu ibu-ibu mempelbagaikan hidangan untuk dinikmati anak-anak terutama yang cerewet bab memilih makanan.
NOTA: Boleh kurangkan cili kering, cili padi dan cili merah dalam setiap menu jika anak tidak suka pedas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menu Pantang Tak Pernah Membosankan, 8 Resipi Berpantang Buat Ibu Turun Berat Lebih Cepat!
Siapa kata makanan berpantang membosankan dan tidak sedap seperti makanan yang kita ambil setiap hari? Menu berpantang sememangnya dihasilkan daripada menu-menu terpilih malah merupakan menu yang sihat dan segar buat ibu yang baru melahirkan anak.
Soal bosan, tidak pedas dan tidak berempah bukan alasan. Jika kita bijak mevariasikan gabungan dalam menu, makanan berpantang selama 44 hari ini menjadi menu yang bakal dirindui selepas habis tempoh berpantang. Tak gitu?
Selain perlukan makanan untuk membekalkan susu buat bayi, makanan juga menjadi penyumbang untuk ibu kembali menjadi sihat dan cergas selepas kehabisan tenaga yang banyak ketika bersalin. Jadi ibu perlu makan lebih dengan berselera. Namun awas jangan terlebih, berat badan anda bakal naik!
Bagi memastikan berat turun lebih pantas, elakkan sama sekali minyak dalam tumisan anda. Lebihkan menu rebus dan panggang serta menu ringkas. Resipi hebat buat anda seperti di bawah:
IKAN SELAR SINGGANG
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kelar
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 batang serai -diketuk
½ inci lengkuas -diketuk
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Cara Memasak:
1. Didihkan air dalam periuk bersama serbuk kunyit, bahan hirisan, serai dan lengkuas.
2. Masukkan ikan dan perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Biarkan masak dan angkat.
LOBAK PUTIH TUMIS KERING
Bahan-bahan:
1 biji lobak putih -dihiris nipis
2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan lobak merah dan biarkan masak sekejap.
4. Perasakan dengan garam dan angkat.
ROTI PITA TUNA
Bahan-bahan:
4 keping roti pita
1 tin kecil ikan tuna
1 biji bawang merah -dicincang halus
2 helai daun salad
4 keping hirisan tomato
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit perahan limau nipis
Mayonise secukup rasa
Cara Memasak:
1. Roti pita dibakar di atas gril sehingga menjadi cukup panas. Kemudian angkat dan potong dua.
2. Isikan setiap poket dengan sehelai daun salad dan kepingan tomato.
3. Gaulkan isi tuna bersama bawang merah, serbuk lada hitam mayones dan perahan limau nipis sehingga sebati.
4. Isikan inti tuna ini secukupnya ke dalam roti pita. Sedia dihidang.
SUP IKAN HARUAN
Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan -saiz kecil
2 biji bawang kecil -dihiris
2 ulas bawang merah -dihiris
½ inci halia -dihiris
1 batang serai
2 keping asam keping
1 biji cili merah
1 biji tomato
Garam dan air secukupnya
Cara Memasak:
1. Didihkan bahan hiris bersama serai yang diketuk.
2. Masukkan ikan dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan asam keping, tomato dan cili merah serta perasakan dengan garam.
4. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
SAWI TUMIS AIR
Bahan-bahan:
Sawi secukupnya
2 biji bawang merah -dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1 biji cili merah -dihiris
Minyak dan garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan cili merah dan biarkan masak sekejap.
3. Masukkan sayur bersama air dan perasakan dengan garam secukupnya.
4. Biarkan masak sekejap dan angkat.
BUBUR NASI HALIA
Bahan-bahan:
½ cawan beras
Sedikit garam
½ inci halia -dihiris nipis dan digoreng
Air secukupnya
Cara Memasak:
1. Basuh beras bersih.
2. Biarkan dimasak lama hingga menjadi bubur.
3. Tambah air sedikit demi sedikit dan biarkan dimasak lagi hingga pekat.
4. Hidangkan bersama halia yang siap digoreng.
BOTOK ULAM IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri
8 helai daun betik
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 sudu makan air asam jawa
Sedikit santan
Garam secukup rasa
Bahan B:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 ½ sudu teh rempah kari
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga garing.
2. Kemudian masukkan sedikit santan, air asam jawa dan garam secukupnya. Biarkan masak hingga sedikit pekat.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Ambil daun pisang, susun daun-daun dan letakkan rempah yang siap dimasak dan letakkan ikan tenggiri.
5. Letakkan lagi daun dan kukus hingga masak.
IKAN SELAR BAKAR DAN AIR ASAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan selar
Serbuk kunyit dan garam
Bahan Air Asam:
2 biji cili padi
½ biji cili merah
1 biji bawang merah
Air asam secukupnya
Garam secukupnya
Sedikit belacan
Cara Memasak:
1. Gaulkan ikan selar bersama garam dan serbuk kunyit kemudian bakar hingga masak.
2. Untuk penyediaan air asam pula, satukan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Hidangkan bersama ikan bakar dan nasi panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Modal Tak Sampai RM10, Puas Hati Buat French Fries Ranggup Homemade!
Anak-anak suka sangat makan kentang goreng? Mama boleh je buat sendiri. Lagi sedap dan ranggup serta boleh ikut citarasa sendiri. Modal tak sampai RM10 boleh makan seisi keluarga berulang kali.
Nak tahu cara membuatnya, resepi yang dikongsikan oleh Sri Rahayu boleh mama cuba. Mudah je! Nak buat frozen pun boleh.
French fries home made
Bahan-bahan:
– ubi kentang 5 biji
– tepung jagung 5 sudu makan
– sikit baking powder
– garam
– serbuk lada – ikut suka putih ke hitam
– serbuk perasa – ikut citarasa masing-masing
Sukatan bahan agak-agak je ye
Cara-caranya:
* Basuh bersih-bersih ubi kentang dengan menggunakan sabut dawai
* Next kupas ubi kentang, lepastu keringkan/lap ubi kentang dengan tissue paper (lap betul-betul kering ye. Tak payah basuh dah ubi kentang tuu
* Potong ubi kentang ikut suka
* Next campurkan tepung jagung, garam, serbuk lada dan perasa
* Lepas tu masukkan ubi kentang dalam tepung jagung, stir until evenly distributed
* Panaskan minyak dalam kuali, minyak betul-betul panas ye
* Masukkan ubi kentang, goreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan/rehatkan dalam 5-7 minit
* Kemudian goreng lagi ubi kentang yang ditoskan tadi untuk kali ke 2. Goreng hingga warna golden yellow.
* Sebelum dimakan, toskan betul-betul. Tabur serbuk lada lagi sedap guys.
P/S: 5 biji ubi kentang jadi banyak. Disebabkan banyak, saya goreng setengah je. Selebihnya masuk frezer jadikannya frozen. Senang bila-bila nak makan boleh goreng.
Kredit: Sri Rahayu
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI